"Dari mana dapat baju ni?" Soal Rachel, dia pandang tajam wajah Jungkook yang dah tersengih dibirai katil tu. Lelaki itu tahan badannya menggunakan tangan supaya tak berbaring lalu berbalas pandang dengan Rachel. Dia jongketkan keningnya.

"Kau rasa?"

"Awak dapat dari mana Jungkook? Saya tanya betul- betul ni, jangan buat saya marah" kata Rachel seraya berpeluk tubuh. Tindakan Rachel buatkan Jungkook ketawa kecil. Dia ketawa kecil lalu duduk bersila atas katil tu. Pandang wajah Rachel yang berkerut tu pun dah buat jantung dia berdegup laju. Comel betul.

"Aku minta assistant aku yang hantar, malam tadi. Dah lewat sangat, masa tu kau dah tidur lepas kita.." Jungkook gantungkan ayat dan sengih lebar macam budak-budak tak berdosa. Rachel gulingkan anak mata dan ketap bibir geram. Bongok betul. Rachel putarkan balik badan dia dan capai baju t- shirt warna hitam dan seluar slek.

"Ahh sayang, make sure kau bawa swim suit nanti, sebab kita nak berenang. Aku dah tempah boat untuk bawa kita ke tengah pantai tu. But first kita sarapan dulu, aku nak recharge balik tenaga lepas aktiviti lasak semalam. You know, i'm still tired because of that hot night-" belum sempat Jungkook habiskan kata- katanya. Rachel dah melempar tuala mandi tepat ke muka Jungkook buatkan lelaki itu ketawa mengekek. Alah malu ler tu.

"Baik saya mandi dari melayan awak ni buat saya jadi tambah gila." Kata Rachel lalu dia bawa langkah kaki ke kamar mandi. Jungkook masih tersengih- sengih diatas katil. Pikir benda semalam. Dasar Jungkook miang!

"Nak mandi sesama nak tak?"

"Isk. Jangan nak menggatal boleh tak?!" Teriak Rachel dari dalam kamar mandi. Sekali lagi Jungkook ketawa tak ingat dunia. Isk, sesungguhnya kehadiran Rachel dah boleh buat Jungkook yang normal jadi nampak gila. Senang cerita, dua- dua pun dah gila dengan perangai masing- masing.

🐰

"Kan saya dah bagitau awak tempoh hari yang saya tak boleh berenang? Degil betullah awak ni. Awak berenanglah sorang- sorang, saya tak nak ikut" Rachel kembali duduk diatas jambatan dan julurkan kedua kakinya untuk dibasahi oleh air jernih yang menampakkan dasar pantai tersebut. Tadi pun, selesai je bersarapan, terus Jungkook dah heret Rachel ke jeti. Dia nak culik Rachel naik bot.

Jungkook tak merespon apa- apa dia bukak baju t- shirt hitamnya lalu dimasukkan kedalam beg hitamnya. Kini Jungkook lengkap berpakaian baju renang berwarna hitam. Dia raup rambutnya kebelakang, lalu dia hampiri Rachel yang masih galak bermain dengan air. Dia rendahkan badan lalu rapatkan bibirnya pada telinga gadis itu.

"Aku ada, aku boleh selamatkan kau kalau kau lemas" bisik Jungkook, laju je Rachel menoleh untuk pandang Jungkook. Seketika kemudian dia terpegun dengan kekacakan Jungkook bila lelaki itu hanya memakai baju renang yang menyerlahkan lagi tubuh sasanya. Rachel telan air liur, Jungkook angkat kening. Bermain mata dengan sang isteri.

"Sa- saya bukan tak pandai berenang. Sikit- sikit je, saya pandai berenang tapi style macam anjing" jelas Rachel buatkan Jungkook ketawa besar. Tindakan lelaki itu buatkan beberapa orang pengunjung yang turut berada disitu tertoleh- toleh memandang mereka berdua. Bahu Jungkook, Rachel pukul perlahan lalu dia muncungkan bibir. Malu dengan tindakan luar kawal Jungkook tu. Eeee

"Sayang.. kau berenang macam anjing pun anjinglah. Janji ada gaya. Palli, kita naik boat, aku dah sewa tu. Nak tengok pantai kan?" Kata Jungkook masih lagi dengan sisa ketawanya. Rachel peluk tubuhnya dan tolak bahu Jungkook supaya menjauh darinya. Jungkook ketawa lagi. Aihh terhibur teruk dia ni kalau Rachel asyik cakap benda tak patut. Cubalah jawab yang dia pandai berenang, tapi yang asas je. Ni style macam anjing, meledaklah ketawa Jungkook jadinya.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now