"Hajima! Haish jinjja" Laju je Rachel berdiri balik lalu betulkan bathrobenya. Kalau duk lelama dengan Jungkook dalam keadaan macam tu, alamatnya nanti dia kena terkam pulak. Huf. Jungkook angkat wajah lalu pandang Rachel, bawah bibir digigitnya, lalu dia tahan lengan Rachel supaya tak pergi.

"Odiga?"

"Nak pakai bajulah, takkan nak duk macam ni je sampai pagi? Sejuklah, nanti kembung perut" jawab Rachel sambil bibirnya termuncung- muncung nak terangkan perkara tu pada Jungkook. Jungkook ketawa kecil, lalu dia tarik pelan tubuh Rachel supaya berhadapan dengannya. Belum apa- apa lagi, dia peluk pulak pinggang Rachel supaya tak lari. Eum, baby Jungkook dah kembali!

"Tak payahlah tukar, macam ni pun boleh. Kalau kau sejuk pun, kau boleh peluk aku, i'm hot" kata Jungkook, dia sembamkan wajahnya pada perut Rachel yang kempis tu. Emm kenapalah wangi sangat isteri dia ni. Rasa nak melekat je terus. Tak nak berenggang sampai esok.

"Andwaeeee" rengek Jungkook bila Rachel lepaskan pelukan di pinggangnya dengan wajah tanpa perasaan. Wifey why you so kijam. Rachel jarakkan diri dari Jungkook dengan smirk kecil lalu berjalan ke arah kemeja Jungkook yang tergeletak atas lantai tu dan masuk ke dalam kamar mandi balik. Jungkook hela nafas, dia baring balik lalu smartphonenya dicari. Sedar- sedar je dah ada mesej yang masuk. Dari Taehyung.

Taikhyung.

+ semua dah selesai ke?
+ korang pergi mana?
+ aku pergi rumah tadi korang takde
+ gelap betul rumah tu
+ korang p mana?

Tak payah sibuk

Taikhyung

+ 💩


Jungkook offkan phone sebaik dia tengok Rachel keluar dari kamar mandi dengan kemeja putih yang melekap dibadannya. Jungkook telan air liur paksa, nafsu lelakinya mencanak naik bila tengok gadis itu pakai macam tu. She's so freaking sexy!! Oh mah gawd!! Oh mah gawd!!! Rachel yang sedar akan pandangan Jungkook terus menunduk untuk pandang baju dia, lepas tu dia tengok Jungkook balik. Keadaan lelaki itu masih sama.

"Wae?"

"A- aniya" jawab Jungkook lalu dia usap lehernya kekok. Rentak Jantung sedaya upaya ditahan supaya berdegup dengan normal semula. Rachel hanya angkat bahu, lalu dia ambil tempat di meja solek untuk sikat rambutnya yang panjang tu. Manakala Jungkook masih berperang dengan dirinya, dia cuba untuk hilangkan bayangan pelik dalam otak.

"Jungkook, neo gwenchana?" Rachel rapatkan diri dengan Jungkook lalu rendahkan badan untuk berhadapan dengan lelaki itu. Jungkook undur ke belakang balik, semakin rapat Rachel dengannya, semakin jantung dia rasa nak tercabut. Rachel lekapkan tapak tangannya di dahi Jungkook buatkan Jungkook yang menunduk terus mendongak.

"Awak panas ni, waeyo?" Kata Rachel lalu dia pandang Jungkook yang sedang merenung dirinya. Jungkook telan air liur paksa. Sesungguhnya aura Rachel nampak sangat berlainan, tambahan lagi dengan cahaya lampu yang sedikit suram yang menyuluh tubuh Rachel buatkan gadis itu nampak sangat seksi. Jungkook pegang lengan Rachel dari menyentuh dahinya.

"A- aku okayy" jawab Jungkook sedikit gagap lalu larikan pandangan untuk memandang dinding yang tak berapa nak menarik berbanding dengan diri Rachel. Gadis itu angkat bahu.

"Jungkook, kalau awak cari saya. Saya kat balkoni, tengok bulan. Haha itupun kalau adalah. So, see ya" kata Rachel sebelum menghilang ke balkoni bilik. Jungkook terus hempaskan badan dia atas katil lalu mem- boxing bantal ditepinya.. Entahlah kenapa dia berbuat begitu. Rachel, macam mana aku nak tahan dari sentuh kau kalau gaya kau pun macam nak goda aku je? Ergh!!

Rachel yang sedang berselfie sakan kat balkoni tu Jungkook hampiri lalu dia perangkap gadis itu dengan tangan panjangnya. Biar Rachel tahu apa yang Jungkook rasakan sekarang ni.

"Eum? Awak dah okey?" Jungkook angguk. Jungkook pandang langit malam lalu dia pandang Rachel balik. Jungkook rapatkan badan hingga tubuh mereka bersentuhan dengan sengaja.

"Ada bulan ke?"

"Tak adalah, mungkin dia malu dengan awak, dah jauh sikit. Jangan rapat sangat" kata Rachel. Berkias sikit supaya Jungkook jauhkan diri dari dia. Tapi makin Jungkook rapatkan badan lagilah. Sekarang Rachel pulak yang terasa macam jantung nak pecah.

"Oh ya?" Bisik Jungkook tepat ke telinga gadis itu lalu, dia gigit pelan telinga Rachel, buatkan gadis itu cepat- cepat berpaling. Dia tepuk perut Jungkook dengan dahi yang berkerut lalu tunjukkan buku limanya pada Jungkook. Lelaki itu ketawa besar. Dia putarkan badan Rachel untuk berhadapan dengannya lalu dia angkat Rachel untuk dudukkan atas penghadang besi.

"Aku tak rasa macam tu, bulan memang tak ada malam ni. Sebab dia nak spend time dengan aku" kata Jungkook lalu rapatkan wajah balik, hingga berhadapan dengan Rachel. Hingga kalau diantara salah seorang mereka make move akan ada sentuhan yang berlaku. Rachel kerutkan dahi.

"Means?"

"Kaulah bulan tu, aku pulak malam" kata Jungkook walaupun ayat menggayat dia tak berapa nak touching sangat. Tapi Rachel hanya melayan saja. Dia lingkarkan lengannya pada leher Jungkook buatkan lelaki itu tambah menunduk.

"Kalau siang pulak, saya siang dan awak matahari sebab awak tahu panaskan hati saya je." Jawab Rachel buatkan dahi Jungkook berkerut. Ayat menggayat Rachel lagi hancur dari dia. Lagi lah tak kena. Lain macam je ayat Rachel ni.

"But, i still love him. Cause he's my husband, my hot husband sampai orang lain pun nak try dia. Saya tak sangka suami saya yang hot ni buatkan ada orang terdesak nak dapatkan dia"

"Rac-"

Cup!

Tanpa sempat Jungkook teruskan ucapannya, Rachel dah kecup bibir dia sekilas. Walaupun sekilas dah mampu buatkan Jungkook terpegun. Sejak bergaduh tempoh hari, Rachel dah pandai main tarik tali dengan dia. Buatkan Jungkook macam nak gila sebab nakkan Rachel.

"Don't even try to look at other girl accept me, if i find out. I'll kick you ass out of my way"

"Sayang.." rengek Jungkook lalu dia lekapkan bibirnya pada Rachel. Rasa seram dengan perkataan terakhir Rachel. Kick his ass? That's not going to happen.

"But baby, kau tahu apa maksud panas yang sebenar?" Bisik Jungkook dengan smirk nakal, mereka saling merenung lalu tanpa amaran dia angkat tubuh Rachel masuk kedalam bilik.

"I said i'm not ready!"

"Just shut up!"

.

.

"You' re mine. I keep repeating that word and i really mean it. That's mean don't look at other man cause You're Fucking Mine!!"

[Thank you for reading. Do vote and comment ♡♡]


Mungkin next ch nanti gula dah habis. So, soweyy

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now