HOTL | 055

1.2K 279 137
                                    

KRAKK!

Wonwoo memandang ke arah mana bunyi tersebut kedengaran. Pandangan nya tertumpu pada luar bilik di mana mereka semua berkumpul itu. Matanya memandang kawasan di luar itu dengan teliti.

" korang denga— "

" obviously, kitorang semua dengar. " Woozi memintas dan kelihatan mereka semua juga memandang ke arah luar pintu itu juga. Bunyi hentakkan sesuatu daripada luar bilik itu membuatkan mereka semua terhenti daripada melakukan kerja mereka.

" apa benda itu? " soal Dokyeom pula dan dia melirikkan matanya ke arah Wonwoo. " pergilah tengok. Aku ada hal. " dia mengarah Wonwoo pula dan Wonwoo mencebik.

" sudahlah, pergi. Kalau aku dan Dokyeom takde tak boleh. Kitorang bijak.. lain lah korang. " Jihoon menahan tawanya dan Dokyeom melakukan brofist dengan nya. Mereka berdua tertawa perlahan.

" aku sepak juga dua ekor ini. " Woozi mengangkat buku limanya ke atas; acah untuk menumbuk remaja itu sehingga lumat. Tetapi kedua remaja itu sendiri tahu yang mereka tak akan sampai hati untuk melakukan perkara sedemikian pada mereka. Jadi mereka hanya menjelirkan lidahnya pada Woozi.

" alasan, pengecut. " Woozi mengangkat jari tengahnya.

" dah lah, jom pergi tengok. " Wonwoo kemudian menarik lengan pemuda itu sebelum dia mengamuk. Telinga pun dah merah. Memang Woozi tak pandai kawal amarahnya. Woozi pula hanya membiarkan sahaja lengan nya ditarik oleh Wonwoo keluar daripada bilik itu.

" holy shit, ada benda gerak dekat hujung hall tu. " Woozi berkata dengan nada yang terkejut. Dia menunjukkan jari telunjuknya pada hujung hall itu. Kelihatan ada satu kelibat hitam yang besar tetapi rendah sedang bergerak-gerak.

" diam lah, kau akan tarik perhatian benda tu. " kata Wonwoo lagi dan Woozi mengangguk kecil. Wonwoo smepat menggulingkan matanya ke atas.

" itu salah satu mahluk yang ada dalam lubang ini ke? Kita bukan dalam portal kan? " soal Woozi lagi dengan nada yang berbisik. Wonwoo hanya mendiamkan diri. Dia yakin yang mereka tidak memasuki portal itu. Tambahan pula, kelihatan masih ada lagi ducttape polis yang berada di sekitar pintu bilik dan juga lorong-lorong yang ada di situ. Itu membuatkan dia lebih yakin.

" tak, kita bukan dalam portal. "

" lega. " Woozi memegang dadanya menakala Wonwoo melirikkan matanya ke arah Woozi. " kau pun pengecut ke? " Woozi menjelingnya.

" tapi kenapa yang lain lama sangat? Apa yang mereka buat? Jangan kata diorang sesat lagi.. " Woozi membebel pula tetapi Wonwoo hanya mengendahkan dia. Dia perlahan-lahan melangkah keluar daripada bilik itu dan meluru ke mana kelibat itu kelihatan tadi.

" Wonwoo, mari ke sini! " Woozi menjerit dalam bisikkan tetapi lelaki yang bernama Wonwoo itu langsung tak mendengar kata lelaki itu. Woozi melepaskan sebuah keluhan yang berat lalu mengekori belakang Wonwoo.

" apa yang kau mahu buat? Lebih baik kita duduk di dalam bilik sana sahaja daripada menimbulkan sebarang masalah. " Woozi berkata tetapi itu tak menghentikan Wonwoo daripada meneruskan langkahnya. Dia memang nak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

" kau diam boleh tak? Macam mana kalau benda itu merupakan perkara yang membahayakan manusia dan ia juga mempunyai virus— " Woozi terus sahaja meletakkan jari telunjuknya pada bibir lelaki di hadapan nya itu.

" kau sedar tak yang kau sedang merepek sekarang ni? Wonwoo, itu hanya fiksyen sahaja. Ianya tak wujud. " Woozi menyedarkan lelaki itu dan Wonwoo menepis tangan Woozi sambil memggulingkan matanya ke atas.

hollow of the low. Where stories live. Discover now