HOTL | 044

1.2K 304 102
                                    

" jadi, ini adalah tempat tinggal kau? " soal Jihoon dengan mata yang bersinar memandang seluruh apartment milik aku. Sepertinya dia tak pernah lihat sebuah apartment. Aku tergelak janggal lalu menganggukan kepala aku. " yalah, tak akan lah aku nak bawa kau ke tempat orang lain pula? " kata aku membuatkan dia tersengih.

" maafkan aku, cuma aku terlalu takjub sebab sekarang ni aku bersama dengan idola yang aku paling minat. Terima kasih " balas nya membuatkan aku tersengih. " tak perlu berterima kasih, Jihoon. Aku rasa aku yang patut berterima kasih dengan kau kerana pandu aku ke sini. "

aku menarik bagasi aku masuk ke dalam bilik kemudian meninggalkan nya di sana. Oleh kerana pakaian aku berlambak dalam almari dan juga ada sebuah bilik khas untuk pakaian aku, tak perlulah aku bersusah payah nak kemaskan pakaian dahulu. Maybe sebulan lepas tu baru aku kemas? Ataupun sewaktu aku rajin. Tsk, kalau rajin.

" no problem " dia senyum lalu duduk di kerusi kabinet dapurku. " by the way, tadi Seokjin Hyung mesej aku dan dia mengatakan dia dalam perjalanan ke sini. Sekejap lagi dia datang " maklumkan Jihoon dan itu membuatkan aku gembira. Sekarang aku terasa bebas. Tetapi entah kenapa aku masih lagi rasa kosong.

Aku meluru ke arah Jihoon kemudian duduk di hadapan dengan nya. Jihoon melirikkan matanya ke arah aku.

" jadi beritahu aku segalanya tentang bangunan dan lubang tu. "

Yoongi dalam perjalanan ke hospital yang kini seperti menjadi rumah nya yang kedua. Hospital Mental Seoul itu diperhatikan sekilas sebelum dia meluru ke dalam nya dengan sebakul buah-buahan strawberri dan blueberry kegemaran Jimin. Senyuman nya terukir apabila membayangkan wajah Jimin bertapa gembiranya dia mendapat buah tangan yang dibawanya itu.

Dia meluru ke arah jururawat di kaunter dan mengatakan temu janji nya dengan salah seorang pesakit di dalam hospital tersebut. Jururawat itu memaklumkan Yoongi untuk terus ke bilik wadnya dengan diiringi seorang pengawal khas untuk keselamatan Jimin supaya dia tak dapat keluar atau escape daripada hospital tersebut.

Yoongi mengatur langkah dengan ringan. Hatinya ringan kerana hari ini dia baru sahaja dapat menerima kerjaya sebagai penulis lagi di sebuah studio dan dia mahu Jimin orang pertama yang mengetahuinya memandangkan dia tak mempunyai sesiapa lagi dah kecuali kawan-kawan seekspedisi dengan nya itu.

Pelik, ekspedisi maut itu membuatkan dia tak menjalani kehidupan yang keseorangan lagi.

Sebaik sahaja langkah di aturkan ke dalam bilik wad Jimin, Yoongi dapat melihat Jimin duduk di bahagian penjuru bilik dan mencangkung. Yoongi mengeluh perlahan.

Dia meletakkan bakul yang dipegangnya itu di atas katil milik Jimin kemudian dihampiri ke arah pemuda tersebut, cuba ingin menceriakan nya.

" yoongi, apa kau buat di sini? " belum sempat Yoongi ingin mengejutkan Jimin, lelaki itu sudah pun tahu kewujudan nya. Yoongi membuat muka kemudian mengundurkan langkahnya ke arah katil semula. " you're no fun, Jimin-ah " katanya lalu melabuhkan punggungnya di atas katil tersebut.

Yoongi dengar Jimin tersengih. Dia kemudian nya menoleh ke arah lelaki itu. " bukan kah aku tak boleh terima pelawat yang boleh masuk dalam bilik ni sekali? " soalnya pada Yoongi membuatkan lelaki itu terus bertukar serius.

" diorang gurau je " Dia bangun daripada katil lalu meluru ke arah Jimin. Dia pelik, Jimin hanya duduk di situ dalam keadaan mencangkung dan memandangnya tanpa bergerak seinci pun daripada situ. " kau buat apa Jimin? " dia mengangkat kening pada kawan nya itu.

hollow of the low. Where stories live. Discover now