HOTL | 031

2.2K 424 295
                                    

• HOLLOW OF THE LOW EP 7
is now LIVE!

TAEHYUNG :
Jungkook..

Jungkook yang sedang mengatur langkah itu terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah Taehyung dan dia dapat melihat riak wajah lelaki itu seperti ada sesuatu yang tak kena.

JUNGKOOK :
kenapa?

Taehyung memandang ke arah Jungkook lalu dia meraup rambutnya ke atas. Sungguh, dia berasa gusar pada waktu itu. Seakan ada sesuatu yang menggangu pemikiran nya. Jungkook yang melihatnya itu menjadi makin risau.

TAEHYUNG :
aku rasa sesuatu yang tak kena. Sumpah..

Jungkook menghampiri Taehyung lalu dia memandang jauh ke dalam mata lelaki itu.

JUNGKOOK :
tentang apa?

Dengan matanya yang tajam, dia merenung Taehyung. Taehyung tahu yang Jungkook melakukan sedemikian kerana risau dengan keadaan nya— apa yang dia fikirkan.

TAEHYUNG :
aku rasa ada sesuatu benda buruk yang terjadi pada salah seorang daripada kita.

Riak wajah Jungkook juga berubah apabila mendengar kata-kata Taehyung. Dia tahu masa untuk mereka itu suntuk dan mereka perlu mengejar masa tersebut. Tak mustahil apa yang dirasakan oleh Taehyung itu benar.

JUNGKOOK :
jadi kita kena bergerak dengan lebih pantas.

TAEHYUNG :
ya, dan lagi satu.. tadi aku terdengar jeritan seorang lelaki. Aku yakin itu adalah salah seorang daripada kita.

JUNGKOOK :
baiklah kalau macam tu kita perlu cari empunya suara tersebut. Mari.

Mereka berdua berlari di dalam koridor tersebut, mata mereka meliar-liar mencari susuk-susuk tubuh yang dikenali oleh mereka.

Tiba-tiba, mereka ternampak sebuah kelibat berdesup ke arah mereka dengan pantas. Itu membuatkan Taehyung dan Jungkook dengan automatiknya terhenti daripada langkah mereka.

Jungkook berada dihadapan Taehyung, menpertahankan lelaki itu. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena bakal berlaku.

Dengan tiba-tiba, lampu koridor tersebut berkerdipan secara serentak. Jungkook yang menyedari apa sebenarnya tengah berlaku, terus sahaja dia memegang erat lengan Taehyung. Taehyung hampir terkejut dengan genggaman lelaki itu pada lengan nya.

Kemudian, Jungkook mula membuka langkah seribu disertai Taehyung dibelakangnya. Mereka berlari sepantas yang boleh tanpa arah tujuan. Lampu yang berkerdipan jtu menyukarkan larian mereka tetapi Jungkook langsung tidak berhenti walaupun sesaat.

Taehyung pula daripada belakang dapat rasakan seperti ada getaran daripada belakangnya. Macam ada sesuatu cuba mengapai-ngapai bajunya daripada belakang. Tak lupa, ada bisikan halus sesuatu benda seperti membuatkan larian Taehyung itu perlahan. Bertuahnya Taehyung, dirinya ditarik oleh Jungkook membuatkan dia dapat menepis segala bisikan tersebut. Walaupun tak tahu apa sebenarnya benda yang mengacaunya itu, dia sendiri tak kesah langsung untuk mengetahuinya.

Dalam larian tersebut, Jungkook secara tiba-tiba ternampak ada sebuah kelibat atau lebih tepat, benda berjalan terengkot-engkot ke arahnya. Serta merta larian nya terhenti membuatkan Taehyung tersembam wajahnya pada bahu dia.

hollow of the low. Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin