Namjoon mengacukan pistolnya ke arah Taemin. Dia mengambil posisi yang betul lalu memfokuskan pistolnya ke arah susuk tubuh itu. Tetapi setiap kali dia ingin menarik picu pistolnya itu, Taemin asyik mengelakkan dirinya.

Oleh kerana peluru pistolnya sudah sikit, dia tak boleh membazirkan nya.

Dia melepaskan tembakan pertama,
Tak mengena.

Tembakan kedua,
Tak berjaya juga.

Tembakan ketiga,
Tak mengena.

Namjoon mengeluh berat. Dia melihat isi pelurunya dan mendapati ia hanya tinggal satu sahaja peluru. Makin berat pandangan nya terhadap pistol pada tangan nya itu. Dia membazirkan banyak peluru untuk lelaki itu.

Taemin yang membelakangi dia itu tiba-tiba berhenti daripada melangkah. Dia menoleh kepalanya ke arah Namjoon 360 darjah. Itu menghasilkan bunyi daripada urat lehernya putus. Kuat dan jelas. Namjoon mengerutkan dahinya apabila mendengarinya.

Jungkook lari ke arah Taemin tetapi bagaikan satu angin menolaknya kasar ke tanah semula membuatkan dia jatuh tersembam wajahnya pada tanah. Taehyung menjerit nama Jungkook beberapa kali apabila melihat lelaki itu seperti tak boleh bangun.

Jungkook cuba berlawan dengan kekuatan dirinya sendiri. Dia cuba bangun apabila mendapati jari jemarinya patah. Jari jemarinya berada dalam keadaan yang tak betul. Ada yang tersopak ke belakang. Dahinya berkerut dan dia cuba untuk meluruskan kembali jari jemarinya. Bibirnya diketap sehinggakan luka akibat menahan kesakitan nya.

Taemin pula kini berjalan dengan cara berundur ke arah Namjoon. Kepalanya masih dalam keadaan tadi, terpusing kebelakang sepenuhnya dan matanya memandang tajam wajah Namjoon. Nampaknya cubaan dia untuk membunuh Taemin dengan pistol adalah suatu kegagalan.

Dan sekarang, dia akan menemui balasan dia oleh Taemin.

Taehyung meluru ke arah Jungkook. Matanya berair apabila melihat keadaan kawan nya itu yang sedang menangis-nangis cuba untuk membetulkan jari jemarinya. " Jungkook, kau perlu bertahan. " kata lelaki itu; cuba memberi kekuatan.

" hyung.. " dia memandang ke arah Taehyung. Daripada matanya, ternyata ia menunjukkan ketakutan yang di alami oleh Jungkook. Buat kali pertama dalam hidupnya, dia melihat Jungkook sebegitu takut.

" kau beritahu yang ianya tak nyata.. kenapa aku rasa kesakitan nya begitu.. nyata? "

Itu membuatkan Taehyung sendiri menyoal dirinya sendiri. Kenapa dia begitu yakin dengan apa yang difikirkan nya itu? Padahal itu semua merupakan tekaan hatinya sahaja. Dan sekarang, kata-katanya itu membuatkan kawan-kawan sekelilingnya semakin terseksa. Keadaan juga menjadi seribu kali ganda lebih teruk sebelum ini.

Itu membuatkan dia sedar sesuatu, adakah ini semua salah dia?

Namjoon tersandar pada dinding apabila lelaki itu mulai dekat dengan nya. Tiba-tiba badan Taemin terpusing dan kepalanya kini berada pada posisi normalnya. Tetapi ianya kelihatan sungguh mengerikan.

" kau tak akan dapat bunuh aku dengan permainan itu. " Taemin ketawa lagi sebelum dia menunjukkan tangan nya ke arah Namjoon. Tangan nya perlahan-lahan berubah seperti ianya milik raksasa. Dia mempunyai kuku yang tajam dan kulit tangan nya itu juga berubah menjadi sisik binatang berwarna merah gelap.

" dan lebih penting lagi, kau tak boleh bunuh benda yang dah mati. " sengihan sinis kini menghiasi wajahnya dan Namjoon hanya mendiamkan diri. Dirinya sudah penat. Mungkin memang sudah tiba masanya.

Taehyung pula memandang ke arah Namjoon. Dia bangun daripada sisi Jungkook sebelum berlari ke arah Namjoon, cuba untuk menghentikan lelaki gila itu. Tetapi sekali lagi seperti Jungkook, bagaikan ada angin kuat meniupnya pergi dan badan Taehyung tersungkur lalu berlanggar dengan beberapa perabot yang ada di situ.

" Taehyung! " Jimin menjerit namanya tetapi Taehyung tak mampu lagi bangun. Dia terbatuk perlahan dan mengeluarkan cecair merah. Dirinya sudah lemah.

Jimin memandang semula ke arah Taemin yang sedang mengangkat tangan nya tinggi, bersedia untuk membunuh Namjoon. Namun, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

Taemin tak cuba untuk mencederakan kawannya pada mula-mula tadi. Tetapi hanya berlawan dengan mereka apabila mereka menyerangnya. Dan sekarang, dia ingin membunuh Namjoon kerana dia tahu yang Namjoon akan membunuh dia menggunakan pistol.

Mata Jimin membesar sedikit. Jadi Taemin hanya menghalang orang yang menghalang apa yang dia mahu lakukan dan tujuan dia bukan untuk membunuh kawan nya semua.

Tetapi untuk membunuh dia.

Kening Jimin bertaut. " Taemin. " jeritnya dengan lantang membuatkan pergerakkan lelaki itu terhenti. Taemin memusingkan kepalanya ke arah Jimin dengan wajah yang begitu marah. Jimin mencabar dirinya sendiri untuk berhadapan dengan dia. Memandang mahluk itu tepat pada retina matanya tanpa berkelip.

" bunuh aku dan tinggalkan mereka sendirian. "

So klise lah 😂 but well, for those yang tak faham and pening gila nak mampus baca cerita ini.. dinasihatkan korang untuk baca YOUNG BLOOD dahulu untuk memahami cerita ini sepenuhnya. Sebab ini merupakan spin off terhadap Young blood. Maybe sebab tu korang tak faham.

Kalau tak faham juga, hm.. wait untill HOTL ni habis lah. Fy akan buat chapter explaination.

hollow of the low. Where stories live. Discover now