sayangku, jandaku (32)

9K 289 5
                                    

Tessa memasuki bilik perlahan-lahan. dia mendekati Hafiq yang sedang ralit membaca buku sambil bersandar pada katil. sebenarnya sudah berapa hari dia tidak mempedulikan Hafiq sejak dia dimarah hari itu. sensitif nau nau. bercakap pun tidak, apakan lagi bermanja. dibiarkan saja Hafiq tiada yang mengurus makan pakainya. tidur pun di bilik anak-2. bila mummy datang tengah hari tadi, baru dia sedar akan kesilapannya dan niat sebenar Hafiq.
"abang.."
Hafiq tidak menjawab.
"abang.. sayang minta maaf."
"okay." sepatah. hanya sepatah itu.
"okay je?"
"nak cakap lebih-2 kang susah juga. abang ni kan tak boleh nak bercakap lebih sikit,kang jadi salah abang balik." Hafiq berbicara tanpa memandang wajah Tessa pun.
"abang tau dulu abang ni jahat, panas baran, ego. abang cuba dah berubah,tapi kalau sayang masih berprasangka buruk dengan abang, macam mana lagi abang nak buat?" Hafiq meluahkan segala yang terbuku di hati. Dia akui memang salahnya menengking Tessa. tapi dia tidak sengaja, dia sudah cuba membetulkan keadaan. tapi Tessa tidak peduli.
"abang tengking hari tu. abang salah. abang minta maaf. tapi apa abang dapat, berapa hari bila abang bercakap, tak jawab langsung. tidur pun di bilik anak-2. sayang tak cuba faham pun apa niat abang sebenarnya. yang sayang nampak, abang ni baran sebab tengking sayang." panjang lebar bebelan Hafiq. sepatah pun Tessa tidak menjawab. kerana memang dia bersalah dalam hal ini.
"sayang fikir abang tak risau ke tengok sayang susah hati fikir pasal mummy? sayang mengandung lagi." nampaknya sesi membebel ini belum selesai.
"nasib lah abang sayang tau. sayang gila-2. kalau tak sayang,dah cari lain dah untuk teman abang makan, teman abang berbual."
"dah ada niat lah tu.."
"tengok tu.. nak cari salah abang lagi lah tu."
"abang.. nak rasuah tak?" Tessa bertanya sambil tersenyum nakal. dia tahu Hafiq sudah cool down.
"tak nak.. abang tak nak makan rasuah dah." Hafiq menggeleng. "abang nak makan sayang je!" sambung Hafiq sambil menolak lembut badan Tessa supaya baring di atas tilam.
"abang, terima kasih sebab berjaya pujuk mummy.."
"mana cukup terima kasih je. dah la banyak hutang dengan abang."
"hutang apa pula ni."
"nak abang sebut satu-2 ke?" duga Hafiq sambil mengangkat keningnya.
"abang tak payah sebut pun sayang tahu,sayang bayar sekarang ye." Tessa mengangkat kepalanya dan mengucup pipi dah bibir Hafiq.
"settle dah kan?" Tessa berkira-kira untuk turun dari katil tapi Hafiq menahannya untuk terus bangun.
"suka betul kan dia ni nak mainkan jiwa abang. suka hati settle. abang je yang boleh tentukan dah settle ke belum." kata Hafiq sebelum membenamkan mukanya di leher Tessa. dan satu lagi malam yang indah tercipta.

*mai lah sama kita dengar bebelan Hafiq.hahahaa.. vote and comment!

Sayangku! Jandaku, aku masih sayang (COMPLETED)Where stories live. Discover now