sayangku, jandaku (24)

8K 247 5
                                    

Tessa mengemaskan pinggan yang digunakan untuk makan tengah hari sebentar tadi. Hafiq banyak mendiamkan diri sepanjang mereka makan tadi.
"abang, kenapa ni?" tanya Tessa setelah mengambil tempat di sebelah Hafiq yang sudah bersandar di sofa.
"sayang ingat tak hari ni hari apa?"
"hari rabu kan.." ringkas jawapan Tessa. tiada hari istimewa yang terlintas di fikirannya yang bersamaan dengan tarikh hari ini.
"ya kan.. hari rabu. abang nak pergi kerja dulu." Hafiq mencapai kunci kereta dan berkira-2 untuk pergi. Tessa ni main-2 ke atau betul-2 lupa hari ni birthday aku. sedih pula hati kalau isteri tersayang aku ni lupa birthday aku.
"abang. sayang ada buat salah ke? kenapa moody semacam? awal lagi ni dah nak pergi kerja, solat pun belum." tanya Tessa.  Hafiq hanya menggeleng. "ada student nak jumpa abang. tu yang kena pergi cepat ni." Hafiq memberi alasan. nak terus terang, malu pula. its okay,mungkin birthday aku bukan special day untuk dia.
"malam ni datang tak?"
"tak kot."
"mana-2 abang lah." Tessa berjauh hati kerana Hafiq acuh tidak acuh melayannya.
"tak nak salam abang ke?" Hafiq menghulurkan tangannya kepada Tessa. Tessa menyambut tapi dengan muka terpaksa. Hafiq tahu isterinya itu sudah merajuk. tapi dia pun merajuk juga ni.
"abang datang k malam ni. jangan kunci pintu pula."
"tak payah lah kalau datang pun sebab terpaksa."
"kalau sayang dah cakap macam tu,maksudnya selama ni pun sayang rasa terpaksa lah layan abang bila abang datang ye?" balas Hafiq. bagus aku pergi cepat sebelum gaduh besar. kang tak jadi plan merajuk manja aku.
"abang pergi dulu.. assalamualaikum."
Tessa menghentak kakinya. Hafiq ni kan. memang nak kena betul la. orang merajuk bukan nak pujuk. makin menyakitkan hati adalah.

______

"nak air tak?" acuh tidak acuh Tessa bertanya. tiba-2 pula Hafiq mahu membawa anak-2 nya keluar makan malam. isterinya ni tak diajak sekali ke.
"tak payah lah. sakit perut pula nanti kalau yang buatkan tu tak ikhlas." jawab Hafiq dengan nada hambar.
"abang jangan cari gaduh boleh tak? kalau nak, i buat kan." 
"Aara, adik! cepat lah.. mama dah halau papa ni." laung Hafiq. terus kelihatan Aara dan Aira keluar dari bilik.
"malam ni anak-2 bermalam dengan mummy. esok mummy hantar mereka pergi taska. " beritahu Hafiq sebelum keluar dari rumah. sebaik pintu rumah ditutup dan dikunci. Tessa melemparkan tudung yang tadi tersarung kemas di kepalanya.
"ihhh!! geramnya aku!" Tessa menghentak kaki. nasib dikenang Hafiq tu suaminya. kalau tak, lama dah disepak terajang menggunakan skill karate yang ada.

*sorry, tadi ada masalah masa upload part 24. this is the real update. thanks

*main-2 merajuk pula dorang ni.. siapa nak pujuk siapa ni? cer comment sikit!

Sayangku! Jandaku, aku masih sayang (COMPLETED)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum