sayangku, jandaku (17)

8.6K 278 6
                                    

"49, 50.. alhamdulillah cukup." Tessa mengakhiri kiraannya dengan ucap syukur. 50 helai bawal, 50 helai shawl yang setiap satu dijahit dengan namanya.
"alhamdulillah.. boleh nikah.." sambut Hafiq riang.
"brutal sangat pernikahan kita kali ni." ungkap Tessa. hari ini mereka bakal bernikah di pejabat agama. pernikahan ketiga mereka merangkap pernikahan yang paling sempoi. tak da tema langsung. dia dan Hafiq hanya mengenakan persalinan baju kurung dan baju melayu yang dibeli di pasar malam berdekatan pulau itu. ini pun tidak sedondon. baju kurung Tessa berwarna hijau muda. baju melayu Hafiq pula berwarna kelabu.
"janji nikah kan.." jawab Hafiq sambil terus fokus pada pemanduannya. indahnya perancangan Tuhan. berbulan dia adjust nak dapatkan Tessa.. berakhir dengan pergaduhan besar. tapi diganti dengan seminggu yang dipermudahkan untuk mereka bernikah.
"Hafiq.. satu kali lafaz nanti tau.."
"insha allah.." 

______

"encik.. tolong rakam kami nikah nanti.. makaseh encik.." Tessa menyerahkan ip nya kepada salah seorang pekerja pejabat agama itu.
"korang ni kahwin lari ke apa ni.. macam dah tak sabo bebeno gaya nya.." usik pakcik tu.
"tak baik tau pakcik ni.. ni lengkap semua dokumen yang kami bawa." jawab Tessa dengan nada bergurau juga.
dia dan Hafiq mengambil tempat masing2. Hafiq berjabat tangan dengan tok kadi.
"aku nikah kan dikau dengan nur haura binti abdullah dengan mas kahwinnya 500 ringgit dibayar tunai."
"aku terima nikahnya nur Haura binti abdullah dengan mas kahwinnya 500 ringgit dibayar tunai.."
sekali lafaz seperti yang dipinta Tessa. maka sah, buat kali ketiga mereka bergelar suami isteri.
cincin tersarung di jari manis masing. Tessa menyalami tangan Hafiq sebelum dahinya dikucup lembut. ada air mata mengiringi pernikahan kali ketiga ini.

______

Tessa dan Hafiq berjalan berpegangan tangan menuju keluar dari pejabat agama.
"Hafiq.. kita dah kahwin! you are my husband now!" Tessa sedikit menjerit. dia merangkul leher Hafiq. Hafiq membalas pelukan itu. dia bahagia melihat keterujaan Tessa.
"thank you sebab masih sudi terima i." ucap Hafiq sebaik pelukan terlerai. bahu Tessa dirangkul sebelum mereka meneruskan langkah.
"tak sabar nak balik jumpa anak-2, apa kata kita balik sekarang.."
"tak boleh.."
"why?"
"jalankan tanggungjawab dulu malam ni. esok baru kita balik." jawab Hafiq sambil mengenyitkan mata.  Tessa mencuit perut Hafiq.
"you, i lapar lah.. jom lunch kat mcd.." ajak Tessa. memang sempoi habis. baru setengah jam bergelar pengantin baru, nak pergi lunch kat mcd.. ala.. boleh lah tu.. kira macam makan beradab.
"cuba cakap macam ni. abang, sayang lapar lah.. jom makan kat mcd. hari tu elok je boleh panggil abang.." kata Hafiq sambil menutup pintu kereta.
"abang, abang.. sayang lapar lah.. jom lunch kat mcd.." Tessa berkata sambil membuat aksi mengerdipkan mata.
"sayang.. jangan nakal sangat. ni yang tak buat tak sabar tunggu malam ni.." Hafiq mencuit hidung Tessa. enjin kereta dihidupkan.
"siang pun boleh.." Tessa menggumam sendirian.
"apa dia sayang?"
"takda apa.." Tessa cuba mengelat.
"nampaknya take away je lah ni nanti.. cepat sampai bilik.. bak kata sayang, siang pun boleh.. kenapa nak tunggu sampai malam kan?" memang tak dilepaskan peluang mengusik yang ada.
"Abang! kalau boleh malam ni nak balik, rindu anak-2.." walau ketika pergi tempoh hari dia marah.. tapi, hanya sekejap. sebaik dia tenang. hatinya terus dihurung rasa bersalah kerana memperlakukan anak-2nya sebegitu rupa.. maafkan mama,Aara, Aira.

*finally.. mereka kahwin. vote and comment!

Sayangku! Jandaku, aku masih sayang (COMPLETED)Where stories live. Discover now