sayangku, jandaku (30)

8.7K 271 14
                                    

"hello.." Hafiq memisat matanya sambil mengangkat panggilan dari mummynya. matanya melirik pada jam di dinding. dah pukul satu tengah hari. lama juga tidur lepas 'bekerja' tadi.
"Hafiq balik rumah sekarang!" tegas suara itu mengarah. terus segar biji mata Hafiq. dada mummy nani sudah seakan berombak menahan rasa marah.
"kan malam nanti nak dinner sama-2 juga. jumpa malam nanti la mummy." jawab Hafiq sebelum berbaring semula. kepalanya dipicit-2. rasa pening sikit. mungkin sebab bangun mengejut dari tidur yang lena.
"mummy cakap datang sekarang! bawa Tessa sekali!" mummy nani sudah separa menjerit. benda ni tak boleh ditangguh lagi. nanti makin melarat pula Hafiq dan Tessa berzina. astaghfirullahalazim. memang nak kena ceramah habis-2 mereka berdua tu.
"okay mummy.." Hafiq menurut dan mematikan talian. dia mendekati Tessa yang baring mengiring membelakanginya. rambut Tessa yang menutupi wajahnya diselak.
"sayang.. bangun sayang.. mummy nak jumpa." lembut Hafiq membangunkan Tessa, seraya dengan ciuman yang hinggap di bahu Tessa yang terdedah.
"sekarang? kenapa mummy nak jumpa?" Tessa bertanya dengan mata yang masih tertutup.
"tak tau lah. bangun lah sayang." Hafiq mencium bahu Tessa berkali-kali sehingga Tessa membuka matanya.
"sayang mandi lah dulu. nanti abang mandi di bilik mandi luar." suruh Hafiq. Tessa terus bangun dan keluar dari balutan selimut yang membaluti tubuh dari tadi.
"sayang. jangan lah seksi sangat. nanti abang tak tahan.." sempat lagi Hafiq mengusik. pantas Tessa mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi.

______

"asslamualaikum." serentak Hafiq dan Tessa memberi salam. ada suara garau yang menyambut salam mereka. suara garau yang mereka kenali. suara Ryan. Tessa dan Hafiq bergerak seiring menuju ke ruang tamu. ada Ryan, ada Veca,ada umi hajar,rizqin dan mummy nani dengan muka ketatnya.
"ada apa ni?" Hafiq bertanya. masing-2 menjungkitkan bahu.
"aunty nani suruh datang.." ringkas jawapan Ryan.
"duduk situ, Hafiq, Tessa!" arah mummy nani..tanpa banyak soal, Tessa dan Hafiq mengambil tempat di tempat yang ditunjukkan oleh mummy nani. masing-2 sudah berdebar. seakan dapat merasakan apa yang akan berlaku seterusnya.
"apa nak jadi dengan kamu berdua ni?" tanya mummy nani. Tessa dan Hafiq saling berpandangan. "jadi apa mummy?" Hafiq memberanikan diri untuk bertanya. 
"berani Hafiq tanya mummy? tanya diri Hafiq! kenapa sampai perlu berzina bermaksiat, depan anak-2! tak malu ke Hafiq Tessa!" marah mummy nani. semua yang ada di sana sudah menunjukkan reaksi kaget.
"astaghfirullahalazim nani.. apa awak cakap ni? mungkin ada salah faham ni." umi Hajar cuba menenangkan mummy nani dan suasana yang sudah mula tegang.
"salah faham apa hajar? Aara dengan Aira yang cerita, Hafiq ni tiap malam pergi tidur dengan Tessa! dua-2 dah tak ingat dosa, takkan budak-2 tu nak menipu Hajar."
"astaghfirullalazim." serentak Rizqin, umi hajar dan Ryan berigstighfar sambil mata tertumpu pada Hafiq dan Tessa. Hafiq menggenggam erat tangan Tessa yang sudah mulai menangis. rasa takut,rasa bersalah semua ada. kerana dia yang memulakan semua ini.
"Hafiq.. Tessa.. bukan i nak masuk campur. tapi kenapa sampai macam ni sekali. takda orang halang korang halalkan hubungan ni." Ryan memulakan ceramah percumanya. tiba-2 kasut di luar rumah Tessa malam itu terlintas di fikirannya. pasti itu kasut Hafiq.
"benda ni bukan macam yang kamu semua fikir."
"diam Hafiq! kalau Hafiq cintakan Tessa. bukan begini caranya. Hafiq dah rendahkan maruah diri. Tessa pun, kenapa senang sangat kalah dengan nafsu?" mummy nani terus menyerang Hafiq dan Tessa. langsung tidak memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.
"mummy! Tessa bukan perempuan macam tu!"
"sudah-2 lah tu Fiq. jangan menegakkan benang yang basah. bertaubat lah. selagi masih ada masa." padu tak padu nasihat Ryan.
"tak guna menangis Tessa. bak kata Ryan.. bertaubat lah selagi ada masa." Veca baru mampu bersuara kerana terlalu terkejut dan susah untuk menghadam apa yang sedang berlaku.
"semua dah puas bercakap? boleh saya lagi bercakap sekarang?"
semua diam.
"Hafiq dengan Tessa dah nikah. dah tiga bulan dah pun." Hafiq memberitahu kebenaran.
"apa Hafiq cakap ni? jangan menipu sebab nak tutup zina dan maksiat kamu. taubat lah nak." suara mummy nani sudah kendur, seakan merayu.
Hafiq meletakkan sebuah file di atas meja. ada guna juga dia bawa file tu tadi. Ryan mengambil file itu,dibelek satu persatu.
sijil nikah Hafiq dan Tessa dikeluarkan. diserahkan kepada mummy nani.
"keluar dari rumah ni." mummy nani melemparkan sijil nikah itu.
"apa mummy ni? tadi tuduh kami berzina. dah tunjuk sijil nikah, halau pula kami." Hafiq juga sudah mula panas hati.
"kamu berdua ni anggap tak kami keluarga kamu? kamu nikah tak bagitahu langsung. nikah ni bukan benda kecil. dah keluar,sebelum mummy sakit jantung tengok muka kamu berdua ni."
"mummy.."
"diam Tessa. mummy dah anggap Tessa macam anak sendiri. kadang-2 mummy lebihkan Tessa dari Hafiq. ini yang Tessa balas mummy?"
"nani, sabar nani. sekurang-kurangnya mereka tak berzina." umi Hajar cuba menenangkan mummy nani.
"Hajar. suruh mereka keluar."
"Tessa. jom kita balik. kita tak diterima di sini." Hafiq menarik pergelangan tangan Tessa tapi Tessa tidak bergerak.
"Nur Haura." suara Hafiq semakin tegas.
Tessa menurut. mereka menuju ke bilik untuk mengambil Aara dan Aira yang masih tidur sebelum keluar dari rumah itu.

*teruk pula mummy nani marah.. hah Hafiq Tessa. baru tau akibatnya.. haih.. vote and comment!
 

Sayangku! Jandaku, aku masih sayang (COMPLETED)Where stories live. Discover now