sayangku, jandaku (7)

9.7K 296 5
                                    

Tessa berjalan tergesa turun dari pejabatnya. dia sudah lambat untuk menghadiri meeting yang dijadualkan pada pukul 2 petang. sekarang dah 1.30 petang. aduii, sempat ke tak ni? dengan cuaca panas terik, tudung yang tidak on point,baju kurung yang membataskan pergerakannya, kereta parking jauh. semuanya serba tak kena. semua ni salah Hafiq! eh tetiba.. sejak Hafiq muncul kembali,hidupnya huru hara. kiri jadi kanan. atas jadi bawah.. heh!
'pugg!'
"hoi buta kah?!" penunggang motorsikal itu memaki dan memarahi Tessa sebelum meneruskan perjalanan dan meninggalkan Tessa yang masih terduduk menahan sakit di tepi jalan. kurang ajar punya motor, dahlah langgar orang! marah lagi,lari pula tu.
"astaghfirullahalazim Tessa.."
"you buat apa kat sini?! mesti sebab you, i kena macam ni.!" marah Tessa. Hafiq bingung. harus jawab apa? bukan dia yang melanggar Tessa. memang dia memerhatikan Tessa dari tadi, ingin melepas rindu. baru sekejap dia mengalih pandangan. kesayangannya itu sudah dilanggar motorsikal.
"sini i tolong.. i bawa you pergi klinik i." Hafiq menawarkan pertolongan tapi jelingan tajam yang dia dapat.
"tak payah! i boleh bangun sendiri." Tessa berkeras. dia memaksa dirinya untuk bangun dan berdiri namun...
pantas saja Hafiq menangkap pinggang Tessa yang seakan mahu terjatuh semula. aduhai.. di bawah panas terik pula berlaku adegan saling bertentang mata.
"Hafiq!" Tessa menjerit kecil apabila Hafiq tiba-2 mendukungnya. "turunkan i!" arah Tessa kasar dan tegas.
"turunkan you di mana sayang? di hatiku?" tanya Hafiq sambil tersenyum nakal. makin senang dan geli hatinya apabila pipi Tessa mula memerah.. always and always.. too cute to handle.
"i bawa you pergi klinik i.. macam serius luka you ni."
Tessa hanya diam tanpa kata. hanya jantungnya yang berdetak kencang. dia  membiarkan saja Hafiq mendukungnya hingga ke kereta. meeting yang sepatutnya dihadiri nampaknya beralih ke klinik.. bersama doktor itu bekas suami ku.. hahahaa..

______

"Hafiq, jangan.. i segan lah.." Tessa yang berbaring menahan tangan Hafiq yang baru berkira-2 hendak menanggalkan stokinnya.
"lunch hour ni, takda nurse. doktor satu lagi pun lelaki. macam mana?"
"kita tunggu nurse sampai." cepat Tessa memberi kata putus. Hafiq akur. dia mencapai kerusi dan duduk di sebelah katil pesakit tempat Tessa dibaringkan.
"i nak minta maaf sebab marah you hari tu. i tak patut marah sampai macam tu."
"kenapa you balik sini?" Tessa mengalih topik kepada soalan yang sudah lama mahu diajukan sejak dia tahu Hafiq sudah kembali. tapi baru hari ini berpeluang.
"you rasa?" soalan dibalas soalan.
"tak payah nak teka teki sangat lah."
"setakat ini, biar lah rahsia." Hafiq memberikan jawapan itu sambil tersenyum manis ke arah Tessa. senyuman yang bisa membuat Tessa tidak keruan. entah kenapa hati seakan masih berharap, Hafiq kembali untuk dirinya. dia takut harapan itu akhirnya akan membawa kekecewaan akhirnya nanti.

*vote and comment!

Sayangku! Jandaku, aku masih sayang (COMPLETED)Where stories live. Discover now