Chapter 12 - Means nothing

1.9K 116 19
                                    



Satu senyuman terbentuk pada bibir Sehun disebalik ciuman itu. Dia kemudian mendalamkan ciuman mereka berdua sambil mengeratkan pelukan pada pinggang Dahee. Entah apa yang merasuk dirinya sendiri sehingga dia mengambil langkah untuk menggoda gadis itu dengan ciumannya.

Menyedari dia tidak sepatutnya membalas ciuman Sehun, Dahee segera meleraikan ciuman tersebut. Tubuh Sehun ditolak lembut.

"Wae?" soal Sehun pelik. Tangannya masih memeluk pinggang Dahee.

"S-saya tak patut balas ciuman awak, Sehun. It's wrong and crazy." balas Dahee yang resah itu. Dia merasakan dirinya telah melakukan kesalahan yang besar. Aku tak patut cium dia !

Dengan perasaan yang resah, Dahee menarik jauh tangan Sehun dari pinggangnya dan dia terus bangun dari katil. Gadis itu mahu keluar dari bilik. Baru sahaja beberapa langkah, tangannya ditarik Sehun. Automatik, dia berdiri menghadap jejaka itu.

" Babe, it's not wrong and not crazy when we're kissing. I'm yours, you can kiss me." Bicara Sehun lembut. Pipi Dahee disentuh lalu bibir milik gadis itu dicium lagi. Entah mengapa dia merasakan tidak puas lagi mencium bibir isterinya.

Dahee cuba membalas ciuman Sehun tetapi perasaan resah semakin hadir dalam diri, membuatkan dia menolak ciuman itu. Tubuh Sehun ditolak sekali lagi.

"No..no..no, saya tak boleh balas ciuman awak. Apa yang berlaku tadi, awak lupa kan. Anggap je yang saya tak pernah cium awak, Sehun. " Tanpa menunggu si suami berbicara, Dahee terus membuka langkah untuk keluar dari bilik.

" Oh Dahee!"

Panggilan Sehun itu hanya sia - sia kerana Dahee sudah pun keluar dari bilik.

Keluhan dilepaskan pabila Sehun mengenang kembali perkara itu. Dia masih tertanya- tanya mengapa Dahee bertindak seperti itu. Bukan kesalahan yang besar jika mereka bercium kerana mereka adalah pasangan suami isteri. Tetapi gaya Dahee seolah - olah dia telah melakukan kesalahan yang besar. Fikiran Sehun yang tenang tadi berubah kusut. Kusut memikirkan isterinya.

" Sehun."

Tersentak jejaka itu pabila bahunya disentuh seseorang. Terus sahaja dia mengalihkan pandangan pada gerangan telah memanggilnya.

"Ah, BoA noona"

" Kamu buat apa dekat sini? bukan sepatutnya kamu dah kena pergi bilik pakaian ke?" Soal BoA yang merupakan pekerja bahagian model dalam syarikat ini. Dahi ditepuk sebaik sahaja Sehun mendengar kata - kata BoA.

" Aigoo, saya lupa pula." Dia terus bangun  dari kerusi cafeteria itu. BoA tersenyum kecil sebelum mengatakan sesuatu lagi.

" Termenung jauh tadi, kamu bergaduh dengan girlfriend ke?" soalnya mengusik, membuatkan Sehun menggeleng laju.

" Apa noona merepek ni? Saya mana ada girlfriend."

" Dah tu, wallpaper phone kamu tu. Who's that pretty girl? " BoA menjuirkan bibirnya ke arah Iphone X milik Sehun yang berada di meja. Terserlah gambar seorang gadis yang bernama Kim Dahee yang telah menjadi wallpaper pada skrin telefon Sehun. Gambar gadis itu sedang makan menjadi pilihannya.

Leher belakangnya digaru sambil dia mempamerkan sengihan kecil. 

" Pandai kamu pilih." puji BoA tersenyum.

" Dahlah, pergi masuk bilik pakaian cepat. Jumpa kamu dekat tempat next shooting." sambung wanita itu dan Sehun mengangguk. Mereka lantas berjalan ke laluan masing - masing.















[O.G] Mr. Hot Model And Me | j.de & o.shWhere stories live. Discover now