BAB 16

243 3 0
                                    

"Pihak University of Tokyo mengadakan kem bagi pelajar yang baru masuk ke universiti ini"  aku membaca pengumuman itu di dalam hati.

Aku mencapai tangan Zara lalu memberitahu tentang itu.

"Jom!" Zara mengajak aku untuk mengikuti kem tersebut.

Aku setuju.

Seorang Demi seorang melihat pengumuman itu. Ramai yang ingin mengikutinya. 

"Kau nak join ke kem tu?" Danial bertanya kepada Haqiem.

"Mesti la,kau?" -Haqiem

"Aku malas la" Danial balas.

Tiba tiba aku dan Zara terserempak dengan mereka berdua.

"Hi!" Danial bersuara.

"Ouh hi! Korang join tak kem tu? Kitaorang join" kata aku.

"Join!" Tiba tiba Danial bersemangat.

Haqiem memandang kearah Danial lalu

"Tadi kata malas" -Haqiem

"Saja ja" Danial berkata sambil senyum malu.

Haqiem hanya menggelengkan kepalanya.

Aku dan Zara hanya ketawa kecil.

——————————
Semua pelajar yang mengikuti kem itu turun daripada bas berhati hati. Suasan hutan yang aman dan kedengaran bunyi sungai dapat menghilangkan stress kami semua.

Kami meletakkan beg di dalam khemah.

Aku melihat tentatif program. Tidak terlalu padat. Love it! Ada permainan dalam kumpulan, mandi sungai, taklimat dan akhir sekali pertandingan antara setiap kumpulan.

Selesai bersiap semua pelajar beratur dalam kumpulan masing masing.

Kami semua duduk dalam kumpulan masing masing dan boleh buat aktiviti bebas. Tiba tiba Danial dan ahli kumpulannya datang kearah kami. Katanya hendak bermain bersama. Kami cadangkan untuk main permainan yang dinamakan 'truth or dare'. Menarik idea tu.

Danial memutarkan botol dan akhirnya hujung botol berhenti tepat kearah Zara.

"Truth or dare" kami bertiga tanya serentak.

"Weh serentak! Buat aku nervous doh hahaha" Kata Zara.

Kami ketawa.

"Um..truth la" jawab Zara.

"Siapa nama crush kau?" Aku tanya kepada Zara sambil mengangkat kening.

"Lainad..ha lainad" terus Zara menjawab.

Dengan jawapan itu membuatkan aku terfikir siapakah lainad? Eh! Lainad bila terbalikkan jadi DANIAL! Pandai eh kau Zara.

Lalu Zara memutarkan botol itu dan hujung botol itu berhenti tepat pada  Haqiem.

"Truth or dare"

"Truth" Haqiem menjawab.

"Apa benda yang kau rindu gila masa sekolah dulu?" Danial bertanya.

Haqiem berfikir sebentar.

"Aku rindu nak tulis nama orang datang lambat. Pastu bila tanya kenapa lambat, macam macam alasan yang boleh buat aku gelak" Haqiem menjawab lalu ketawa kecil.

Mata aku terus kearah Haqiem (Aiman). Aku teringat masa mula mula aku terjumpa dengan Haqiem Aiman. (Ingat tak situasi ni? Kalau tak ingat baca la balik huhu)

"Tu je?" Zara menyampuk.

Haqiem angguk.

Apabila botol itu tepat kearahku, aku memilih 'dare'

kau,aku punya !Where stories live. Discover now