BAB 1

1.3K 32 0
                                    

Assalamualaikum,nama aku Aisyah Adriana binti Ibrahim.orang panggil aku Aisyah. Alhamdulillah aku masih ada ibu dan ayah. Ibu aku bekerja sebagai guru di SMK Gombak. Dimana disitu la aku bersekolah.
Tahun ni aku akan menghadapi peperiksaan yang besar. SPM!

------------------
Jam menunjukkan 6.45 pagi. Aku bangun dari katil lalu terus ke bilik mandi. Disebabkan aku menonton cerita hindustan semalam menyebabkan aku terbangun lewat!
Setelah sampai di sekolah,aku ternampak seorang pengawas lelaki sedang menjalankan tugasnya untuk mengambil nama pelajar yang datang lewat. *tak pasal pasal kena denda hari ni* banyak banyak pengawas,dia seorang sahaja yang aku nampak cara pemakaiannya kemas, *dah la putih,tinggi,hensem pulak tu fuh lelaki idaman!* kata hati aku.

"Nama awak siapa?kenapa datang lambat?"
Tanya pengawas lelaki itu sambil menundukkan badannya. Muka lelaki familiar.
"Nama aku Aisyah Adriana." Mendengar suara pengawas itu membuatkan aku ragu-ragu untuk beritahu mengapa aku datang lambat.
"Em..em aku bangun lambat sebab tengok cerita hindustan. Ops!" Tiba tiba mulut aku ni degil. Pengawas itu hanya gelak nakal. Lalu..
"pendek macam ni pun tengok hindustan?"
Aku membeliakkan mata selepas dia berkata begitu. Kurang ajar pengawas, pagi pagi dah kena ejek. Sabar sahaja la.
"sorry.saya gurau je,by the way nama saya Haqiem Aiman,boleh panggil Haqiem tapi kalau nak sedap sikit panggil abang Haqiem" dengan nada yang mengada. Aku hanya mampu mengangguk. Kerana setelah aku melihat dia jantung aku berdegup makin laju. Urgh! Menjerit dalam hati. Lalu aku terus pergi ke kelas.

-kalau nak sedap panggil abang Haqiem pun boleh-
Kata kata itu sentiasa bermain di fikiran aku.

----------------
Assalamualaikum, ni kali pertama saya buat cerita. Maaf kalau tak berapa best👉👈
Tunggu bab yang seterusnya okay!

kau,aku punya !Where stories live. Discover now