BAB 9

405 10 0
                                    

*Sorry for the late update*
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _
Suasana kelas yang riuh rendah itu membingungkan lagi pemikiran aku. Aku cuba untuk pergi kearah Athirah tetapi seperti ada magnet yang menarik supaya tidak pergi. Perlahan lahan aku duduk sambil menghembuskan nafas. Athirah seperti tidak nampak dan tidak kenal aku! Huh

"Selamat sejahtera pelajar" Puan Sarah memasuki kelasku. Mata cikgu memandang kearah aku.

"Aisyah, jumpa saya  di bilik kaunseling sekarang" tiba-tiba sahaja aku dipanggil untuk ke bilik kaunseling. Dalam perjalan kebilik kaunseling badan aku ni dah macam tak seimbang lagi. Takut .

* * * * * * *
"Weh asal Aisyah kena pegi bilik kaunseling?" Tanya Firdaus iaitu kawan kepada Haqiem.

"Entah lah Fir,aku pun tak tahu" kata si Haqiem.

"Bukan ke kau ni selalu usya dia? Takkan tak tau kot"

Haqiem tidak membalas satu perkataan pun. Dia hanya berdiam. Mungkin dia sedang berfikir juga.

* * * * * * * * * *
(Bilik kaunseling)
"Kenapa cikgu nak jumpa saya? Hehe" tanya aku sambil gelak acah malu.

"Saya dapat laporan daripada seorang pelajar bernama Nazmi, Nazmi cakap awak selalu kacau dia"

"Cikgu percaya dia? Takkan la saya nak kacau dia? Dia yang selalu kacau saya. Cikgu pun tau kan dia macam mana" kata aku sambil mengangkat kedua dua belah kening.

"Sebab tu la saya panggil awak. Saya nak bukti." Selepas cikgu berkata begitu tiba tiba sahaja Nazmi membuka pintu bilik kaunseling.

"Eleh dah buat salah, takkan nak mengaku" kata kata Nazmi itu seperti tidak pernah melakukan satu kesalahanpun! Makin membuak buak pula marah aku terhadap dia.

Cikgu yang duduk dihadapan kami hanya berdiam dan mendengar kata kata yang keluar daripada mulut Nazmi itu. Aku pula memandang kearah cikgu berharap agar cikgu memotong percakapan Nazmi yang tak betul tu. Lama juga penipuan daripada mulut Nazmi dilepaskan. Akhirnya cikgu menyuruhnya untuk diam.

"Kamu ni Nazmi cuba la sabar, baru datang dah banyak cakap." Kata cikgu sambil mengambil sebatang pen dan sehelai kertas.

"Tah kau ni, beria betul. Dah la menipu" dushh! Terus terang aku bercakap kepada dia. Nak bagi cikgu dengar sekali sebenarnya. HAHAHA!

"Eh ma..ma..mana..."tergagap gagap dia berkata. Heh

"Jadi kamu tipu saya la tadi? Aisyah, kamu boleh masuk ke kelas"  kata Cikgu Sarah kepada aku dan Nazmi. Kemudian dia menyuruhku untuk masuk ke kelas.

"Terima kasih cikgu, love youuuuuuu!" Aku mengucapkan terima kasih kepada cikgu. Masa tu hati aku memang dah rasa bebas sangat sangat! Nazmi memandang kearahku seperti tidak puas hati. Haha padan muka kau. Haritu bukan main minta maaf.
Ceh.

Dalam perjalanan ke kelas, aku ternampak Qistina dengan Athirah duduk di tangga blok C. Hairan aku, diaorang buat apa kat situ? Siap gelak gelak lagi. Tanpa rasa malu aku pergi kearah mereka.

"Kauorang buat apa kat sini? Bukan cikgu dah masuk ke?" Tanya aku kepada kedua dua orang yang sekelas dengan aku itu.

"Halah kau ni, sekali sekala ponteng, apa salahnya. Kan Qis?" Jawab Athirah tanpa rasa serba salah.

"Kau ni memang selalu nak acah baik eh? Macam la tak pernah buat salah" kata Qistina sambil menjeling. (Tau la mata lawa)

"Aku malas nak gaduh sebenarnya, sedar la tahun ni kita SPM tau. Lagi berapa bulan je" Terus terdiam. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulut mereka.

kau,aku punya !Where stories live. Discover now