BAB 13

247 4 1
                                    

"Gelang dari mana tu?" Tanya ibu setelah melangkah masuk kedalam bilikku.

"Oh ni Haqiem bagi masa birthday Aisyah" jawab aku sambil membetulkannya.

—————————
22.5 fuh birthday aku harini! Alhamdulillah genap 17 tahun Allah bagi aku hidup. Terima kasih Allah.

Ding! Loceng rumah berbunyi.
Aku terus mengintai disebalik langsir. Siapa pula yg datang awal awal pagi ni? Bisik hati aku.

"Eh!" Aku terkejut. Rupanya Haqiem datang. Mata aku jatuh pada tangan Haqiem yg memegang kotak berbentuk empat segi berwarna brown.

"Nah, happy birthday!" Haqiem berkata. Lalu menghulurkan barang tersebut.

Aku mengambilnya dengan lemah lembut. Pada kotak tersebut terpapar jenama  Pandora.

"Kau ni, susah susah je. Btw thanks" kata aku.

"Gelang ni, saya nak awak jaga elok elok. Walaupun satu hari nanti saya akan hilang" dengar sahaja kata kata Haqiem membuatkan Aku hairan.

—————————
"Ish gelang ni memang ada aura la, tengok aku dh throwback pasal dia" bisik hati aku. Hm apasal la dia hilang mcm tu je? Kalau ye pun what's up la. 

————————
Omg! Minggu depan SPM! Cepatnya masa berlalu . Aku terus mengambil buku latihan subjek addmath. Yes memang aku sukakan math. Tapi nak skor A addmath tu payah sikit. So masa yg aku ada ni InsyaAllah aku boleh. Kalau ada usaha ada la hasil yg bagus.

Tuk tuk tuk! Pintu bilik aku diketuk oleh ibu dan ayah. Aku bergegas bangun lalu membuka pintu.

"Ibu ayah ada nak cakap apa2 ke?" Tanya aku sambil meletakkan pensel di atas meja belajar.

Ayah dan ibu mengangguk.

"Study hard okay sayang, nanti dapat result cemerlang InsyaAllah ayah boleh tanggung bila Aisyah sambung belajar nanti"ayah berkata.

"Ibu doakan apa yang Aisyah belajar, apa yg Aisyah study mudah masuk, mudah ingat, and InsyaAllah mudah jawab nanti" Ibu yg dari tadi diam tiba tiba bersuara sambil mengusap anak tunggalnya itu.

"InsyaAllah Aisyah buat yg terbaik untuk ayah, ibu and untuk Aisyah sendiri" balas aku lalu melemparkan segaris senyuman.

————————
"Kau dapat berapa A?" Tanya Athirah kepadaku.

"Alhamdulillah aku dapat 9A1B, addmath B" jawab aku.

"Kau?" Aku bertanya.

"Em aku datang lambat tadi so dah ramai yg ambik A. Yang tinggal B je banyak" Athirah menjawab dengan lawak hambarnya tu.

"Ada je la kau eh, takpa weh! Kita dh lepas SPM!" Aku bersorak.

Lalu aku dan Athirah berjumpa dengan Firdaus, Begitu juga dengan Qis. Dari jauh boleh nampak yang Qis seperti sedih dengan keputusannya.

"Qis? Kenapa ni?" Tanya Athirah.

"Result aku teruk sangat la, aku menyesal gila sekarang ni. Kalau la aku dengar cakap parent, dengar cakap cikgu2, dengar cakap Aisyah, mesti aku boleh berjaya" jawab Qis sambil lap air matanya yg mengalir di pipi.

"Qis, perjalanan hidup kita ni jauh lagi. Jangan disebabkan kau dapat result yg teruk, kau terus give up mcm tu je. Past is past. Sekarang ni kau cuma kena terus kan hidup baru. Belajar ubah sikap" aku memujuk Qis. Nak kata bagi motivasi tu ada la sikit.

Sebelum kami menuju ke arah Firdaus, dia sudah menghampiri kami. Muka dia happy gila. Dapat result cemerlang la tu. Biasalah ketua pelajar kan...

"Kau ada dapat berita pasal Haqiem tak?" Firdaus bertanya.

"Tak...." balas aku,pendek.

Sedih bila orang yang kita baru nak kenal lebih dalam tiba tiba hilang macam tu je. Apa sebab dia hilang macam ni? Ke dia memang dah tak suka kawan dengan aku? Banyak persoalan yg timbul di dalam fikiran aku.

"Alahh korang ni, kalau di pergi macam tu. Aku yakin one day dia datang balik" Qis berkata.

Aku, Firdaus dan Athirah mengangguk.

—————————
Memandangkan result aku okay so aku nak cari mana mana Universiti yg aku minat. alhamdulillah! University of Tokyo ni mcm okay.aku nak jadi doktor so aku ambil course sains. Okay apply. Aku menekan butang 'apply' . Alhamdulillah tahun depan aku dah boleh masuk!

Ibu memanggil aku untuk makan malam. Kami sekeluarga membincangkan tentang pembelajaran aku. Aku harap cita cita aku yang sejak umur 5 tahun ini tercapai. Kalau dah jadi doktor, nanti aku boleh rawat semua orang! Pahala pun dapat.

"Nak tambah lagi?" Tanya ibu.

"Aisyah dah kenyang la ibu, terima kasih" aku membalas.

"Makan banyak la Aisyah, nanti dah tak dapat nak rasa masakan ibu" Ayah bersuara.

"Ayah, Aisyah pergi lambat lagi. Tahun depan, bukan esok" aku berkata sambil ketawa kecil.

——————————
Aku memasukkan gambar aku bersama sama seorang lelaki yg entah siapa kedalam dompet. Muka budak lelaki tu memang familiar gila.

Kau duduk situ diam diam. Aku bermonolog.

Okay apa lagi nak simpan? .....yes! Gambar ibu dengan ayah! Lalu aku meletakkan gambar mereka kedalam album aku sendiri. Okay done!
——————————
Athirah dan Qis mengajak aku untuk bercuti Cameron highlands hujung tahun ini. Mereka berkata "nanti kau pergi jepun dah tak dapat la nak bercuti sama sama" ayat tu memang boleh buat aku nangis setiap kali ingat. Gonna miss you guys!

"Nanti bawak balik la mamat jepun sorang untuk aku" tiba tiba Qis berkata. Aku dan Athirah hanya ketawa besar. Tak habis2 dengan miang dia tu.

"Kau nak aku bawak balik lebih pun boleh, tak ada masalah" aku menjawab.

Kami bertiga melawat Green Garden View. Memang pokok2 kat situ cantik cantik! Rasa nak petik bawak balik pun ada. Tiba tiba aku ternampak bunga yang bentuknya sama seperti hiasan pada gelang Pandora . Warnanya pun sama. Lagi membuatkan aku rasa nak petik!

"Amboi lamanya tengok bunga tu, apa yang cantik sangat?" Athirah berkata yang dapat mengejutkan aku.

"Hehe saja." Balas aku. Qis sudah tidak sabar untuk membeli buah tangan. Benda yang paling aku akan beli setiap kali pergi Cameron highlands adalah gula gula berbentuk strawberry. Memang tu favorite dari kecil la.

Hari kelima kami di situ iaitu hari terakhir , kami bertiga mengemas beg untuk pulang ke rumah masing masing. Rasa macam kejap je masa berlalu.
——————————
Masuk dalam rumah, aku perhatikan seperti ada perubahan. Ya! Memang ada. Langsir, tv, sofa dah tukar baru! Cepatnya ibu dan ayah buat semua ni.

"Cantiknya" kata aku sambil Salam kedua dua tangan ibu dan ayah.

"Ayah Aisyah la yang nak tukar" jawab ibu.

"Lagipun kita dah lama tak beli barang baru kan" Ayah menyampuk.

Lalu aku menilik setiap barang baru tersebut. Aku perasan terselit sekeping sampul surat yang entah apa di dalamnya. Aku mengambil. Setiap barang baharu itu terdapat sekeping surat. Aku mengambil lalu membukanya. Amat terkejut apabila aku melihat isi sampul tersebut. Ianya dapat menitiskan air mata aku juga. Dalam sampul itu terdapat gambar gambar kami sekeluarga. Walaupun bilangan yang sikit, kenangan kami tidak terkira .

——————————
"Alat tulis dah ada, beg untuk pergi kelas pun ada, okay semua dah ada. InsyaAllah" aku menyimpan barang barang untuk dibawa ke jepun.

Sudah tiba di KLIA .

Aku bersalam salaman dengan ibu dan ayah. Sambil mengheret beg roda tiba tiba...

kau,aku punya !Where stories live. Discover now