BAB 2

830 24 0
                                    

Selesai waktu persekolahan aku pergi ke perpustakaan sekolah. Kerana ibu kata ada banyak kerja perlu siapkan  di bilik guru. Setelah aku melabuhkan punggungku di bangku. Tiba tiba aku terdengar suara lelaki menyapa namaku,
"Aisyah Adriana!" Siapa pula la yang memekak kat belakang tu. Aku menoleh kebelakang.Haqiem rupanya. "Seorang sahaja?" Aku mengangukkan kepala sebagai tanda  apa yang diperktakan adalah benar. Haqiem terus duduk satu meja dengan aku. [Kenapa dia duduk sini] monolog hati aku. Lama aku melihat dia sedang membaca buku. Kemudian Haqiem mengajak aku untuk berborak.
"Nama awak tu panjang sangat la, saya boleh panggil apa ye?"
Sambil tersenyum dia bertanya. Disebabkan aku termenung,aku jawab seperti terpaksa
"Aisyah"
Ringkas aku menjawab. Itu sahaja yang keluar dari mulut aku.
"Malam ni tidur awal,jangan tengok hindustan sampai lewat malam" Dia menasihati aku dengan nada yang lembut. Terharunya aku! Wake up Aisyah! Dia nasihat je tak lebih pun.

"Aisyah,mak kau panggil kat luar!"
Kata kawan baik aku. Nur Athirah.selain ibu dan ayah, dia la yang selalu memberi sokongan kepada aku. Aku sayang kat dia. Sebelum aku meninggalkan tempat tersebut, aku sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Athirah dan Haqiem. Mereka balas ucapanku denhan senyuman.

-----------------------
Dalam perjalanan ke rumah, ibu perasan aku tengah senyum seorang diri.
"Aisyah senyumkan apa tu?"
Tanya ibu aku sambil ketawa.
"Senyum sebab dapat berborak lama dengan Athirah yang best best  tadi"
Tidak kesampaian pula nak beritahu perkara yang sebenar.Malu weh! Sebelum ke rumah, aku dan ibu singgah di kedai runcit untuk membeli barang dapur. Setelah sampai,aku nampak Nazmi sedang menolong seorang perempuan tua, mak dia mungkin. Aku tersenyum dengan perbuatan dia itu, Disekolah dia la ketua gangster. Aku mendekatinya

"Rajinnya Nazmi" sambil tersenyum aku memujinya. Dia hanya balas dengan jelingan. Membuatkan hati aku membara. Puji pun salah.Ngeh.
"Dah la kau,pergi la date dengan mamat pengawas yang acah hensem tu" dah kenapa dia ni. Gila ke? Ke dia jeles? Pembuli jeles dengan aku? Tak mungkin.
Aku hanya diamkan diri supaya keadaan tak jadi teruk. Suara nazmi yang kuat tu menyebabkan ibu menghampiri kami.
"Aisyah,apa bising bising ni?"
Tanya ibu.
"Eh cikgu Aida ada kat sini juga rupanya"
Kata nazmi tu membuatkan aku makin menyampah. Berlakon baik. HEH!
"Ibu dah habis beli barang? Jom kita balik. Aisyah ada banyak homework kena buat" Alasan aku supaya tidak bersemuka dengan mamat puaka tu .

--------------------------------
(Di rumah)
"Minggu depan kita dah mula berpuasa, Aisyah dah sedia?" Tanya ibu

"Aisyah dah lama sedia,lagi pun kita dah lama tak pergi surau, kalau boleh masa bulan puasa la Aisyah nak pergi surau setiap malam. Tak sabarnya!" Perasaan gembira aku tu menggegarkan satu rumah. Ibu hanya tersenyum dengan reaksi aku tadi .
Tiba-tiba aku teringat pasal Haqiem Aiman si pengawas kacak di sekolah tadi. Makin berbunga-bunga hati aku ni .

---------------------

Jangan lupa click follow dekat profile saya. Thankyou!

kau,aku punya !Where stories live. Discover now