BAB 3

661 19 0
                                    

Selepas solat maghrib, ibu memanggil aku untuk makan malam. Bagi aku, ketika makan itu masa untuk aku bersuka ria bersama keluarga. Sungguh seronok! Selesai makan, aku terus pergi ke meja belajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang belum dibereskan. Tiba-tiba

*Ding*
-what's up from Athirah sayang-

"Aku tak datang esok. Sebab aku tak berapa sihat".
Nampaknya aku kena berseorangan la esok sepanjang masa.

"Hm okay, Get well soon dear Athirah❤" moga -moga kesihatan Athirah sembuh dengan cepat.Aku tak sanggup berseorang di sekolah tu lama-lama. Lagi-lagi bila terserempak dengan si Nazmi tu. Huh seram

*  *  *  *  *  *
(Imbas kembali)
Ketika rehat dahulu, aku dan Athirah sedang beratur untuk membeli makanan. Tiba-tiba ada seorang lelaki berpakaian selekeh melanggar bahu aku lalu menengking

"Kau dah kenapa langgar aku! Semak doh. Kalau suka cakap je terus!"Nazmi menengking, mukanya mendekati muka aku. Nasib la ada Athirah masa tu.

"Kau yang tetiba langgar dia, pastu main tengking je. Kau ni tak macam lelaki langsung!"kata-kata Athirah itu dapat menjadikan Nazmi terdiam

*  *  *  *  *  *  *
Dari situ la aku menjadi takut dengannya. Harap-harap esok dia tak buat sesuatu kepada aku. Ramai pelajar yang telah menjadi mangsa buli dia. Ramai juga yang takut kepadanya. Termasuklah aku.
Di kedai tadi aku cuma berlagak berani kerana ibuku ada bersama. Kalau tidak, dah lama aku sembunyikan diri.

Selepas solat isyak,aku terus menggelongsorkan badan ke atas katil. Tidak lama kemudian aku terlelap tepat pada pukul 11.00 p.m.

-------------------------
Jam di  dinding menunjukkan pukul 6.00 pagi. Alhamdulillah bangun awal. Leganya aku. Siap memakai baju sekolah,aku mendirikan solat subuh. Lalu terus turun kebawah untuk bersarapan. Ibu menyediakan dua keping roti besertakan dengan telur mata dan segelas air milo.

Sampai sahaja dia sekolah. Puan Nora memberi taklimat.

"Baik la pelajar, hari ni pengawas akan membuat kutipan derma untuk pelajar kita yang sudah kehilangan ibunya"sedih apabila dengar tentang kehilangan ahli keluarga.

Ayat yang asyik ditanyankan adalah
"Mak siapa meninggal?"

Tiba-tiba cikgu menjawab pertanyaan pelajarnya itu.

"Kita mengucapkan takziah kepada pelajar bernama Nazmi bin Kasim  atas pemergian ibunya pagi tadi" terbeliak mata aku selepas mendengar apa yang diberitahu oleh Cikgu Nora.

Semalam baru sahaja berjumpa, hari ini sudah pergi buat selama-lamanya.
Selepas beratur aku pergi ke arah Nazmi. Belum sempat untuk aku mengucapkan takziah..

"Aisyah,aku minta maaf! Dah banyak salah aku kat kau..maafkan aku tau" pujuk Nazmi untuk aku memaafkannya.

"Aku dah lama maafkan kau. Takziah weh. Kau kena berubah,baru la ramai kawan pastu nanti mesti perempuan pon suka kat kau" ucap aku kepadanya sambil tertawa. Lega aku bila dapat melihat dia senyum. Kalau tak, sebelum ni muka nak bengis je. Rasa nak tumbuk pun ada. HAHAHAH!

"Kau ni baik sangat la. Sampaikan aku cakap kat sini dengan kau pon ada orang duk perhati. Tu ha mamat pengawas acah hensem tu. Sebok je!".kata Nazmi sambil menunjukkan jarinya ke arah kiri aku.

Aku menoleh ke kiri. Aku terlihat Haqiem pura-pura melihat di tempat lain. Kalau nak tengok aku tu, tengok je. Hoho.Monolog hati je la yang aku mampu sekarang ni. Aku dah tersuka dia ke? Tanpa melengahkan masa, aku terus menuju ke kelas untuk menghilang rasa berdebar.

(Di dalam kelas)
Semua yang berada di dalam kelas bertanyakan tentang Athirah. Kerana sebelum ini Athirah tidak pernah cuti. Ketika Cikgu Salimah sedang mengajar, kami terdengar dua orang pengawas memberi salam untuk mengutip derma. Haqiem kutip derma? Tanya diri ku sendiri. Tiba-tiba sahaja tangan aku bergetar. Nervous? Takkan la.
Haqiem dan kawannya pergi ke tempat demi tempat duduk masing-masing mengikut turutan. Haqiem menghampiri aku sambil tersenyum. Aku menghulurkan wang sebanyak RM1 kepadanya dengan tangan yang tidak henti bergetar.

"Dah lama perhatikan saya? Tangan tu bergetar sebab excited tengok saya kan?"secara tiba-tiba Haqiem bersuara.

"Kau jangan merepek lah, poyo!"aku menafikannya.

Semua kawan perempuan di dalam kelas itu memandang kearah aku. Aku hanya berbalas dengan senyuman biarpun aku tahu ada segelintir daripada mereka berkata buruk kepada aku.

"Tak kisah la awak nak cakap apa,nanti jumpa saya kat_"belum sempat Haqiem menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba kawannya mengajak untuk pergi ke kelas yang seterusnya.
Aku asyik tertanya-tanya dimana dia mahu berjumpa dan mengapa?!

-----------------------
*kring!*
Loceng menandakan waktu rehat baru bermula. Aku terpaksa rehat seorang diri hari ini. Baru sahaja aku duduk, tiba-tiba Haqiem menghampiriku lalu duduk berhadapan dengan aku sambil memegang  makanan yang dibelinya. Aku makan tanpa mempelawa. Kau nak makan, makan. Kalau tak nak, tak payah. Aku perasan bahawa dia tidak menjamah makanan sejak dia duduk tadi.

"Kenapa kau tak makan? Rehat nak habis dah ni"tanya aku kepada dia. Seperti risau.

"comel" itu sahaja uang keluar dari mulut lelaki bernama Haqiem Aiman itu. Naik merah muka aku ni. Tanpa menjawab soalan aku dia hanya tersenyum lalu.

"Bak sini nombor awak,saya nak save"tanya dia kepada aku. Dah kenapa pula dia minta nombor aku. Nak bagi ke tak ya?

"Kalau kau nak nombor aku,kau kena minta kat mak aku"aku berkata begitu kerana bagi pendapat pelajar di sekolah ini, ibu seorang guru yang tegas. Entah kenapa diaorang cakap macam itu. Bagi aku ibu seorang yang happy. watak tegas tu tak nampak pun.

"Jangan ingat saya tak berani minta kat mak awak tu. Okay la saya masuk kelas dulu"jawab Haqiem.

Dengan jawapan dia tadi,terbentang luas mata aku membuka. Aku terus pergi ke kelas lalu mengeluh untuk menghilangkan kepenatan. Kelas aku tingkat 4, penat woi.

---------------------
(Di rumah)
*Ding!*
Sekian lama aku menatap skrin telefon. Aku mendapat what's up daripada nombor tidak di-save oleh aku.
"Hai Aisyah Adriana"
Pelik. Nombor siapa ni. Takkan la Haqiem berani meminta nombor aku daripada ibu? Tanya hati ku sendiri

"Hai. ni siapa ya? Saya tak save no awak.sorry"

"Ni saya la, Haqiem Aiman. Kan saya dah kata saya berani minta kat mak awak"balas lelaki itu dengan emoji berlagak '😏'

Wait, what?! Haqiem? Kenapa ibu bagi nombor aku. Aku hanya biarkan sahaja Haqiem itu.

"Eh bluetick je?hm okay" kata-katanya itu seperti mengeluh dengan perbuatan aku.

Aku terus turun ke ruang tamu lalu menanyakan kepada ibu.

"Kenapa ibu bagi nombor Aisyah dekat Haqiem?" Lembut aku bertanya. Ibu hanya balas dengan senyuman. Apakah maksud ratu hati ku itu?
----------------------------

Kalau ada apa-apa yang kurang
cakap sahaja okay.
Thankyou semua.

kau,aku punya !Where stories live. Discover now