BAB 5

509 13 0
                                    

-But you're my only one-

"Assalamualaikum ibu. Aisyah dah balik ni" ucap aku lalu mencium tangan ibu.

"Waalaikumussalam"

Ketika aku masuk kedalam rumah, ibu sedang menanda buku murid-muridnya. Cikgu, memang itulah kerjanya. Mengajar,mendidik dan menanda. Eh yeke? Haha memandai je aku ni.

"Ayah kat mana? Ayah tak sihat?
Tanya aku. Kerana biasanya ayah akan menemani ibu ketika membuat kerja.

"Ayah kat dalam bilik. Tadi ayah batuk teruk sangat sampai suara pun nak dekat hilang"

Dengan kata-kata ibu itu, aku terus masuk ke bilik ayah. Aku lihat ayah sedang tidur. InsyaAllah ayah sihat. Aku mencium ayah. Tanpa dia siapala aku. Aku harap ibu dan ayah sempat tengok aku berjaya suatu hari nanti.

------------
Selesai solat isyak, aku membuka hadiah yang diberi oleh Haqiem. Sebuah teddy bear yang sangat comel bersama kad di sebelahnya.

Ketinggian comel,muka comel,
marah comel,semuanya comel
So hadiah comel ni saya bagi
kat orang comel.
LoveHaqiem❤

Aku tersenyum melihat hadiahnya itu. Tanpa aku sedari ada seseorang  melangkah masuk ke dalam bilik aku.

*krek*
Bunyi pintu itu dapat aku tahu bahawa ada orang yang memasuki bilikku. Aku menoleh ke pintu bilik. Rupa-rupanya ibu.

"Eh anak ibu buat apa tak tidur lagi?" ibu bertanya sambil membawa album lama. Aku hanya senyum dan acah malu ._.
Cepat-cepat aku sorokkan hadiah itu kebawah katil.

"Hehehe. Aisyah baru lepas solat isyak" balas aku sambil melihat album yang dibuka oleh ibu.Ibu membelek-belel album itu. Nak tergelak bila tengok gambar lama. Gigi takda! Hahah.

"Aisyah ingat tak gambar ni? Masa ni korang umur 7 tahun"ibu mempamerkan gambar aku bersama seorang budak lelaki. Mukanya seperti Haqiem. Lama aku tengok gambar itu. Aku seperti ingat tak ingat sahaja. Tak mungkin la tu Haqiem

"Aisyah ingat, tapi lelaki ni siapa ibu?"tanya aku hairan sambil mengangkat kening.

"Takkan la tak ingat langsung, ni__"
Belum sempat ibu menghabiskan jawapannya itu tiba-tiba ayah menjerit memanggil ibu.

"Aida! Ambilkan ubat abang"suara ayah yang serak-serak basah itu membuatkan aku rasa berdebar-debar. Ayah sakit apa. Asyik batuk sahaja. Tanya diriku sendiri. Ibu terus pergi mengambil ubat lalu memberinya kepada ayah. Aku terlihat ada darah sedikit di mulut ayah. Muka ayah pun dah pucat.

"Biar Aisyah lapkan mulut ayah. Ayah batuk sampai keluar darah"
ayah hanya tersenyum dengan perbuatan aku itu.

"Aisyah pergi bersiap cepat. Keadaan ayah dah makin teruk ni"
Tegas ibu berkata kepada aku. Cikgu Sains semestinya tahu sakit seseorang itu.

Ayah sakit apa sampai macam ni?
Kenapa aku tak pernah ambil kisah pasal kesihatan ayah? YaAllah!

Ayah dimasukkan kedalam wad. Doktor sedang merawat ayah. Aku melihat ibu kehulu kehilir sambil menelefon seseorang. Risau yang teramat.

kau,aku punya !Where stories live. Discover now