Mijung unnie memberi senyuman sinis padaku.






Aku menjelingnya dan duduk di sebelah Mijung unnie. Aku mengambil pinggan yang telah tersedia dan menghidangkan makanan ke atas pingganku.

Kami duduk bersama-sama dan sarapan secara aman. Keadaan agak sunyi pada pagi ini. Mataku melihat jam yang disangkut pada dinding. Waktu menunjukkan pukul 7:50 pagi.

Aku perlu tiba di hospital kira-kira pukul 8:30 pagi kerana itu yang dikatakan oleh Pengarah hospital.

"Mm.. mana appa? Dia tak nak join kita sarapan ke?". Soalku secara tiba-tiba.

Omma memandangku dengan senyuman.

"Appa dah pergi syarikat pukul 7:00 pagi tadi. Katanya, ada banyak kerja kat situ yang perlu diselesaikan". Kata omma.

"Oh~". Kataku sambil menganggukkan kepala.

"Mijung-ah? Macam mana dengan business pakaian kamu kat butik tu?". Soal omma pada Mijung unnie.

"Syukur~ business berjalan lancar seperti biasa. Ada peningkatan dari segi pelanggan dan permintaan omma. Sekarang saya dan kawan sekerja cuba cari design terbaru yang sesuai dengan zaman sekarang. Saya cuba tarik pelanggan orang muda untuk lariskan perniagaan saya". Kata Mijung pada omma.




Omma senyum.

Omma berasa bangga dengan kami berdua. Dia selalu berdoa dan berharap agar kami menjadi anak yang baik dan berguna. Dia juga berharap agar kami mendapat pekerjaan baik untuk menjana pendapatan sendiri tanpa mengharap appa seorang sahaja.

Maklumlah, appa seorang sahaja lelaki dalam keluarga kami.

Sepanjang kami membesar dan hidup, dia seorang sahaja yang bekerja keras untuk sekolahkan kami, mencari rezeki, dan memikul tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga.

Bila kami sudah menginjak dewasa, giliran aku dan Mijung unnie pula bekerja dan membantu kedua orang tua kami yang semakin berusia.

Mereka tidak pernah memaksa untuk bekerja di syarikat appa yang kini sudah semakin maju.

Aku masih ingat kata-kata appa ketika aku remaja dahulu, "Appa tak paksa kamu jadi macam appa.. kerja dalam pejabat dan tolong appa majukan perniagaan.. appa cuma nak tengok kamu berdua berjaya dalam hidup dan bekerja mengikut minat masing-masing bila dah besar nanti dan yang penting jangan putus asa.."

"Jangan lupa pada omma dan appa juga ya? Kami sangat sayangkan kamu.."













Aku mengimbas kembali momen terdahulu. Kata-katanya masih segar dalam ingatanku.










"Miyeon?". Mijung unnie memanggil aku.

Aku berhenti mengelamun.

"Ah? Ne? Waeyo?". Soalku dengan keliru.

"Hah~ berangan lah tu". Kata Mijung unnie.






"Aniya~ saya cuma fikirkan sesuatu". Kataku.

"Fikir apa tu?". Soal omma.

"Tak ada apa-apalah.. cuma fikir pasal kerja". Kataku dengan senyuman kekok.

"Omma tau kamu sedang gementar. Bertenang ya? Omma yakin kamu akan diterima sebab kamu seorang yang berpendidikan tinggi dalam bidang yang kamu ceburi tu. Kamu seorang yang pintar". Kata omma.

Aku senyum, "Gomawo omma~". Kataku.




"Unnie pun harap kamu dapat jadi doktor. Nanti kami dapat rawatan percuma dari kamu haha~ jangan lupa cari lelaki kacak kat sana ya?". Kata Mijung unnie dengan gurauan.

"Aish.. saya nak kerja bukan nak cari lelaki lah unnie. Em.. unnie dengan Jaehyun bila nak kahwin? Unnie dah umur 27 tahun tau. Takkan umur 30 tahun baru nak kahwin?". Aku bergurau juga.

"Yah~ pasal kahwin tu lain kali lah". Katanya dan cuba elak dari topik tersebut.

Aku dan omma ketawa.






"Omma pun tak sabar tengok anak omma ni kahwin. Tak elok kalau perempuan kahwin terlalu lewat tau. Bila omma nak dapat cucu?". Kata omma.

"Apa kata kita jangan cerita pasal kahwin dulu? Kita kena sarapan ni~". Kata Mijung unnie dengan ketawa kekok.

"Eleh~ nak mengelak lah tu~". Kataku.

Mijung unnie memandangku dengan pandangan yang tajam tetapi tidak memberi apa-apa kesan pada aku.













"Arasseo~ cepat makan ya?". Kata omma.

"Ne~". Kataku.














---

"Saya pergi dulu ya? Annyeong~". Kataku dengan mengeluarkan sedikit kepalaku di luar jendela keretaku.

"Annyeong~". Kata omma dan Mijung unnie secara serentak. Mereka melambai-lambaikan tangan mereka.

Aku juga melambai tangan. "Hati-hati pandu kereta~". Kata omma.

"Arasseo~". Kataku dengan senyuman.

Kemudian aku mengalihkan kepalaku dari jendela kereta ini. Aku segera menekan suis untuk menaikkan cermin kereta ini.

Aku segera menghidupkan enjin kereta dan menekan minyak untuk memanaskan sedikit enjin ini.

Selepas itu, aku memegang gear untuk dipindahkan dari simbol 'P' ke simbol 'R' iaitu 'P' bermaksud parking dan 'R' pula bermaksud reverse. Aku perlahan-lahan menekan minyak lagi dan keretaku bergerak ke belakang.

Aku memusingkan steering keretaku dan perlahan-lahan mengeluarkan keretaku dari kawasan rumah kami akhirnya keretaku berjaya keluar dari kawasan berpagar ini. Tanganku pantas memegang dan menekan gear lagi dan menukar mod ke gear 'D'.







Aku menekan minyak dan memandu keretaku ke tempat yang dtuju.














Bersambung









+

Ini lah new ff author! Harap korang suka and please give a lot of supports to my fanfic

Sila vote atau comments guys~

Sila abaikan typo juga hahaha

😂😊❤

the doctor • k.sj [C]Where stories live. Discover now