10 - NOTIFIKASI MESEJ

Start from the beginning
                                    

💙


Apa yang kau nak?

JENNY  🐒🐵
Robin, kau kat mana? balik lah.😢


Untuk apa? Kau nak tengok bapak kau mati?

JENNY 🐒🐵
Jangan cakap macam tu.


Habis tu kau nak aku buat apa?
Cium kaki bapak kau?
Sujud mintak ampun?

JENNY 🐒🐵
Aku tau abah memang melampau.
Tapi sampai bila?
Tak akanlah kita tak akan jumpa lagi? 💔


Nak jumpa? Boleh.
Lepas aku bunuh bapak kau.
Kau dan mama boleh jumpa aku dekat
tali gantung. 👍👍👍

Robin menghembuskan keluhan seusai membalas mesej sepupunya. Telefon pintar dimatikan dan disimpan di dalam saku seluar. Wajahnya yang penuh dengan darah diraup.

Suasana malam begitu sepi di pondok stesen bas. Di situ Robin duduk mengasingkan diri. Hanya sekali-sekala sahaja kedengaran bunyi kenderaan lalu meredah jalan raya.

"Sial..orang tua tak guna. Mampuslah kau cepat."

Robin menyumpah ayah saudaranya.  Jaket yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan. Pakaian itu digunakan untuk mengesat kesan darah pada wajahnya.
Terasa berdenyut-denyut kepalanya.

"Diam! Aku dengar sendiri apa yang Jennifer bisik dekat kau. Dia buat benda tak senonoh pada Claire kan?! Aku tak nak benda yang sama jadi kat anak kita!"

Suara bapa saudaranya masih tergiang-giang kedengaran di dalam kotak minda. Sungguh kata-kata itu menusuk jiwa. Tajam. Berbisa.

"Aku tak nak benda yang sama jadi kat anak kita!"

Robin mengigit bibir menahan marah. Pedih terasa hatinya.

"Betina sial. Berani kau burukkan nama aku pada Jenny."

Baiklah, Robin... sekarang mana kau nak merempat?

Robin meneguk air liur. Dadanya berombak deras menahan api marak kemarahan.

Suasana ruang kamar sepi dan nyaman. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran melainkan bunyi arus hembusan penghawa dingin.

Bzzz...bzzzz...bzzzzz....bzzzzzttt.....

Telefon pintar bercahaya saat ada panggilan yang masuk. Bergetar-getar di atas meja.

Bzzzz...bzzzzz...bzzzz..bzzzzttt.....bzzzzttt...

Bunyi getaran semakin kuat memusnahkan ketenangan kamar tidur. Telefon pintar bergerak-gerak di atas meja.

"Ish...siapa kacau malam-malam buta ni."

Dallas merungut saat terjaga dari tidur. Terkial-kial tangannya meraba telefon pintar di atas meja.

Matanya terpisat-pisat menahan silau merenung cahaya pada skrin telefon.

Bzzzzzz....bzzzz....bzzzz....

Getaran masih berbunyi.

Nama Robin tertera.

Dallas tertawa kecil. Rasanya dia tahu apa yang terjadi dan kenapa Robin Howie menghubunginya.

Butang pangkah ditekan. Sengaja tidak mahu menjawab panggilan 'sahabat'nya itu. Malas nak layan. Pilihan bunyi deringan telefon pintar ditukar kepada senyap.

Dallas menghempaskan kembali kepalanya pada bantal yang empuk. Senyuman lebar tersenyum. Mata kembali terpejam. Kembali tidur dengan tenang.

"Tidur dulu, Robin."

Dallas berbisik perlahan seorang diri.

Bipp!Bipp!

Notifikasi mesej masuk daripada Robin. 📩

Robin 📩
Babi kau Dallas!
Tidur mampus.
MAMPUSLAH KAU CEPAT!


00:05
Hello?
Teddy?
Kau ke tu?

Claire terlena tidur saat menanti balas daripada Teddy. Telefon pintar terlekap pada genggaman tangannya. Di dalam kegelapan malam tiba-tiba cahaya skrin menerangi sekelumit ruang yang hitam.

Bunyi notifikasi mesej masuk kedengaran perlahan.

Bloop!Bloop!Buk! 📩

Notifikasi mesej masuk daripada Teddy 🐻💕

♦

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now