03 - DUA HASRAT

3.5K 453 8
                                    

Claire menghempaskan punggungnya di atas katil seraya tiba di kamar rumah pangsanya. Tingkat 13 bilik berangka 203. Telefon pintar dikeluarkan dari begnya.

Bibirnya dijuihkan. Sedikit sumbing bucu alat komunikasi itu dek terhempas di atas jalan tar. Celaka kau Dallas. Skrin pula sedikit retak. Mujur bahagian retak itu masih mampu mengesan sentuhan jari.

Ingin sahaja gadis itu menuntut bayaran ganti rugi pada Dallas. Bukan senang nak dapat duit! Dallas lainlah. Anak orang kaya.

Hurmm...tapi tak nak lah. Nanti kantoi pula alat komunikasinya selamat kembali di dalam tangannya.

Bantal gebu didakap.

Alat komunikasi ini dibeli dengan duit hasil titik peluhnya bekerja sambilan. Ya, setiap hujung minggu Claire akan bekerja sebagai penjaga kucing di Motel Kucing Loukas.

Claire seorang gadis yang hidup bersendirian di rumah pangsa. Tiga tahun yang lalu ayahnya telah bercerai dengan ibunya kerana cinta yang berpaling tadah. Ibunya pula meninggal dunia akibat penyakit barah sejak enam bulan yang lalu.

Mujur Claire masih memiliki ibubapa saudara yang sudi menghulurkan bantuan kewangan walaupun mereka duduk berjauhan.

Aturan kehidupan sedemikian sudahpun diterima Claire. Semua itu tidak lagi menganggu fikirannya. Cuma yang menjadi tanda tanya adalah peristiwa pagi tadi.

Bukan peristiwa biasa namun peristiwa aneh.

Teddy.

Apa yang berlaku pagi tadi ternyata menimbulkan seribu persoalan.

Sewaktu pelajar baru yang bernama Teddy itu melemparkan telefon bimbitnya di dalam parit. Bagaimana telefon bimbit itu boleh kembali tiba di dalam genggaman tangannya semula?

Adakah Teddy telah korbankan alat komunikasinya demi menjadi wira?

Ya,mugkin Teddy memiliki telefon bermodel sama dengan telefon bimbit miliknya.

Itu masuk akal. Tapi...apakah memiliki warna kuning yang sama itu juga sesuatu yang boleh diterima akal.

Ya, mungkin.....

Claire terkebil-kebil terkenang peristiwa tadi.

Si gadis bermata biru berkerut.

Tak mungkin.

"Aku pasti dia lemparkan telefon bimbit aku."

Claire bercakap seorang diri. Ya. Memiliki model telefon dan warna yang sama adalah perkara yang tidak mustahil.

Tapi bagaimana pula dengan rantai kunci burung hantu bewarna biru yang tergantung pada telefon bimbitnya?

Ia kelihatan dengan jelas sewaktu dilemparkan di udara. Lagipun, rantai kunci tersebut hanya ada satu sahaja di dunia ini. Ia ditempah khas oleh sahabatnya, Jenny Loukas sempena hari lahirnya tahun lepas.

Si gadis berambut kuning keemasan menghembuskan keluhan.

Teddy. Siapa lelaki itu. Dia pelajar baru tahun berapa agaknya? Kelas mana? Kenapa dia berpindah, ye?

Teringin pula nak jaga tepi kain hal orang.Rasa ingin tahu tiba-tiba membuak.

Telefon pintar diletakkan di atas dada.

"Baiklah, aku akan siasat perkara ni."

Claire menanam hasrat.

"Esok aku akan cari Teddy!"

Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Tapi apa patut aku buat? Mungkin aku patut berkawan dengan dia dulu?"

Misi bermula!

Berkawan dengan Teddy. Hasratnya akan dipenuhi. Semuanya kerana ingin mencungkil hal peribadi Teddy.

♦

Dallas menghembuskan asap rokok. Duduk bersandar pada kerusi di restoren makanan segera.

"Kau kata betina tu akan datang jumpa kau?"

Seorang lelaki bertopi yang duduk di hadapan Dallas bersuara. Robin namanya. Minuman air gas berperisa epal disedut laju dengan penyedut minuman.

"Kau kena faham, dia perempuan sombong."

Dallas bersuara tenang.

"Apa maksud kau?"

Kening dijongketkan. Kotak rokok dikeluarkan dari saku seluar jeans bersama pemetik api. Rokok dinyalakan dan diselitkan di tepi bibir.

"Maksudnya, ambik masa lah sikit dia nak datang jumpa aku. Aku yakin nanti dia akan datang jugak jumpa aku. Mintak gantikan barang buruk dia tu."

Dallas tertawa.

Robin tersenyum sinis.

"Apa masalah kau dengan dia,ya? Bersungguh-sungguh pulak aku tengok kau buli dia."

Sahabatnya bertanya hanya sekadar memecahkan suasana sunyi.

"Dia perempuan pertama yang tolak pelawaan aku."

Asap rokok dihembuskan.

"Oh, kau nak tebus balik lah ni maruah kau?"

Robin tertawa. Tercalar maruah sahabatnya.

"Aku tak pernah tak dapat tidur dengan perempuan yang aku nak. Betina seekor ni je berani menyombong dengan aku."

Ujar Dallas geram.

"Kau yakin kau akan dapat dia nanti?"

Kening bersubang Robin terjongket.

"Tengoklah, dapat dia aku kerjakan dia cukup-cukup."

Ujar Dallas geram. Walau apa pun terjadi, hasrat ini akan dipenuhi. Semuanya demi menebus maruah lelakinya.

 Semuanya demi menebus maruah lelakinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now