00 - DUNIA BARU

6.2K 507 23
                                    

Dunia Ghais Lavanark adalah pentas buat lapan bangsa-

Maaf.

Dunia Ghais Lavanark adalah pentas buat lapan bangsa pada suatu ketika dahulu.

Hanya suatu ketika dahulu.

Suatu ketika dahulu,

Mereka hidup mendambakan udara untuk bernafas.

Hidup mendambakan zarah-zarah genma bagi melaksanakan kuasa sihir.

Manusia. Bangsa yang dikenali dengan hanya segelintir sahaja yang mampu menggunakan sihir dengan bantuan permata genma dan juga teknologi senjata.

Bunian. Bangsa yang dikenali mampu menggunakan sihir dengan permata genma dan mahir berpedang.

Penyihir. Bangsa yang dikenali mampu menggunakan sihir dengan mentera.

Gasar. Bangsa yang dikenali memiliki darah beracun.

Permata. Bangsa yang dikenali memiliki kuasa penyembuh dengan kewujudan permata genma semula jadi.

Kayangan. Bangsa yang dikenali dengan kebolehan mengawal unsur alam.

Djinn. Bangsa yang dikenali dengan kebolehan mengawal debu genma bagi membentuk perisai dan senjata.

Siluman. Bangsa yang dikenali dengan kebolehan telekinesis dan ketidakwarasan minda kerana kuasa genma yang menyelubungi otak mereka.

Bertahun berlalu, semakin lama mereka semakin taksub akan kuasa genma. Sihir larangan seringkali dilakukan. Hidup dan mati dipermainkan. Tua dan muda bukan lagi ditambat usia. Mereka sendiri yang mengawal hukum alam.

Takdir murka. Ratusan tahun berlalu, debu genma kian menghilang. Kuasa sihir tidak lagi mampu digunakan.

Ribuan tahun berlalu, bangsa yang dambakan genma kian pupus. Ratusan ribu tahun berlalu, akhirnya zarah genma terhapus sepenuhnya.  Sebarang kuasa tidak lagi terzahir.

Jutaan tahun menginjak, maka semua bangsapun lenyap.

Cuma yang tersisa di dunia Ghais Lavanark kini hanyalah bangsa manusia yang langsung tidak memiliki sebarang memori tentang debu kuasa genma, tentang tujuh bangsa yang lenyap, tentang dunia yang dipenuhi dengan kuasa magis pada suatu ketika dahulu.

Sejarah jutaan tahun dahulu adalah rahsia yang tidak mampu dicungkil.

Hiduplah manusia di dunia tanpa kuasa sihir. Semakin hari semakin maju tanpa bantuan sihir.

Mungkin ini yang terbaik buat mereka.

Namun, ada yang tidak berpuas hati.

Namun, ada yang tidak berpuas hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now