Banyak lagi yang dia perlu tahu.

Setelah berborak kecil dan makan, Jungkook keluarkan sekeping kertas dan pandang sekejap. Dia pandang Rachel yang tengah minum jus orennya itu.

"Kau.. masih ingat? Our marriage contract?" Soal Jungkook dan Rachel terus mematikan pergerakannya. Wajah serius lelaki itu dipandang. Rachel telan air liurnya. Pahit. Takkan Jungkook nak berpisah dengannya sekarang?

"Dah lebih 3 bulan tau kontrak ni. Aku bercadang nak-"

"Awak nak ceraikan saya?" Tanya Rachel dengan suara yang menggeletar. Dia tundukkan wajah, hujung sweeternya diremas kuat. Dia cuba untuk tenangkan perasaannya yang sekarang mulai tidak tenang. Hati dia rasa sakit. Dia tak pernah bayangkan kalau seandainya Jungkook menceraikannya sekarang juga.

Selepas apa yang dia lalui dengan Jungkook? Dengan memori indah macam tu? Boleh ke dia lupakan Jungkook? Macam mana dia nak lupakan lelaki itu sedangkan Jungkook adalah cinta pertamanya? How can?

"Yup, aku pun fikir macam tu.." kata Jungkook, dia sandarkan badannya pada kerusi. Mendengarkan itu sudah memadai buatkan air mata Rachel yang berkumpul di tubir matanya jatuh dengan deras. Rachel menekup wajah, tersedu- sedan menahan tangis.

".. tapi itu dulu, sekarang tak" Rachel mengangkat wajah. Jungkook dengan sengihan yang lebar tu di pandang dengan dahi yang berkerut seribu. Jungkook berdiri dari duduknya dan hampiri Rachel, tangan kekarnya dihulurkan ke Rachel yang berkerut tu.

"Come, follow me. I want to confess to you about something" ucap Jungkook. Rachel menggeleng tanda tidak mahu. Dia tepis tangan Jungkook dan kesat air mata dia menggunakan tangan. Eiiiiii, cari nahas betul anak jebon ni.

"Kejap je, sayang.." dia duduk mencangkung dihadapan Rachel yang dah memuncung tu. Rachel geleng lagi dan peluk badan dia. Jungkook senyum, dia berdiri dan kecup bibir Rachel sekilas sebelum tubuh kecil isterinya dicempung. Menjerit gadis itu jadinya.

"Turunkan saya, Jungkook!" Kata Rachel dan pukul bahu Jungkook yang dan melebarkan senyumannya itu. Jungkook turunkan tubuh Rachel dan sebelum sempat gadis itu melarikan diri, pinggangnya sudah ditarik rapat dengan tubuh Jungkook.

"Where are you going? Please don't go. Tadi, aku cuma bergurau, janganlah ambik serius sangat" bisik Jungkook. Rachel ketap bibir dan tarik telinga Jungkook kuat. Menjerit- jerit lelaki itu jadinya.

"Bergurau awak kata? Awak sedar tak yang awak sedang bergurau soal cerai?! Awak ni suka buat hati saya sakit kan!" Rachel sembamkan wajahnya pada leher Jungkook. Sesungguhnya wangian maskulin Jungkook boleh tenangkan dirinya dari menggila. Jungkook eratkan pelukan.

"Aku minta maaf, tak ada niat langsung. Janganlah menangis, sayang." Bisik Jungkook dan usap belakang badan Rachel sebelum dia kecup pelan leher gadis itu. Rachel masih wangi. Wangi baby. Aww my baby.

"A-awak betul- betul nak ceraikan saya ke? Nak ikut kontrak kahwin yang kita bu-"

"Lain kali dengar dulu apa yang aku nak cakap ni, jangan main redah je" kata Jungkook, dia leraikan pelukan kemudian melangkah ke meja makan tadi untuk ambil kertas kontrak kahwin mereka. Jungkook berjalan untuk mendapatkan isterinya semula.

"Masa aku buat marriage contract ni, aku langsung tak ada perasaan dekat kau. Dan.. aku tak pernah terfikir untuk hidup lama dengan kau, sebab tu aku buat marriage contract ni. Aku.. buat semua tu sebab, aku tak bersedia lagi nak berumah tangga dan aku tak bersedia lagi nak cintakan perempuan lain selain-"

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now