Aku tahu Hoseok.. dia yang paling terseksa. Dia mempunyai penyakit aneh hasil kesan daripada luka dia pada lengan nya sewaktu di dalam Hollow itu. Sekarang aku lihat, dia memakai baju oversized hoodie untuk menutup luka di pergelangan tangan nya. Kesan luka itu menghasilkan penyakit yang aneh dan mudah berjangkit. Orang yang kena penyakit itu juga berkemungkinan besar akan mati. Dan dia sepatutnya dikuarantin kan tetapi oleh kerana hari ini, dia berkeras untuk datang. Jadi doktor memberi kelonggaran padanya untuk mendapatkan kebenaran untuknya keluar.

Daripada mana aku dapat tahu semua ini? Jungkook memberitahu aku semuanya. Dia tahu aku akan sentiasa memaksa dia untuk menceritakan segalanya walaupun dia tak mahu. Jadi kerana itulah dia beritahu semuanya. Aku kini faham.

Tetapi sekarang, aku rasa mereka memakai topeng kerana ingin memberikan aku kegembiraan kerana aku baru sahaja bangun daripada koma. Aku tahu mereka tak mahu aku risaukan mereka.

Kerana direalitinya, persahabatan mereka hancur.

" kau patut makan, badan kau kurus gila! " Hoseok menolak badan aku kebelakang tanda gurau dan aku tersengih sambil berpura-pura sakit. Dia tertawa menakala Seokjin sudah memarahi Hoseok kerana bimbang jika aku akan koma balik.

" yalah, kau patut makan. Berikan sedikit tenaga. Jimin yang sedang duduk bersila dihadapan aku dah potong kek dihadapan nya. Dia kemudian nya mencapai sebatang garfu kemudian memotongnya untuk aku. Aku tersengih. Best juga jadi sakit.

" tak mengapa Jimin, aku boleh lakukan nya sendiri " aku mencapai garfu daripada tangan Jimin dan Jimin mencebik. "Yalah, yalah " katanya kemudian menongkat dagu memandang aku.

aku memakan kek yang mereka bawa sambil berbual-bual dengan mereka. Nampak nya mereka memang benar-benar pandai berlakon. Mesra sungguh tak terkata. Buat seketika, aku terlupa segala masalah atau kenangan pahit yang pernah aku lalui.

Jam dah menunjukkan pukul 9 malam dan Hoseok telah pun pulang ditemani oleh Yoongi. Dia perlu pulang ke hospital semula sebelum pukul 10 malam. Tetapi dia langsung tak memberitahu aku kenapa dia kena balik awal. Itupun aku dapat tahu daripada Jungkook.

Jungkook dan Seokjin keluar sebentar untuk membelikan aku makanan dan minuman untuk waktu tengah malam nanti andai kata aku kelaparan. Mereka nampak mengelabah kalau aku cakap aku sakit kepala ke apa. Mereka sangkakan ianya perkara yang besar tetapi pada aku, ianya perkara kecil sahaja.

Dan kini, hanya tinggal aku dan Jimin.

Dia sungguh pendiam tanpa yang lain. Ianya bagaikan bukan dirinya. Pada awal aktiviti the hollow, aku selalu bersama dengan nya dan kami juga boleh dikatakan yang paling rapat dengan satu sama lain dalam ekspedisi itu tetapi sekarang kejanggalan yang menguasainya.

Dahiku berkerut. Dia kelihatan murung dan Wajahnya kosong, tak memaparkan apa-apa perasaan. Itu membuatkan aku risau dengan keadaan dia.

" Jimin, macam mana hidup kau selepas dapat keluar daripada lubang kematian itu? " aku cuba mengalih perhatian nya. Dia memandang aku buat seketika sebelum tersengih palsu. Kepalanya yang tak gatal itu digaru.

" ianya okay, Taehyung. " dia senyum lagi lalu membetulkan rambutnya. " tapi tak sama seperti sebelumnya " senyuman nya perlahan-lahan mati.

" apa maksud kau? " soal aku lagi membuatkan air wajahnya kini kosong. Aku memandang dia dengan pandangan yang berkerut. Aku lihat matanya berkaca. Nampaknya dia dah tanggalkan topengnya.

" aku lebih rela mati daripada teruskan hidup dengan penyesalan macam ni, Taehyung. "

Maybe dalam 50 chapter? Wait for it ya!

Btw! Fy ada buat fanfiction baru!! AND ITS APPLYFIC ;))

tajuk dia 17 July. If you guys dah baca atau tahu hari apa sebenarnya 17 july itu korang boleh agak dah cane cerita ni akan berjalan😂😏

 If you guys dah baca atau tahu hari apa sebenarnya 17 july itu korang boleh agak dah cane cerita ni akan berjalan😂😏

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Synopsis —

17 JULY

Tujuh belas Julai merupakan hari jenayah sedunia yang di sambut oleh ke semua jenayah sebagai suatu keadilan buat mereka. Mereka yang menyambut hari ini akan melakukan jenayah-jenayah yang berat seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Darfur, Falun Dafa, dan jenayah keganasan serius terhadap wanita.

Walaupun kerajaan mengutuskan untuk tidak mengada kan hari tersebut tetapi ia telah ditentang dengan kuat oleh jenayah-jenayah kerana mereka mahukan keadilan.

Oleh itu mereka berbincang untuk mengadakan hari tersebut tetapi hanya boleh disambut di antara mereka sahaja iaitu para jenayah. Jadi, mereka tidak boleh mencederakan rakyat-rakyat yang bersalah ke atas sambutan hari mereka itu.

Kerajaan juga menyediakan sebuah pulau yang di namakan sebagai DISTRICT DEMENTS di mana para jenayah akan berkumpul pada hari 17 julai untuk menyambut hari jenayah tersebut. Dengan ini, kerajaan akan melonggarkan hukuman pada para jenayah yang berada di dalam penjara untuk bebas pada hari tersebut dan di hantar ke DISTRICT DEMENTS dengan bimbingan segala polis dan angkatan tentera sebagai keselamatan agar mereka tak melarikan diri. Penjenayah seluruh dunia yang lain juga akan berkumpul di sana dan menyambut hari tersebut dengan melakukan sebuah aktiviti khas yang diadakan pada setiap tahun oleh mereka sendiri.

Make sure singgah tau sayang sayang kuu siapa bertuah tu watak anda akan dipilih loll jadi sila support ff fy yang ini yaaa ilyyy💋❤️

hollow of the low. Donde viven las historias. Descúbrelo ahora