Hanya beberapa detik saja Rachel mendapat waktu bersendirian, lengannya ditarik, mulutnya ditekup menggunakan kain.

"Emmm em emmm!!"

"Diam! Kau bising aku bunuh!" Tegas salah seorang lelaki berpakaian hitam dengan mask menutupi wajah masing- masing. Dengan kekuatan yang ada, Rachel meronta- ronta ingin melepaskan diri. Mahu je dia tendang 'that thing' tapi sampai mana bruh. Cehh dasar tak sedar dengan kaki pendek. Untuk seketika Rachel frust sebab kaki dia pendek.

"Cepat masukkan dia dalam van. Lelaki tu akan sampai sekejap lagi" arah seorang lagi lelaki, Rachel blur seketika. Wait, tak sepatutnya aku dibuat macam ni. Wehhh mana Jungkook weh!!!

"Ungguuk!! Emmm!!" Rachel menjerit kecil, tapi apa daya, kain dimulut yang disumbat ke mulutnya menyekat suara merdunya. Cisss dasar kain. Rachel diangkat masuk kedalam sebuah van hitam.

"Angweee"

"Rachel kau—"

Jungkook mengerutkan dahinya. Mana perginya tenuk sorang ni? Dia memusingkan tubuhnya ke kiri, kanan, depan dan belakang. Lubang hidung Rachel pun dia tak nampak. Mana engkau? Jungkook berfikir seketika, yep, tempat ni tempat tadi, tempat yang sama. Jadi Rachelnya mana?

Puas Jungkook pusing satu han river tu, tapi dia masih tak nampak Rachel. Jungkook mulai tidak sedap hati. Dia keluarkan phone dia. Nombor Rachel didail berulang kali. Tapi hanya peti suara saja dia dapat dengar. Jungkook jadi resah. Bibir bawahnya digigit.

"Where are you wifey?"

"Ahh matta!" Akhirnya Jungkook ingat bahawa dia ada memasang device tracking dekat phone Rachel. Jadi maknanya? Cepat- cepat Jungkook menekan aplikasi device tracking dan menekan lokasi Rachel.

"Mapo pub?!" Membulat besar anak mata lelaki tu jadinya. Apa kejadahnya tenuk tu buat kat pub? Cari nahas ke apa manusia sorang ni?!

Dalam keadaan terburu- buru tu barulah dia teringat akan vernon. Lelaki itu ada kaitan dengan semua ni. Takkanlah baru muncul dah dapat watak keras? Apa ni author? Ehh— Jungkook masih ingat lagi tu semua. Dia dapat rasakan yang vernon memang tidak suka padanya dan akan merancang sesuatu untuk mengambil Rachel darinya. That's mean..

"Shit!" Terus Jungkook lempar gula- gula kapas tu dan berlari menuju ke kereta miliknya. Dia perlu cepat sebelum apa- apa terjadi pada isterinya.

My poor baby.

🐰

"Jimin palli! Kita buat cheer sikit, apahal ni monyok semacam aje?" Taehyung menaikkan keningnya satu. Satu cawan jus oren dicapai lalu dihalakan ke Jimin. Lelaki berambut perang dengan wajah yang nampak chic. Tapi kekacakannya memang tak boleh bawak bincang.

"Apahal ajak aku datang pub ni? Kau frust lagi ke apa? Bukan apa, aku datang sini pun nak enjoy, tapi kau, wain pun kau tak dapat hadam, asyik jus oren je, mana ada feel" protes Jimin, dia teguk pula mango juicenya dengan wajah sebal. Dasar taehyung anak emak! Jimin menggulingkan anak matanya lalu melirik ke para anak- anak muda yang menari tak ingat dunia ditengah- tengah ruang. Dengan pakaian yang pendek, ewww that's not my type.

Taehyung mencebik kecil. Kecik hati dia dengan jimin. Memanglah dia tak boleh hadam benda- benda macam alkohol ni, alergik mama dia kata. Maka dia kenalah jadi budak baik sikit, ikut cakap omak.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now