Rafiqy monyok. "Ish kenapa korang boleh jawab.  Tak boleh jadi tak boleh jadi... Last last."

Semua menggeleng. Ayyad tepuk dahi. Dah kenapa la kawan aku. Macam budak bodoh.

"Sudah sudah la dengan lawak bodoh kau Fiqy. Dah basi daa benda tu semua.." Ujar Naufal sebelum menyedut air sirapnya.

"Last. Ini teka-teki mesti korang tak boleh jawab punya." Ujarnya penuh confident. Semangat betul kalah PRU 2018. "Bila kecik pakai yang besar, bila besar pakai yang kecik. Apa benda?"

"Baju?"

Gelengan daripada Rafiqy.

"Seluar?"

"No" Rafiqy menggeleng lagi.

"Ha aku tahu. Boxer." Ayyad meneka.

"Bongok la kau." Kepala Ayyad diluku Eiz. "Kau pehal?" Ayyad mengusap kepala. Sakit tahu tak.

"Lepas tu apa?"

"Maybe... urmmm.. bi.. Bikini mungkin?" Ujar Dzar teragak-agak. Tak semena-mena kepalanya pula menjadi mangsa luku Eiz, Luth dan Naufal.

"Yang ni lagi la bangang.  Aishh korang ni. Janganlah teka benda mengarut." Marah seorang head prefect lepada rakan-rakannya.

"Dah la Fiqy. Makin merapu pula aku tengok. Apa jawapan dia?" Ayyad menyoal. Rafiqy pula dah tersengih gedik.

"The answer is.... Pampers."

Suasana senyap sunyi selepas itu. Angin bertiup kencang menerbangkan daun-daun, kedengaran bunyi deras ombak menyentuh pantai. Burung gagak pun berbunyi.

Satu meja usya panas. "Fiqy. Kau..."

Rafiqy cuak. Baru saja dia mahu bangun nak melarikan diri, Eiz terlebih dahulu menarik dan mengunci lehernya. Yang lain pula bangun, meluku kepala sekuat mungkin.

"Buang masa je dengar lawak bodoh kau." Luth mencubit pinggang.

"Jatuh maruah aku sebagai ketua badar. Aku sebut benda bukan-bukan sebab kau!" Dzar meluku kepala.

"Menyampahnya aku layan teka-teki basi kau."

"Walaupun aku tak jawab teka-teki tu aku nak buat juga." Naufal menggeletek bawah ketiak Rafiqy.

"Wei wei dah stop sakitlahh b**i!!" Rafiqy meronta. Ha tu lah buat lagi benda bodoh. Kena la dengan lima-lima orang tu. Stupid guy not allowed in this group.

"Ehem ehem."

Keenam-enam mereka berhenti bergomoi. Masing-masing menoleh ke arah tuan punya deheman tadi. Berdiri betul-betul tepi meja mereka duduk.

Citra?

Terpamer senyuman lebar pada wajah gadis itu. Berdiri di sisinya pula Ika yang tidak senang duduk.

"Citra, aku rasa kau salah timing la nak jumpa pun. Tak apa ke kacau diorang ni? Nanti-nantilah kau jumpa dia.." Bisik Ika. Citra hanya menggeleng. Tetap berkeras mahu teruskan dengan kehendaknya.

Niat Ika mahu beredar dari situ terhalang apabila Citra menarik tangannya. Tangan mereka bertaut langsung tak lepas. Citra ni pun satu. Paksa Ika suruh teman dia juga. Kena juga teman tak kira!

Yang keenam-enam lelaki tu pula, kembali kepada posisi selesa. Duduk di atas kerusi masing-masing. Suasana senyap seketika. Mata mereka tertumpu ke arah Citra dan Ika.

Citra senyum. "Eiz, esok balik kan so jom keluar? I belanja you makan kat tempat best punya."

Semua terdiam. Luth, Ayyad, Naufal, Rafiqy dan Dzar tengok Eiz pelik. Kedengaran tawa kecil daripada salah seorang mereka. Tapi tak tahu siapa. Kalau Eiz dapat tangkap ni kenaa..!

Us ✔Where stories live. Discover now