Chapter 4 - His rumour

2.4K 159 6
                                    

《♡》

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

《♡》

" Hebat betul penangan hot model tu kan, Oh Sehun tu. Dia pakai je topi jenama izro tapi cepat je sold out. Dasyat"

" Yes, dasyat sangat tu wehh"

Dahee yang sedang melakar pakaian untuk keluaran terbaru syarikat hanya mendengar perbualan rakan sekerjanya, Jung Bona dan Lucas Wong Yuk-hei.

" Dia tu memilih sangat huh" Tanpa sedar, mulutnya mengutuk Sehun dan dapat didengari dua insan tersebut.

" Hah ? awak cakap apa, Dahee? dia tu memilih sangat?" Bona mengulangi kata - kata Dahee, membuatkan gadis itu sedikit cuak. Dia pantas menggeleng.

"Ehm, saya tak cakap apa -apa lah. Awak salah dengar ni , Bona." Sengihan kekok diberikan pada gadis itu. Bona memandang ke arah Lucas dan jejaka itu sekadar menjongket bahu.

" Salah dengar? hmm, tapi dari apa yang saya dengar.. awak ni macam rapat dengan dia sangat je" Duga Bona penuh curiga. Mata dikecilkan lalu memandang Dahee. Laju sahaja Dahee menepuk lengannya.

" Hishh awak ni , Bona. Janganlah merepek. Saya tak rapat dengan dia lah, jauh sangat. Sehun tu model terkenal , sedangkan saya ni yeoja biasa je. Macam langit dengan bumi tau. Kan?" balas Dahee penuh yakin kerana tidak mahu membuatkan Bona rasa curiga padanya. Tak rapat? Memang tak rapat tapi dia tu suami aku haihh.

Botol air yang berada di sisi diambil lalu diteguk gadis itu. Bona hanya mengangguk, setuju dengan jawapan Dahee.

" Anyway guys, saya ada dengar rumour yang Sehun tu sebenarnya dah berkahwin tau"

....

Kata - kata Lucas telah menyebabkan Dahee tersebur air yang diminum. Terkejut Bona dan Lucas lalu menghampiri Dahee.

" Yah, awak okey tak ?" soal Lucas sambil menepuk lembut belakang Dahee yang sudah terbatuk - batuk itu.

" Ha ah, awak okey tak ni?" Soal Bona cemas pula lalu memegang bahu Dahee.

Dahee hanya mengangguk laju. " Saya..okey je. Tiba - tiba rasa macam tercekik dekat leher ni."

" Awak ni lain macam lah bila kitaorang cakap pasal Sehun. Saya rasa curiga pulak. Entah - entah awak yang kahwin dengan dia kot."

Pap!

"Yah Dahee, sakitlah"

Lucas mengadu kesakitan pabila lengannya ditumbuk kuat oleh gadis itu. Sementara Bona mengetawakannya.

" Awak cakap benda merepek, saya tumbuklah lengan awak tu. Sehun totally not my type."

"Really?" Masih tidak serik Lucas, malah dia mengusik Dahee lagi.

" I'm serious, Lucas Wong Yuk Hei . Awak nak makan penumbuk saya pulak ke?"

"Fine, cik Dahee" Lucas menyerah kalah dan Bona semakin galak mengetawakan mereka berdua.

[O.G] Mr. Hot Model And Me | j.de & o.shWhere stories live. Discover now