sayangku, jandaku (2)

14.1K 390 20
                                    

"Aara ohh Aara.." panggil Hafiq. melantun-lantun suaranya.
"ye papa. apa dia papa?" jawab Aara sambil mengikut rentak suara Hafiq. terus saja Hafiq ketawa. bijak sungguh puteri sulung ku ini. Puteri Aara nama diberi.
"mama ada boyfriend tak?" spontan soalan itu ditanya walau dia tahu Aara masih terlalu kecil untuk memahami hal-2 begitu.
"hmm.." Aara mengusap dagunya  berulang-2. kepala disengetkan sedikit sambil mendongak ke atas. amboi kemain cara kau berfikir Aara oii.  Aira yang tadi leka bermain sudah selesa di ribaan Hafiq.
"bukan papa ka boyfriend mama?"
tersentak Hafiq seketika. alamak, nak jawab apa ni? itu lah, tanya lagi benda tak patut kat budak-2. belajar tinggi-2 tapi common sense.
"eh.. mana ada." nafi Hafiq sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"aie??" Aara tayang muka pelik. dahinya sudah mula berkerut. ketawa  riang Aira melihat telatah kakaknya itu.
"papa sayang mama tak?" tanya Aara.
"sayang lah."
"jadi betul lah papa boyfriend mama."
"tapi mama tak sayang papa. kalau mama pun sayang papa, baru papa boleh jadi boyfriend mama." bukan main lagi Hafiq 'menggoreng' Aara. Aara mengangguk sungguh-2. seoalah sudah benar-2 faham.
"kenapa mama tak sayang papa?" nampaknya Aara masih belum cukup berpuas hati.
"kalau nak mama sayang papa, Aara dengan Aira mesti tolong papa. boleh tak?"
"boleh-2!" pantas dan sungguh-2 dua beradik itu bersetuju. Aira bertepuk tangan. Aara pula melompat keriangan.
................
"Aara dengan Aira ingan tau pesan papa." berkali-kali Hafiq mengulang pesan yang sama. maklum lah budak-2. mudah lupa.
pesanannya adalah agar Aara dan Aira merahsiakan kepulangannya dari pengetahuan Tessa.
"apa lagi yang Hafiq buli budak-2 ni?" mummy nani menggeleng sambil bercekak pinggang. Hafiq tersengih seperti kerang busuk.
"mummy ni, tak baik fitnah tau."
"mana-2 lah Hafiq. jom Aara,Aira. tok mi hantar balik, nanti lambat pula."

______

"assalamualaikum mama." serentak Aara dan Aira memberi salam sebaik memasuki kereta. memang begitu rutin mereka setiap kali dijemput oleh Tessa di taska. Tessa membalas salam. pipi anak-2 nya dikucup penuh kasih.
"mama.." panggil Aara.
"ye sayang.." Tessa membatalkan hasrat untuk memulakan perjalanan. ingin mendengar dulu apa yang Aara ingin sampaikan.
"nah, ada orang bagi." Aara mengeluarkan sekuntum bunga rose merah dan sepucuk surat dari beg nya dan menghulurkannya kepada Tessa. berkerut dahi Tessa, pelik. sangat pelik.
"Aara, siapa bagi ni?" tanya Tessa. Aara diam. masih teragak-agak. nak tipu atau jujur. 'Aara. kita bukan tipu. Aara cuma nak tolong papa. kan tolong papa dapat pahala juga.' terngiang-ngiang kata-2 papanya di telinga.
"Puteri Aara, mama tanya. siapa bagi ni?" Tessa cuba mengeraskan nada suaranya kerana dia mahu Aara faham dia serius. dia memang ibu yang berlembut tapi dia tidak akan ambil mudah jika tentang perkara yang melibatkan keselamatan anak-2nya.
"papa..." suara Aara tersekat.
"Papa?"
"Papa Qal." Aara menarik nafas lega.
"siapa papa Qal?"
"dia kawan teacher Lily." bohong Aara lagi. im sorry mama. Aara nak mama sayang papa je.
"dia suka mama." bagitahu Aara. membuntang biji mata Tessa memandang Aara. siapa pula lelaki yang dipanggil papa Qal oleh Aara itu.
Tessa membuka lipatan surat itu. bersin dia kerana terhambur bedak yang mungkin ditabur di atas kertas itu sebelum dilipat. astaghfirullahalazim. masalah apa lagi kali ini?

kamu janda aku duda
ada jodoh aku rasa
pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas.

terbatuk-batuk Tessa kerana tawanya terlalu galak. duda umur berapa dia ni? Ya Allah. terhiburnya aku.

*marilah kita berpantun readers sekalian. kalau anda Tessa, apa pantun balas anda.. vote and comment!




Sayangku! Jandaku, aku masih sayang (COMPLETED)Where stories live. Discover now