"Maknanya tak akan ada perkara buruk yang berlaku. Sesakit mana pun apa yang mereka akan buat pada aku, aku cuma nak kau terus berada di sisi aku. Boleh kan, sayang?" Jungkook menyoal, Rachel mengangguk kecil. Terus saja tapak tangan isterinya dikecup geram.

"Nasiblah kita kat dalam kereta kalau tak-"

"Kalau tak kenapa!"

"Sayang fikirlah sendiriii" meleret- meleret jawapan Jungkook seraya tersengih macam kerang busuk, laju Rachel menampar lengan Jungkook serentak buatkan lelaki itu ketawa besar.

"Hisy! Dahlah, jom keluar" Rachel melangkah keluar dari perut kereta diikuti dengan Jungkook setelah dia selesai mematikan enjin kereta lalu mengunci kereta. Bakul berisi makanan bibimyeon diangkutnya sekali. Yalah, Yoongi dah craving lah katanya.

Mereka beriringan masuk ke dalam hospital lalu butang lift tingkat ke-7 ditekan. Mereka keluar dari lift lalu masuk kedalam wad Yoongi yang terletak selang 3 bilik dari lift tersebut. Sebaik saja Jungkook melangkah masuk, dia merasakan aura yang dingin di sekitar wad tersebut.

Ada 3 orang lelaki, satu berkulit pucat tengah duduk atas katil wad pesakit, satu lagi sedang tidur diatas kerusi besi sementara yang satu lagi berpakaian serba hitam dengan pandangan mata yang tajam, setajam helang memandang ke arahnya. Jungkook mengetap bibir.

"Eo, wasseo? (Dah sampai?)" Kata seorang gadis berambut sedikit coklat. Laju saja Rachel menghampiri gadis itu lalu memberikan pelukan. Dia serahkan bakul makanan pada gadis itu.

"Unnie ini Jungkook, lelaki yang abang nak tengok tu, suami Rachel." Kata Rachel bila suasana menjadi senyap. Minjoo gelak kecil bila keempat- empat lelaki didalam bilik tersebut hanya memandang satu sama lain lalu mengalihkan pandangan ke tempat lain. Kekok, dingin dan hening.

"Ohh, ni ke?" Kata Namjoon. Dia pandang Jungkook atas bawah sebelum melemparkan senyum kecil. Dia angkat tangan.

"Hai, I'm namjoon. Nice to meet you.." katanya acuh tak acuh. Jungkook hanya membungkuk tanda memberikan salam hormat. Rachel melabuhkan punggung atas kerusi disamping Hoseok dan serta merta lelaki itu bangun dari tidurnya.

"Eo? Buat apa kat sini?"

"Datang nak melawat abanglah" jawab Rachel lalu senyum lebar. Lelaki itu mengecilkan anak mata seraya menggeliat kecil. Pergerakannya terhenti bila ternampak figura seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Terus dia mendekat untuk berbisik pada Rachel.

"Itu ke suami Rachel?"

"Yalah.. kenapa?" Hoseok menggeleng. Jungkook buat muka tak puas hati, sedikit tidak suka dengan kedekatan Rachel dengan lelaki itu.

"Hai, saya Hoseok! I'm your, your my hope and I'm Jhope!" Katanya sebelum lengannya ditepuk Rachel. Hoseok mencebik kecil. Lelaki itu menggulingkan anak mata.

"Ahh Rachel, jom kita keluar kejap. Unnie nak cakap sesuatu" panggil Minjoo. Rachel hanya menurut sebelum kedua gadis tersebut beriringan keluar dari wad tersebut. Sekarang, tinggallah 4 orang lelaki diruangan tersebut.

"So, ada apa- apa perubahan ke lepas kahwin dengan adik aku?" Yoongi menyoal dengan nadanya yang sedikit dingin. Jungkook diamkan diri sebelum senyum kecil untuk tenangkan dirinya sendiri.

"Adalah, lagipun Rachel ni happy virus and innocent. Lama hidup dengan dia saya rasa terikut- ikutlah jugak" jawab Jungkook sebelum mereka diam membisu sekali lagi. Yoongi mencapai cangkir kopinya sebelum menghirupnya.

"Aku dengar.. kau ada plan nak ceraikan adik aku selepas 3 bulan. Kahwin kontrak hem, am i right?" Soalan Yoongi buatkan Jungkook terdiam.

"Saya dah berfikir nak teruskan perkahwinan even selepas 3 bulan. Maksudnya, saya akan batal kontrak tu dan-"

"Kenapa tak teruskan je? Kau masih boleh cari perempuan lagi dan adik aku boleh mulakan hidup baru di Perancis, with her own family. She doesn't have anybody here-"

"She have me"

"But you already plan to leave her" Yoongi menggasak Jungkook dengan pelbagai hasutan. Lelaki itu mengetap bibir.

"Aku tak percayakan lelaki macam kau ni, susah tau tak? Lagipun Rachel has her own happiness. Here, with us" kata Yoongi lalu menghirup minumannya sekali lagi. Jungkook mengetap bibir. Amarahnya ditahan.

"I'm her happiness, saya ni suami dia. Saya cintakan dia dan dia cintakan saya. Mungkin you guys are her happiness, but i'm her lovers. Jangan cuba minta saya ceraikan dia atau awak semua tak mungkin dapat jumpa dia lagi!" Sebaik Jungkook mengucapkan kata tersebut, dia meluru keluar dari wad dengan amarahnya yang menggunung.

"Apa abang buat ni?!"

.

.

.

(Note; [this is not the original chapter!] Yg original tak dapat dipub sebab  draft hilang(😭) and untuk memudahkan kerja anda dan kerja saya, jadi saya buat yang baru lah. Maaf atas segala kesulitan yang berlaku.)

Happy reading guys and don't forget to press yellow star.

Thank you!💕💕

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now