❐Twenty One❐

1.3K 201 62
                                    

Hope enjoy! Vote and Comments please💕

-Author POV-

Seorang lelaki berpakaian kot lengkap terus mengetuk pintu pejabat Tuan Lee dengan tergesa², tanpa mengendahkan setiausaha Tuan Lee yang terkejut dengan perbuatannya itu. Yelaa.. Pejabat Pengerusi Syarikat ni kot. Jagalah adab.

"Masuk." selepas sahaja mendengar suara yang kedengaran perlahan itu, lelaki itu segera membuka pintu pejabat itu. Dia melihat Tuan Lee sedang memperbetulkan reben hitam rama²nya itu.

Tuan Lee sudah siap berpakaian tuxedo. Sebentar lagi, dia perlu menghadiri majlis perkahwinannya.

"Ada apa ni?"

"Tuan." lelaki itu hanya menundukkan kepalanya. Rasa risau pula ingin mengatakan hal yang telah berlaku. Tuan Lee mula memandang lelaki itu. "Cakaplah. Kenapa?" soal Tuan Lee lagi.

"Anak tuan, Euijin."

"Kenapa dengan dia?"

"Saya mendapat tahu bahawa dia telah menempah sebuah tiket ke luar negara."

"APA?!" teriak Tuan Lee. Habis terhinjut bahu lelaki itu. Wajah tenang Tuan Lee tadi, kini bertukar bengis. Anaknya sudah lari. Ke luar negara pula tu.

Dahinya diurut² perlahan, "Pergi cari dia cepat. Senarai hitamkan nama dia dekat semua Airport!" arah Tuan Lee, tegas.

Namun sudah terlambat, "Kapal terbang yang dinaiki oleh anak tuan baru sahaja berlepas dua jam yang lalu." balas lelaki itu.

"Argh! KENAPA KORANG TAK BERITAHU AWAL²?! HARINI HARI YANG PENTING KAU TAU TAK?!" pekik Tuan Lee geram. Tuan Lee mula duduk di sofa. Cuba untuk tenangkan fikirannya.

"Haih.. Kau pergi sediakan kenderaan sekarang. Kita kena pergi ke majlis tu." ujar Tuan Lee pasrah. Lantaklah dekat anak dia tu. Baru sahaja lelaki itu mahu keluar daripada pejabat Tuan Lee, terlebih dahulu beberapa orang yang berpakaian jaket kulit serta sekalung pas dileher terus menerjah pejabat itu.

Mereka kelihatan seperti anggota polis. Haihh macam²...

"Maafkan saya, adakah encik ni Tuan Lee ayah kepada Encik Lee Euijin?" soal salah seorang daripada polis itu.

"Ya, saya. Kenapa dengan anak saya?"

Terus tangan Tuan Lee digari, "Kami menerima laporan daripada anak encik yang encik telah mendera dan memukul anak encik. Apa² bantahan, sila jelaskan di balai." jelas orang itu lagi. Tuan Lee tergamam.

Apa anak dia nak buat sebenarnya ini?

×××

"Cik Choi nampak cantik harini." puji seorang juru solek yang telah menyolekkan gadis itu. Hawon hanya diam, senyuman kelat diukir pada bibirnya.

"Cuba cik lihat diri cik pada cermin." ujar juru solek itu. Hawon terus menilik wajahnya pada cermin.

 Hawon terus menilik wajahnya pada cermin

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
[C + Remaked] I'm ❛ Not ❜ A Robot | kth Où les histoires vivent. Découvrez maintenant