❐Fifth❐

2.3K 351 77
                                    


-Hawon POV-

"Mesyuarat Lembaga Pengarah dicepatkan pada hari Khamis depan." ujar Pak Cik Park. Mataku membulat.

"Takkan lah... Pakcik, saya belum bersedia lagi."

"Maafkan saya, saya tak boleh nak buat apa. Ini arahan semua pemegang saham syarikat arwah Pengerusi Choi." balas Pak Cik Park lagi. Aku terdiam. Otakku serabut.

Aku mula memandang Taehyung yang sedang berjalan mendekati kami sambil menatang sebuah dulang yang berisi sebuah teko dan dua cawan beralaskan piring kecil.

"Encik Park, Cik Choi. Jemput minum." pelawa Taehyung lalu tersenyum memandangku.

Uishh.. Robot ni dah kenapa senyum dekat aku ni? Nak mengorat aku ke apa?

"Terima kasih, KTH 3." ujar pakcik. Teh tadi, aku hirup sedikit. "Pakcik memang tak boleh nak tolong ke?" soalku dengan harapan tinggi.

"Tak boleh, Cik Hawon."

❉❉❉

-Author POV-

Kelihatan Prof. Byun serta Prof. Yook sedang berjalan menuju ke sebuah kafè kecil. Meja yang berada disudut yang berdekatan dengan cermin dipilih.

"Selamat datang, encik berdua nak pesan apa?"

"Hyung nak pesan apa?" soal Baekhyun kepada Sungjae yang sedang bermain telefon pintarnya itu.

"Huh? Oh, saya nak teh lemon."

"Saya pula nak air milo. Tanpa milo ye."

"Air milo tanpa milo?" pekerja kafè itu mula mengerutkan dahinya. Air milo mestilah kena letak milo! Apa kebanggang sangat Baek ni?!

"Hee~ air kosonglah maksudnya."

"Oh! Air kosong~ terus terang je la tagune." ujar pekerja kafè itu lalu beredar menjauhi dua orang profesor itu.

"Hyung, harini Baek belanja okey? Nanti bila kita pergi restoran mewah, hyung belanja semula ya!"

"Eh kau? Banyak hodoh! Asal lak hyung kena belanja benda yang mahal pula ni?"

"Senior kena berkorban untuk junior mehh!" balas Baekhyun sambil tersenyum kerbau.

"Ada juga orang mati kat sini..."

❉❉❉

-Hawon POV-

"Haishh..." aku mula menhempaskan diri aku pada katil. Perbincangan antara aku dengan Pak Cik Park masih lagi terngiang² di kotak fikiranku.

Aku belum bersedia lagi la woi!

Aku mula bangkit dari perbaringan, "Risaulah~ Stres betul!" rungutku.

TOK! TOK! TOK!

Aku tersentak lalu mula memandang kearah pintu. "Siapa?"

Pintu bilikku dibuka. "Ini saya, Prof. Park. Boleh saya masuk?" soalnya dari celah pintu. [Dia buka pintu sikit ja]

"Masuklah." ujarku. Prof. Park mula melangkah masuk ke dalam bilikku. Dia duduk di tepiku.

"Awak okey?"

"Memang peliklah kalau saya kata okey." balasku. Aku mula mengeluh perlahan.

"Bawa bersabar ye, cik. Pasti cik boleh lakukannya."

"Macammana kalau saya tak boleh?" wajah Prof. Park aku pandang dengan riak sedih.

Tanpa aku sedari, Prof. Park memegang tanganku. "Cuba berfikiran positif. Pasti berjalan lancar." nasihatnya.

Aku hanya mengangguk. Tiba², mataku tertancap pada tanganku.

"ARGHHH! Apa tu?!" aku mula menjauhi Prof. Park. Aku melihat tanganku. Timbul bintik² merah.

"Errr... Cik Choi, sila bertena-"

"Jangan dekati saya! ARGHhHhh!!! Appa! Omma!" aku menjerit lalu keluar daripada bilik tidurku.

Aku terus memasuki tandas.

❉❉❉

-Author POV-

TOK! TOK! TOK!

"Cik Hawon, keluarlah. Tak baik duduk didalam sana lama²." pujuk Pak Cik Park. Sesekali orang tua itu memandang sekilas keempat² Profesor serta Taehyung yang sedang memandang Pak Cik Park.

"Keluarlah, cik. Prof. Park tak sengaja sentuh tangan cik." pujuk Prof. Uhm pula. Riak wajah Prof. Park kelihatan gelisah sekali.

"Encik Park, Profesor. Pergilah rehat dulu. Biar saya yang uruskan Cik Choi." ujar Taehyung memberikan bantuan.

Yang lain mengangguk. Mereka percaya akan robot itu. Selepas mereka beredar...

Taehyung mula mendekati pintu tandas. Dia mengetuk pintu tersebut sebanyak tiga kali.

"Cik Choi, keluarlah. Tak bosan ke duduk disana lama²?" soal robot itu. Telinganya ditekapkan pada permukaan pintu.

"Pergi sana! Jangan kacau saya!" ujar Hawon daripada dalam. Taehyung kembali memandang pintu tandas itu.

Pintu diketuk 3 kali. "Keluarlah, Cik Hawon." pinta robot itu lagi.

"Kau pergilah robot tak guna!" pekik Hawon dari dalam.

"Cik nak dengar satu fakta, tak?"

"Ish, apa dia?"

"Fakta, tandas ini pernah didiami oleh beberapa ekor tikus serta lipas." ujar Taehyung.

"Tikus? Lipas?" soal Hawon. Sekelip mata pintu dibuka kuncinya.

Pintu terus dikuak. Niat Hawon mahu berlari jauh daripada tandas itu. Namun... malang tak berbau~

Kaki Hawon tiba² tersadung betul² di depan Taehyung. "Arghh!"

Selamat tubuh badan Hawon cepat ditangkap oleh Taehyung. Mereka berdua berpandangan seketika.

"Lepaslah." badan Taehyung ditolak kasar. Pipi Hawon berubah merah. Dia mula memandang Taehyung yang tergelak memandang kelakuannya.

"Apa yang lawak, hah? Eeeii! Benci!" Hawon memukul bahu Taehyung geram

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

"Apa yang lawak, hah? Eeeii! Benci!" Hawon memukul bahu Taehyung geram.

✳✳✳

Jeng! Jeng! Jeng!

The fifith chapter here!

Haraplah korang suka!😉

[C + Remaked] I'm ❛ Not ❜ A Robot | kth Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz