Introduction

4.6K 501 50
                                    

BUSHHH!

Satu bunyi yang dahsyat kedengaran jelas di jalan raya kota Seoul di bawah sebuah jambatan. Perlanggaran antara sebuah kereta putih dengan lori 4 tan itu dibiar sepi.

Almaklum waktu itu baru sahaja mencecah angka 3 pagi waktu Korea Selatan. Beberapa minit kemudian, seorang budak perempuan merangkak keluar daripada kereta berwarna putih itu dek kereta itu terpaling kearah tepi. Barangkali kereta itu miliknya.

"Appa~ Omma~" panggil budak perempuan itu dengan kepalanya yang berlumuran darah. Budak itu mengalirkan air matanya menatap kedua-dua orang tuanya serta kakak sulungnya. "Unnie~ Bangun..." ujar budak perempuan itu dengan suara bergetar.

"TOLONG! TOLONG! IBU BAPA SAYA TERCEDERA!!! KAMI KEMALANGAN! TOLONG!!!" jerit budak perempuan itu. Biarpun tekaknya hampir pecah, namun dia tetap menjerit kuat meminta pertolongan. Dia tidak boleh membiarkan keluarganya mati begitu saja.

Setelah sekian lama menangis serta menjerit meminta tolong, akhirnya tempat kejadian itu dipenuhi dengan orang ramai serta beberapa anggota polis dan ambulans.

❉❉❉❉

"Choi Hawon! Neo gwaechana?" soal seorang warga tua berpakaian kemeja putih serta kot hitam sambil memegang bahu budak perempuan tadi. Budak perempuan tadi ataupun Choi Hawon menatap wajah warga tua itu dengan wajah sedih yang teramat.

"Pakcik... Keluarga saya akan selamat kan?" soalnya sayu.

Pakcik itu hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba, seorang doktor datang mendekati warga tua itu. "Encik ni keluarga si mangsa ke?" soal doktor itu.

Pakcik itu menggeleng, "Tidak, saya bekerja dengan keluarga si mangsa. Bagaimana dengan keadaan majikan saya, doktor?" soal pakcik itu resah.

Doktor itu mengeluh, "Maafkan saya. Keluarga mangsa disahkan meninggal dunia." ujar doktor itu dengan nada sayu. Pakcik itu terkelu. Dia memandang Hawon yang sudah pun menangis teresak-esak.

❉❉❉

Tepat pada pukul 9 pagi, keadaan diluar hospital tadi telah pun dikerumuni oleh wartawan-wartawan daripada pelbagai syarikat televisyen.

Sebaik sahaja Hawon serta pakcik itu keluar daripada hospital itu, terus mereka berdua dihalang oleh beberapa wartawan. Mujur ada 6 orang pengawal peribadi datang untuk mengawal keadaan.

"Maafkan saya, adakah Pengerusi Choi daripada Syarikat Kewangan KM telah meninggal dunia?"

"Adakah mereka dilanggar secara kebetulan ataupun akibat masalah syarikat?"

"Tiada apa yang saya nak bincangkan." ujar pakcik itu tegas. Hawon sudah pun menggigil ketakutan melihat kamera, yang bercahaya sambil merakam dirinya.

"Tapi encik, sila berikan keterangan kepada kami." desak seorang wartawan wanita.

"Kamu semua dah gila? Kenapa buat begini kepada seorang budak yang baru berusia 10 tahun ini?" marah pakcik itu. Akibat terlalu ramai sangat wartawan hingga tertolak-tertolak Hawon dan budak perempuan itu jatuh.

Apa lagi... Makin galaklah kamera merakam budak itu yang jatuh dan menangis kerana menderita.

Akibat malu, Hawon bingkas bangun lalu berlari jauh daripada tempat itu. Lebih baik dia pergi sendiri ke rumahnya daripada diam menunggu.

❉❉❉❉

"Eh? Itu anak Pengerusi Choi dari Syarikat Kewangan KM, kan?"

"Wah, apa dia buat disini? Dia kan anak orang kaya."

"Tak takut kena culik ke?"

Mengigil Hawon melihat wajah-wajah orang sekelilingnya. Baginya tempat ini sungguhlah ganjil. Selalunya dia akan menaiki kereta untuk pulang ke rumah.

"Hei." tegur seseorang lalu menyentuh lengan Hawon. Hawon tersentak lalu menepis kasar tangan seseorang itu.

"Eh? Kau anak orang kaya tu kan? Apa kata kau bagi kami duit sedikit. Kami mahu ke Mall." pinta budak perempuan berbadan besar itu. Hawon menggeleng laju. Dia mula mengundur setapak.

"Kedekut kau ek! Bagi jelah duit kau tu! Aku nak!" desak rakan kepada budak perempuan berbadan besar itu. Bahu Hawon ditolak-tolak kasar.

"Kau nak kena pukul ke apa huh? Bagi jela!" ugut budak perempuan itu. Hawon diam. Akibat tidak puas hati, Hawon dipukul dengan sekumpulan budak perempuan berumur belasan tahun itu.

❉❉❉

《Choi's House》

"Hawon." terlopong terus mulut pakcik itu sebaik sahaja melihat wajah Hawon yang lebam dan berdarah itu.

"Hiks... Hiks... Ha-.. Hawon takut... Pak Cik Park... Jebalyo~" rintih budak berusia 10 tahun itu.

Sejak daripada itu, Choi Hawon disahkan menghidap alahan sentuhan manusia akibat trauma yang teramat. Namun, penyakit itu disembunyi daripada dunia luar. Hanya Pak Cik Park serta pengawal peribadi sahaja yang tahu.

✳✳✳

Done for intro!

[C + Remaked] I'm ❛ Not ❜ A Robot | kth Where stories live. Discover now