❐Ninth❐

1.8K 256 44
                                    

-Author POV-

"Hei! Janganlah kacau~! Tumbuk kang!" ugut Hawon sambil menggenggam kemas jari-jemarinya sambil memandang wajah Taehyung. Taehyung hanya diam.

Dia tak buat apa pun. Dia cuma nak kemas saja ruang tamu. Hawon yang kacau dia sebenarnya.

Pak Cik Park mula menggelengkan kepalanya memandang dua tenuk disana. Sesekali orang tua itu mengeluh kecil. Dia menghampiri mereka.

"KTH 3, ikut saya kejap." ujar pakcik itu. Wajahnya berubah serius. KTH 3 hanya akur lalu mematikan alat penyedut hampagas itu dan bergerak mengikuti Pak Cik Park ke suatu tempat.

"Bagus~ Aku sorang sekarang." omel Hawon seorang diri. Dia mula mengeluh kebosanan.

❉❉❉

"Kenapa ye, Encik Park?" soal KTH 3 hairan. Pakcik itu hanya membiarkan sahaja soalan robot itu.

"KTH 3, perkhidmatan kamu dah tidak diperlukan lagi." ujar Pak Cik Park. Robot itu hanya diam.

Pakcik itu berdehem, "Saya ucapkan terima kasih sebab tolong kami sampai ke tahap ni. Saya akan pulangkan kamu semula pada Prof. Uhm untuk ciptaan yang baharu." jelas orang tua itu panjang.

"Encikㅡ"

Robot itu seperti teragak² untuk bercakap. Dia menikam lembut anak mata orang tua itu. "Bagi saya peluang." sambungnya.

"Peluang? Peluang apa?"

"Peluang untuk saya bersama dengan Cik Choi." akhirnya robot itu menyatakan juga hasratnya.

Pak Cik Park sudah pun mengangkat keningnya. "Untuk apa?"

"Ini permintaan saya, encik. Harap encik tunaikan." rayu robot itu. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

"Haihh.... Baiklah, tapi dengan satu syarat."

Cepat² robot itu mendongak memandang orang tuan itu. "Syarat apa?" soal KTH 3.

"Jangan biarkan Hawon suka pada kamu."

❉❉❉

-Sungjae POV-

"Baek nak tu!"

"Hyung! Hyung! Baek nak ni!!!! Nak ni!!!"

"Arghh!!! Hyung! Yang tu! Yang tu!"

Aku keluar jalan dengan lelaki ke perempuan ni?

Aku mula melihat semua beg kertas yang dipenuhi dengan barang-barang yang si Baekhyun ni nak. Menyesal biarkan dia belanja aku minuman haritu.

"Hyung." bahuku digoncang oleh Baekhyun. Apa lagi manusia ni nak?!

"Aiskrim tu ha! Belikan... Belikan..." pinta Baekhyun. Aku mula memandang sebuah kedai aiskrim. Haihh... Nak tak nak, aku pergi juga.

-Kedai Ice Cream Cake-

"Nak aiskrim apa ye encik?"

Aku mula berfikir sejenak. Fuhh... Aiskrim vanila tu macam sedap ja! Ambik tu laa..

"Nak aiskrim vanila dua ye!" pesanku. Pekerja yang tidak tahu jantinanya sebab aku tak tengok muka, mula mencedok aiskrim tersebut.

"Nah, 3.40 won semuanya." ujar pekerja tu. Aku mula membuka dompetku. Tengok² tinggal 1.70 won ja...

Eh, memang jodoh ke ni?! Sah aiskrim ni khas untuk Baekhyun tu.

"Err- Maafkan saya, saya tak cukup dui-"

"Tak cukup duit? Tak apa lah. Memandang muka encik ni dah macam pengemis, saya bagi percuma satu." ujar pekerja perempuan itu sambil tersenyum. Okay, aku baru sedar dia berjantina perempuan.

Eiii... Jahat betul mulut. Muka pengemis kau kata?! Aku handsome okay.

"Terima kasih ye." aku membalas dengan senyuman palsu. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada bajunya yang terjahit nama Joy.

Ohh.. Nama dia Joy rupa-rupanya.

Aku mula berjalan kearah Baekhyun. "Apahal hyung ni?! Lambat betul beli aiskrim. Uuu... Baiknya hyung belikan dua." ujarnya. Matanya bersinar memandang kedua-dua kon aiskrim yang berada ditanganku.

"Banyak lah kau. Aiskrim ni aku punya okay!"

"Alorhh..."

-Hawon POV-

-Malam-

"Cik Hawon, saya dah aturkan sebuah temu janji cik dengan seorang anak lelaki kepada salah seorang pemegang saham syarikat cik." ujar Pak Cik Park sambil memandangku.

Temu janji? Pakcik ni demam apa sampaikan atur temu janji bagai?

"Untuk apa semua tu?" soalku hairan.

"Untuk syarikat. Jadi, cik bersiap sedialah esok." pesan Pak Cik Park lalu beredar.

Halamek... Benci ah camni! Cukuplah aku dipaksa jadi Pengarah syarikat. Sekarang?! Nak bertemu janji pula?

Eh, ni dah lebih!

"Cik Choiㅡ"

"Tae? Kenapa ni?"

Kelihatan Taehyung tersenyum manis memandangku.

"Cik Choi akan bertemu janji ke esok?"

Aku mengangguk laju. "Kenapa?" soalku hairan.

"Tak ada apa-apa." robot itu senyum lagi lalu beredar meninggalkan aku.

✳✳✳

[C + Remaked] I'm ❛ Not ❜ A Robot | kth Where stories live. Discover now