Epilog👔

1.7K 212 12
                                    

First of all saya buat epilog ni untuk readers yang manja dengan saya. Dorang cakap last chapter tak best. Huhu. Kalau epilog pun tak best jugak, kena tutup akaun wattpad ni lah jawabnya ‍😂

Selepas 7 bulan berkahwin, aku disahkan mengandung. Aku berjaya lahirkan seorang anak perempuan comel. Nama diberi Kang Rachel. Sekarang umurnya sudah 2 tahun. Jangan ditanya kenapa nama anak aku sebegitu. Kata Daniel why not bagi nama tu sebab nama dia sendiri pun Kang Daniel.

Rupa Rachel banyak mengikuti rupaku. Tapi harap harap perangai juga ikut perangai aku. Kalau ikut perangai Daniel, memang hancur hidupku.

"Sayang dah siap belum? Orang dah ramai kat bawah tu"

Daniel melabuhkan punggung di sebelah Hayoung.

"Belum. Rachel pun belum siap lagi ni. Baru nak sarung baju, dah lari. Aktif betul anak awak" bebel Hayoung.

Budak baru boleh jalan memang macam tu. Nak jalan tak kira masa.

"Mestilah kena aktif. Takpe macam ni. Awak pergi siap. Rachel biar saya yang siapkan"

Biar betul suami aku ni. So sweet.

"Betul ni?"

Daniel mengangguk yakin.

"Apa ingat mafia tak pandai urus anak ke? Ini Kang Daniel lah"

Daniel mula sombong. Okey kita tengok boleh percaya tak kata kata Daniel.

"Fine. Kalau macam tu saya pergi siap dulu. Terima kasih sebab tolong saya"

Hayoung mengambil tuala didalam almari.

"Hai tak kan terima kasih aje"

Hayoung faham maksud Daniel. Nak kiss lah tu.

Hayoung mencium kedua belah pipi Daniel.

"Bibir?"

"Jangan nak mengada"

Hayoung terus masuk kedalam bilik mandi. Dia perlu cepat. Tak elok biar tetamu lama lama dibawah. Harap mereka semua faham. Hari ni merupakan hari lahir Rachel yang ke dua tahun.

Daniel yang beria nak buat besar besaran. Daniel ada cadang nak buat di hotel tapi Hayoung tidak setuju. Hayoung cakap buat apa ada rumah besar kalau tak boleh handle party macam ni.

"Rachel sayang. Kita pakai baju dulu" pujuk Daniel.

"Pa..ppa" sebut Rachel walaupun masih tergagap gagap.

Baru nak belajarlah katakan.

"Iya sayang. Ni papa. Baby pakai baju dulu eh"

Dengan lembut Daniel menyarungkan dress putih ke badan anaknya. Hayoung yang beli dress ni. Katanya dress ni memang khas untuk ibu dan anak. Jadi Hayoung juga pakai dress macam ni.

"Dah cantik anak papa ni"

Daniel mencium kedua pipi comel Rachel kerana terlampau geram dengan pipi macam pau itu. Siapa aje tak geram bila tengok Kang Rachel.

"Rachel tunggu sini. Papa nak ambil sesuatu untuk Rachel"

Daniel memberi patung barbie sementara dia pergi mengambil barang yang dibelinya semalam.

Daniel kembali semula bersama satu beg kertas yang bersaiz kecil. Semalam dia pergi mall, dia ada ternampak mini crown yang memang khas untuk budak yang berumur dua tahun macam Rachel.

Dia meletakkan mini crown itu dengan perlahan diatas kepala Rachel. Tak kena langkah, mahu ditepis mini crown ni oleh Rachel. Nampak comel sangat bila dipakai oleh Rachel. Tak kisahlah harga dia satu juta pun asalkan Rachel dapat pakai.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now