01👔

3K 169 7
                                    

Bagi sesiapa yang berstatus pelajar, mereka berpusu pusu ke butik yang menjual uniform sekolah masing masing. Tiga hari lagi sekolah akan dibuka. Tetapi say big no untuk perempuan yang bernama Oh Hayoung. Orang sibuk cari persiapan sekolah, dia sibuk bekerja. Hari ni dia dah buat kesalahan terbesar lagi. Tapi bagi Hayoung itu cuma masalah kecil bagi dia. Dia dah culik kereta Audi kesayangan abangnya, Suga sebab dah lambat masuk kerja.

Hayoung bekerja di kafe sebagai pelayan. Layan movie semalam sampai terbangun lewat hari ni. Bos dia telefon cakap orang ramai di kafe hari ni. Mati dia kalau dia kena buang kerja. Baru tiga hari bekerja dah buat hal. Kafe tu sama jadi tumpuan sangat. Subway Cafe. Memang ramailah jawabnya. Hayoung mencari tempat letak kereta. Aduh! Time time macam nilah parking tak ada. Aku dah lah lambat ni. Adeii! Bencilah macam ni.

Sedang mata melilau mencari tempat letak kereta...

Crekk!

Rahang Hayoung jatuh. Mata bulatnya berubah besar. Apa hal pulak ni? Kereta siapa aku dah langgar ni? Eh! Kenapa aku pulak?

Hayoung keluar dari kereta. Tidak pedulikan orang sekeliling. Matlamatnya sekarang ni, mintak mintak kereta abangnya tiada apa apa masalah. Calar ke, rosak ke. Sekali lagi rahang Hayoung jatuh. Mulutnya ternganga. Bumper depan kereta Suga dah terburai. OMG! Apa aku nak buat ni?

"Excuse me. Berapa lama lagi kau nak tengok kau punya kereta? Cuba kau tengok kereta aku pula" Hayoung melihat kereta orang yang melanggarnya itu. Sama juga. Cuma kereta je tak sama. Eh! Ke aku yang langgar dia. Lantaklah! Kisah apa aku.

"Kau yang langgar aku tadi!" tuduh Hayoung.

"Eh! Cakap tu pakai otak sikit. Siapa yang langgar siapa sekarang ni?" tanya lelaki itu pula.

"Kaulah yang langgar aku tadi. Bawa kereta pakai lutut. Orang bawa kereta pakai matalah!" marah Hayoung. Eh! Suka suka hati dia je tuduh aku.

"Babe. Kenapa ni?" seorang perempuan keluar dari kereta lelaki itu. Lengan lelaki itu dipeluk manja. Hayoung yang melihat itu macam nak muntah hijau. Bukan setakat hijau, kuning, hitam, merah semua ada. Gelilah weh tengok! Sexy pulak tu perempuan tu. Yeww!

"Perempuan ni dah langgar kereta I. You masuklah dulu. Panas ni" kata lelaki tu. Kali ni Hayoung rasa nak pengsan bila dengar. Amboi! Ingat girlfriend dia sorang panas. Aku pun panaslah!

"Hello. Kalau you nak tahu, babe besar gorila you ni dah langgar kereta I" nah! Ambik kau! Kan dah kena dengan Oh Hayoung.

"Wo wo! Apa kau cakap tadi? Aku? Langgar kereta kau? Hei! Kau ingat aku tak nampak kau bawa kereta tak pandang depan. Kaulah yang langgar aku tadi!" marah lelaki itu. Tak boleh terima Hayoung tuduh dia macam tu.

"Kalau dah tahu aku tak pandang depan, kau elaklah. Yang kau langgar aku pehal!" perempuan sexy tadi masuk dalam kereta. Panas agaknya.

"Hei! Kau ingat jalan ni besar ke? Suka suka hati nak suruh aku elak. Lagipun kalau pemandu macam kau, sempat ke orang macam aku nak elak? Aku rasa tak. Pemandu macam kau tak layak bawa kereta!" marah lelaki itu tadi. Mana taknya, kereta dia mahal kut. Alahh kereta sport macam dalam movie transformer tu.

"Fine fine. Memandangkan aku dah lambat nak pergi kerja, kau cakap aje berapa. Aku bayar kos baiki kereta kau" lelaki tu ketawa mengejek.

"Eh kau mampu ke bayar kos baiki kereta aku. Kau tahu tak, calar sikit pun dah beratus ratus ribu ringgit. Ni kan pulak yang dah terburai macam ni. Lagilah tinggi kos dia. Tengok jenama keretalah" lelaki itu membanggakan dirinya.

Hayoung mencebik. Aku lebih dari mampulah! Abang aku pun ada kereta macam ni. Macamlah aku tak tahu kos dia berapa sebab aku pun pernah langgar pagar rumah masa curi curi pinjam kereta sport abang aku sebulan lepas. Kena bebel pas tu pergi baiki. Tak lah tinggi mana pun kos dia.

"Habis tu kau nak aku buat apa? Tolong baiki kat kau? Macam tu?" sindir Hayoung. Lelaki itu menarik hujung bibir dia. Smirk!

"Aku nak kau jadi maid aku" Hayoung mencebik lagi. Elehh! Macam dalam novel. Buat salah sikit kena hukum jadi maid. Apa barang!

"For how many years? A years? Two years? Or maybe for the rest of my life?" ada nada sindiran di situ.

"I don't know. It's up to me whether I want you for how many years. If I want you, I'll keep you but if I'm bored, I'll let you go sweetheart" lelaki itu mencuit hidungnya. Eee! Berani dia sentuh hidung aku.

"Okay setuju!" itu jawapan Hayoung sebab dia tak tahu asal usul lelaki ni. Rumah dimana? Anak siapa? Dan semua tu tak penting. Sebab tulah dia berani setuju. Lepas ni entah jumpa entah tidak.

"Asal kau lambat?" tanya Youngjae yang merupakan kawan kerja Hayoung di Subway Cafe itu. Youngjae ni pun dua kali lima aje dengan Hayoung. Dah kaya pun kerja lagi.

"Tadi aku langgar babe gorila" jawab Hayoung selamba.

"Kau pergi zoo ke tadi?" Youngjae juga tak nak kalah dalam bab loyar buruk ni.

"Haah. Kalau kau nak tahu, girlfriend babe gorila pun ada tadi. Tapi pakaian dia macam tak cukup kain aje" Hayoung memakai name tag kerja dia.

"Amboi! Kau cakap macam kau tak pernah pakai pakaian tak cukup kain pula. Skirt sekolah kau tu bukan tak cukup kain juga?" sindir Youngjae.

"Itu lain. Yang babe gorila punya girlfriend tu, baju dia memang tak cukup kain sangat. Atau dalam istilah lain sexy!" Youngjae ketawa. Nilah perangai Hayoung. Walaupun baru kenal, tapi dia suka kawan dengan Hayoung.

"Okaylah. Aku buat kerja dulu. Layan kau sampai esok belum tentu habis" Youngjae sambung membuat kerjanya. Setelah Hayoung menukar bajunya dengan uniform kerja, dia mula buat kerja seperti biasa.

...

Hari ni Hayoung bekerja separuh hari. Tepat pukul 1, dia tukar baju. Kawan kawan baiknya juga sudah sampai. Lepas ni dia tak nak terus balik rumah. Nak lepak dengan kawan kawan baiknya. Balik rumah pun bukannya ada kerja pun. Lebih baik lepak sini. Kalau tadi Hayoung sebagai pekerja, kali ni Hayoung berubah jadi pelanggan.

"Dah lama sampai?" Hayoung melabuhkan punggungnya.

"Aku baru je sampai. Kalau Yerin tak tahulah" kata Joy.

"Aku dah sampai sini dalam 10 minit lepas" jawab Yerin.

"IM tak marah ke kau datang sini?" tanya Hayoung. Joy mengangguk. Setuju dengan soalan Hayoung.

"Kenapa pulak dia marah? Dia tu boyfriend aje pun. Bukannya suami aku. Perlu ke aku minta izin dia" Hayoung hanya meminum airnya.

"Mana tahu dia marah" kata Joy. Suka sakat Yerin. Yerin sorang je yang ada boyfriend. Dia dan Hayoung masih single and available.

"Ha tadi aku ada nampak kereta abang kau. Yang bestnya, bumper depan terburai" Hayoung tersengih. Tiba tiba teringat wajah lelaki itu a.k.a babe gorila.

"Aku langgar kereta babe gorila tadi. Nasib dia tak mengamuk. Kalau tak aku dah tak ada depan korang macam sekarang ni" Joy dan Yerin terpinga pinga.

"Babe gorila?" kata Joy.

"Tak. Masa aku cari parking tadi, aku tak sengaja langgar kereta dia. Yalah. Mata aku sibuk cari parking. Lupa nak pandang depan" Hayoung mengangkat peace✌. Joy dan Yerin menggeleng kepala mereka.

"Pas tu dia cakap apa dengan kau? Kau kena bayar ganti rugi tak?" tanya Yerin.

"Aku nak bayar ganti rugi dia tak nak. Dia suruh aku jadi maid dia. Eee bencilah. Sikit sikit jadi maid. Kalau orang nak bayar tu terima jelah" Hayoung menepuk kuat meja yang sedang mereka duduk, menarik perhatian orang lain dalam cafe ni.

"Habis tu kau setuju tak?" tanya Joy. Hayoung mengangguk.

"What?! Kau setuju macam tu aje?" tanya Yerin tak percaya. Bodoh ke apa Hayoung ni.

"Yalah aku setujulah. Alahh bukannya aku nak jumpa dengan dia dah lepas ni. Dia tak ambil nombor fon aku pun. Tak tanya rumah aku kat mana pun. So jangan risau ya sahabat sahabatku sekalian" Joy dan Yerin bernafas lega. Ingatkan Hayoung dah jadi maid tadi.

Tbc

Best tak? Hmm hope support❤

#MASHIE에이핑크

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now