"Akak, ada aiskrim tak?" Soal Nana sambil menjenguk-jenguk ke arah dapur. Maklumlah aku sejak dulu memang suka ajak diorang ni makan aiskrim.

Sampai ke la hangpa dok rajin makan noh!

"Ada.. Dalam peti ais tu."

"Ish, Nana ni! Tak malu ke minta macam tu je." Syasya menegur adiknya. Bercekak pinggang siap.

"Tak apa lah Sya. Nana nak makan aiskrim tu. Ha korang pergi minta kat mak long kata nak aiskrim. Mak long kat dapur tu dengan mama." Tangan menolak lembut belakang Nana dan Syasya.

Mama dengan mak ngah nampaknya tengah sibuk kat dapur. Papa pula menyembang dengan pak ngah kat depan ruang tamu.

"Dekat kite akak tak rindu ke?" Seorang budak tiga suku berdiri depan aku sambil mendepa tangan. Acah comel, buat duckface. Aku usya dia atas bawah.

Errr...??

"Belah ah kau. Tak larat tengok dah muka ni kat sekolah." mata jeling melenting.

Ryan mencebik bibir. Oh frust!

Kami berdua kemudiannya tergelak. Heishh, rindu betul aku dengan dia ni. Lama tak gaduh.

"Wei jom, lepak kat atas." Ryan mengajak. Dia terlebih dahulu menaiki tangga tanpa sempat aku menjawab. Aku yang masih terkebil-kebil membuat keputusan untuk mengikutnya sahaja.

"Ika, nak pergi mana tu!" Jerit mama yang baru keluar dari dapur. Apron masih dibadan.

"Atas. Nak lepak dengan Ryan." Aku sengih tunjuk gigi. Ryan yang naik tangga pun terhenti, tengok mama.

"Amboi syoknya dia. Mama ni ada anak dara ke tak ni? Bukannya nak tolong orang kat dapur." Aduh, bila mama berleter.

"Ala mama... Ryan yang ajak Ika."

"Mak long, Ryan pinjam Fieya kejap je. Alah, budak kecik dua orang tu pun anak dara juga tu. Ha minta diorang tolong." Ryan menarik aku ke atas.

"Bye bye mama!" Aku melambai sambil tergelak. Kami berdua berlari menaiki tangga, meninggalkan mama.

"Bertuahnya budak dua orang ni. Kejap lagi korang jangan makan!"

Okey abaikan mama guys.

Aku perlahan-lahan menepis tangan Ryan yang masih memegang lengan aku. 

Beranda rumah dituju. Memang situlah tempat kami selalu lepak pun sebelum ni. Di situ terdapat sebuah meja kecil. Kami berdua menuju ke situ dan mengambil tempat duduk.

"Wei Ryan." Aku menoleh memandang Ryan.

"Urmm?"

"Lepas ni kau jangan duk pegang-pegang aku dah. Tarik main ikut suka hati je. Kita dah besar la."

"Humm tahu." Ryan buat muka malas melayan.

"Dah tu?"

"Saja."

"Gedik!" Kaki kerusinya aku sepak. Ryan ketawa kecil sambil memandang langit.

Dulu-dulu waktu kecik, memang selalu main kejar-kejar, bertepuk tampar la dengan Ryan ni. Kami dulu rapat gila. Sampaikan waktu mak ngah nak pindah tu, aku nangis-nangis kat mama aku nak ikut sekali.

Sekarang ko berani nak sentuh-sentuh, memang kena penyepak dengan aku.

"Ye lah ye lah. Tak buat dah lepas ni Fieyaa oii!"

One more thing, aku pun tak tahu kenapa si Ryan ni satu-satunya makhluk di bumi panggil aku Fieya. Orang lain dalam rumah ni semua panggil Ika je kot. Yang dia je pulon lebih.

Us ✔Where stories live. Discover now