Bab 33 💐

3.8K 543 58
                                    

Jimin bercekak pinggang. Hoseok menekup tangan ke muka sementara Daelia terbaring lesu di atas katil dengan pelbagai jenis wayar yang berselirat. Mulut gadis itu jelas tersalur saluran pernafasan. Mata Daelia separuh terbuka.

"Nampak? Kau tengoklah apa jadi sekarang." Kata Jimin. Hoseok masih diam. Tangannya memegang tangan Daelia yang separa sejuk. Nafas tunangnya ini perlahan sekali. Lemah dan perlahan. Gugur jantung Hoseok dibuatnya apabila mendapat tahu Daelia dirempuh oleh sebuah kereta pacuan empat roda ketika sedang berjoging di kaki lima bandar.

Sekarang, suspek sudah di bawa ke balai kerana mabuk.

"Jaga dia, Seok. Jaga dia. Urusan pejabat, biar aku yang uruskan." Kata Jimin. Hoseok tiada pilihan. Air matanya mula bertakung. Gadis kesayangannya terseksa. Sedang bertarung dengan maut sedangkan dia.. sibuk dengan hal kerja.

Jimin mencapai telefon bimbit. Nombor telefon setiausaha Hoseok didail.

"Helo, Aerin bercakap. Ada apa-apa yang boleh bantu?"

"Jimin ni, Aerin."

"Ohh.. ya, Tuan Park?"

"Tolong alihkan semua urusan bos awak dekat saya termasuk meeting, appoinment, interview, and report. Faham?"

"Faham, tuan." Jimin menarik nafas panjang. Berfikir sejenak.

"Berhentikan pekerja baru saya. Nara." Nafas Aerin agak terkejut.

"Tapi, tuan. Dia baru masuk kerja hari ni."

"Ikut semua arahan saya, Aerin." Tegas Jimin. Aerin tiada pilihan. Dia akur.

"Baiklah, tuan. Saya akan bagi surat dekat Nara."

"Bagus." Jimin menghabiskan ayat dengan Aerin dengan pelbagai pesanan sebelum talian dimatikan. Matanya berkalih memandang Hoseok yang masih menanti Daelia sedar. Erat pegangan tangan Hoseok pada tangan Daelia. Sesekali belakang tangan gadis itu menjadi sasaran bibir Hoseok.

Jimin pejamkan mata, rapat. Dia keluar dari wad kecemasan sambil mengenangkan kisah silam. Kisah yang menjadikannya faham akan erti cinta, kasih, rindu dan sayang.

Jimin cintakan Daelia sejak zaman sekolah. Dan Hoseok datang untuk bersaing sehingga mereka berjaya bersatu. Jimin terperangkap, orang tengah dan dia terlalu sayangkan Daelia dan Hoseok. Sama, serentak dan rata. Demi kawan, dia berkorban. Dia biarkan Daelia bersama Hoseok, rakan baiknya sendiri.

Kerana itulah dia sebal jika Hoseok berlaku curang. Kerana itulah Nara menjadi tempat dia melempiaskan amarah. Jika dia melepaskan geram kepada Hoseok, rahsianya terbongkar.

Biarlah masa yang menentukan. Kebahagiaan Daelia adalah bahagiannya juga. Sakit Daelia, sakitnya juga.

Jimin membawa langkah untuk menghilangkan rasa sendu di hati.

[COMPLETED] Fake Love 거짓된 사랑 (J-Hope BTS)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant