Bab 3 : Race Ngan Budak Pailang🔥🔫

1.9K 90 5
                                    

Selepas makan malam, aku keluar pintu dengan selamba. Helmet dah siap di dalam genggaman ku. Pintu aku tutup rapat rapat.

Kiri.

Kanan.

Aku tengok hati hati. Dah serupa macam spy doh.

Harapnya tak ada orang yang nampak apa yang aku cuba nak buat.

" Ha weh! Kau nak gi mana tu? " jerkah Raykal. Buat jantung aku nak gugur je. Aku sekeh kepala dia ni kang baru tahu !

Aku memandangnya lalu menggenggam tanganku lalu mengangkatnya di depan mukanya.

Dia tertawa kecil, seolah olah aku akan menumbuknya dianggapnya permainan.

" Ada race ke ?" bisik Raykal. Aku mengangguk kepala.

" Kau ! Jangan nak bising kat mama ngan papa. Awas lu ! " siap aku bagi amaran, aku terus menuruni anak tangga.

Raykal cuma mengangkat bahu. Malas lah nak ambik tahu. Masalah abang dia, bukan dia. Abang dia? Huh. Setiap minggu kena ada race. Keluar jugak malam malam buta tanpa pengetahuan mama dan papa.

____________________________________________

Aku mengurangkan kelajuan motorsikal lalu memarkirnya di selok jalan raya. Orang ramai dah menepuk tangan memeriahkan kedatangan ku.

"Ah bro ! Sampai gak kau. Lama aku tunggu. Nak berjanggut aku " terasa bahu ku ditepuk oleh seseorang.

Aku berpaling. Ya, Shahri.

"Ala, kau macam tak biasa je. " balas aku balik. Aku lihat sekeliling kawasan tu, ramai jugak yang datang hari ni.

Macam biasa la, lelaki pakai baju tshirt biasa ngan jacket jeans. Seluar? Pakai la. Takkan tak.

"Mana budak tu ? " soalku.

"Biy, lama nya.. " baru sahaja Shari hendak menjawab, ada sudah yang potong. Rengekkan tu, macam kenal. Dirinya mendekati diriku lalu dengan kemas tangan ku melilit rapat pinggangnya.

Dia cuma memakai pakaian yang biasa biasa. Bajunya? Sama je macam aku.

Aku memandang wajah cemberutnya. Ah, betapa rindunya aku dengan insan ini !

"Sorry, tadi biy beli something untuk baby.." aku tersenyum lalu mengambil jambangan bunga yang sudah di gubah dari belakang ku.

"Huh? " mukanya kelihatan berkerut tanda tidak faham dengan kata kata ku. Aku lantas menarik bunga tersebut ke depan.

Terasa ada sinaran cahaya yang meliputi mata Rissya. Dia tersenyum bahagia. Kalau dia dah gembira, itu sudah memadai bagiku.

"Thank you, biy ! Biy memang tahu macam mana nak buat baby gembira ! " badan sasa ku dipeluknya erat lantas pipi ku menjadi sasaran ciumannya. Ah, terasa hangatnya habuan bercinta ni !

"Wow ! Ada drama kat sini you alls"

"Wohooo ! "

"Pewit ! "

Tepukan gemuruh berpanjangan boleh didengar daripada orang ramai. Kami hanya tersenyum gembira.

"Amacam? Boleh tahan en? " soal Shahri dengan senyuman sengit dia sambil menepuk sikunya dekat dengan dadaku.

"Ceh ! Poyo ah kau ! " balasku dengan muka tak puas hati. Hoho, tapi Shahri la penyelamat bumi aku. Kalau tak kerana dia, tak tahula aku nak cari kat mana kedai bunga tadi.

Awekku Ayu Nak Mati ! Where stories live. Discover now