"Benci lah cakap dengan adik ni." Angah berjalan pergi.

Kepala aku gelengkan. Dah tua pun nak merajuk dengan adik. Puii.

Tidak lama selepas itu, Along pula datang. Dia menjenguk aku di bilik air yang berada di kawasan dapur itu.

"Buat apa?"

"Basuh baju."

"Ouh. Malam ni ada tetamu istimewa nak datang. Dah tau kan?"

Aku hanya mengangguk tanda respon. Malas nak bertanya siapa gerangan tersebut.

"Ok." Along berlalu pergi. Aku menunggu mesin basuh berhenti berputar untuk dikeringkan.

Saat aku ingin membuang air cucian yang sudah kotor, aku ternampak seutas rantai berwarna putih. Terus aku ambil dan lap menggunakan sehelai kain buruk.

Macam rantai perempuan. Nama di rantai itu aku lihat.

Naila.

Siapakah? Bagasi ini dia punya ke? Tak akan lah dia pakai baju lelaki? Musykil aku.

"Adik?"

"Ya?" Along aku pandang.

"Umi ajak adik pergi pasar."

"Ok. Nak pergi sekarang ke?"

"Tak. Kejap lagi. Umi pergi rumah jiran sebelah tadi. Nak apa entah. Umi balik baru pergi."

Aku mengangguk. Cepat-cepat baju yang sudah aku keringkan aku jemur di belakang rumah.

Rantai itu aku letak di dalam laci di bilik ku. Tiada niat untuk memakai harta orang. Minta lah satu hari nanti aku dapat berjumpa dengan tuan bagasi ni. Nak pulangkan semuanya. Lagi pula aku rasa rantai tu mahal. Takut aku nak simpan harta orang.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

Aku menyalam tangan Kak Wawa, iaitu perempuan yang berjaya mencuri hati abang sulungku, Dyler Hadden. Ini rupanya tetamu istimewa itu. Ingatkan siapa lah.

"Masuk lah." Pelawa umi.

Kak Wawa tersenyum manis. Aku melihat penuh kagum. Muka wanita itu sangat cantik dan halus walapun tiada langsung make up yang dikenakan. Cantik semula jadi.

Selepas makan malam bersama, kami berkumpul di ruang tamu.

"Along dah bersedia nak jadi suami?" Abah bertanya kepada Along. Along mengangguk penuh yakin.

"Dah lama along ready abah. Cuma along tengah tunggu masa yang sesuai je. So now, rasanya dah tak perlu tunggu apa-apa lagi. Ayah Wawa pun dah bersetuju along kahwin dengan dia."

Dengan renungan lembut di mata, along memandang Kak Wawa. Kak Wawa tertunduk malu. Sampai memerah pipi putihnya.

"Kalau macam tu, elok lah disegerakan. Kamu pun dah lama kenal. Tak elok juga asyik keluar dengan anak dara orang tanpa ikatan. Wawa ok kalau kami cepatkan tarikh? Tunang semua tu tak payah. Kita buat yang wajib saja. Ijab dan kabul. Lepas itu, kenduri. Boleh?"

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now