Diperhatikan satu persatu wajah di dalam telefonnya itu. Semuanya berpakaian biru lembut sedondon kecuali Rafael. Dia memakai biru gelap.

Di atas sofa itu, ada ibu dan bapanya manakala yang berdiri di belakang sofa itu adalah dia, Rafael dan Afeena, adiknya.

Semuanya tersenyum gembira.

Tapi, ada satu yang ganjil.

Afeefa mengecilkan matanya melihat gambar tersebut. Dia zoomkan lagi dibahagian Rafael dan Afeena.

Afeena meletakkan tangan kanannya dipinggang Rafael! Selama ni, dia memang tidak perasan langsung.

Dia pun berdiri tidak terlalu dekat dengan Rafael. Afeena sahaja yang tergedik, berdiri rapat-rapat dengan tunangnya.

"tak guna kau Feena! sebab tu aku memang bencikan kau!"

--------

"Kau bawak jantan tu dekat aku! Aku memang dah lama sabar dengan dia! Awek aku pun minat dekat dia, jantan sial!"

Suara lelaki yang berada tidak jauh dari kedudukannya kedengaran. Dia mengetap giginya sambil menelefon seseorang.

"kau bawak dia jumpa aku sekarang!!"

Entah kenapa Afeefa terasa ingin tahu. Selalunya memang dia tidak akan peduli kerana dia memang selalu membuli budak junior pun.

Tapi sekarang, Afeefa terasa ingin tahu, siapa 'lelaki sial' yang dikatakan oleh lelaki tadi.

Kerana Afeefa terlalu ingin tahu, dia mengikuti lelaki tersebut. Sampai sahaja di belakang bangunan lama itu, Afeefa terhenti.

Terlihat dua orang suruhannya itu memegang seorang lelaki yang memakai baju hitam itu.

Eh, macam Hadif! Apa si Badrul tu nak buat dengan Hadif?

"korang berdua pegang jantan tak guna ni elok-elok, aku memang dah lama sabar dengan jantan ni!!"

Badrul melayangkan penumbuk pada Hadif sehingga Hadif terdorong kebelakang.

Bukan itu sahaja, dua orang suruhannya juga menendang-nendang tubuh kurus itu.

Afeefa hanya memerhati, dia mahu melihat Hadif melawan mereka.

"jawablah bodoh!! Kau buat apa dekat girlfriend aku sampai dia tergila-gilakan kau?!" soal Badrul keras.

Disebabkan Hadif, teman wanitanya mahu memutuskan hubungan mereka. Tak guna punya Hadif!

Hadif hanya merengkok menahan sakit. Dia hanya diam, memang dari tadi dia hanya berdiam. Langsung tidak mahu menjawab soalan mereka dan tidak melawan.

Entah kenapa, Afeefa rasa kasihan. Walaupun sebenarnya, Hadif memang akan menjadi mangsanya untuk birthday Thaqif nanti.

Tapi, itu lain ceritalah! Sekarang dia harus selamatkan Hadif!

Terus dia memajukan langkahnya mendekati mereka.

"kau buat apa dekat dia?" soal Afeefa tenang.

Mereka bertiga sudah tergamam kerana melihat Afeefa di situ.

Siapa tak kenal Afeefa? Orang paling popular di kolej ni! Satu kolej dah tahu kumpulan Afeefa adalah kumpulan yang suka membuli dan penggoda.

"err, cik E-Efa" tergagap-gagap Badrul bercakap.

Dulu, Badrul ni salah satu mangsa buli mereka berempat juga.

"korang buat apa dekat dia?" soal Afeefa tenang. Dalam hatinya sudah menahan tawa apabila mereka bertiga sudah menunduk takut.

Eh, Cik Azalea Afeefa ni ada tali pinggang hitam dalam taekwondo tau! Jangan main-main. Pernah dia belasah 4 orang lelaki dalam satu masa.

"jawablah! kau buat apa dekat boyfriend aku?!!" soal Afeefa. Sengaja dia menggunakan semula ayat Badrul tadi.

Ketiga-tiga mereka sudah cemas.

"boy-boyfriend Cik Efa ke??" soal Badrul. Dia menelan air liurnya berkali-kali. Mati dia, mati!!

"sebelum aku patahkan tulang korang satu-satu, baik kau dengan kawan kau berambus dari sini" arah Afeefa.

Tak tunggu lama cukup dua saat, mereka bertiga sudah lari lintang-pukang kerana takutkan Afeefa. Tu baru Afeefa tau, belum lagi satu geng Afeefa datang.

Afeefa tergelak. Apalah mereka tu.

Hadif yang terbaring merengkok sambil memegang perutnya itu dipandang.

Terbit rasa kasihan melihat Hadif merintih kesakitan.

"saya tolong awak bangun eh" ujar Afeefa.

Hadif diam tapi kepalanya mengangguk perlahan. Ye lah, siapa yang nak baring atas tanah ni lama-lama kan?

Lengan Hadif ditarik lalu dia meletakkan tangan Hadif di atas bahunya.

Dengan berhati-hati pinggang Hadif dipeluk dengan sebelah tangan kanannya manakala satu lagi tangannya memegang tangan kiri Hadif.

Dipimpinnya Hadif ke arah keretanya yang kebetulan dekat dengan bangunan itu.

Semua orang memerhatikan mereka berdua. Semua seakan tidak percaya yang Afeefa menolong orang!

Thaqif, Adli dan Qisya turut memandang ke arah mereka berdua.

"sayang, I mimpi ke?" soal Adli. Mulutnya sudah terbuka luas kerana tergamam melihat Afeefa memimpin Hadif itu.

"No babe, this is reality..." jawab Qisya sambil matanya tidak lari dari memandang Afeefa dan Hadif.

Thaqif di belakang sudah mengepalkan penumbuknya.

"tak guna kau Hadif!"

Please vote and comment. Thank you ❤️

BUNGA AZALEA ✅[COMPLETED]Where stories live. Discover now