🍀 1 🍀

2.2K 303 148
                                    

Lee Yoohee melemparkan pandangannya ke luar cermin tingkap kapal terbang. Hanya awan yang berwarna putih sahaja dapat dilihatnya. Telinganya disumbatkan earphone dan dia sempat mengerling ke arah jam tangannya.

'Still ada lagi dalam lebih kurang 9 jam sebelum sampai ke Seoul.'

Detik hati Yoohee. Dia mengeluh perlahan. Lamanya kena duduk dalam kapal terbang ni. 12 jam 30 minit masa perjalanan dari Los Angeles ke Seoul!

Baru sahaja Yoohee nak memejamkan matanya, tiba-tiba staff crew membuat satu pengumuman.

"Ladies and gentleman, may I get your attention please. If there is a doctor on board could you make yourself known to the cabin staff?"

Yoohee mengerutkan dahinya. Kelihatan staff crew agak kelam-kabut berjalan ke arah cabin kelas Business.
Penumpang yang lain yang kebanyakkannya sedang tidur, terjaga apabila mendengar pengumuman tersebut dan mereka kelihatan agak tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

Pengumuman dibuat untuk kali kedua. Rasanya mungkin tiada seorang pun doktor ataupun pegawai perubatan di dalam kapal terbang ni kot. Terdapat juga staff crew yang berjalan di sepanjang laluan tempat duduk penumpang bertanyakan jika ada sesiapa pegawai perubatan di situ.

Memandangkan tiada doktor mahupun pegawai perubatan di dalam pesawat ini, Yoohee bangun dari tempat duduknya dan dia sempat mengambil beg sandangnya dari overhead bin. Mujur terdapat beberapa peralatan perubatan didalam begnya itu. Dia berjalan ke arah salah seorang staff crew tersebut.

"Juhgiyo, saya Lee Yoohee imnida. Saya pelajar bidang perubatan dan bakal menjadi doktor pelatih. Is there anything that I can help you?"

Soal Yoohee lembut kepada staff crew tersebut.  Kalau ikutkan dia sendiri taknak tampilkan dirinya, sebab dia tahu, dia masih belum lagi menjadi doktor. Tapi, kalau dah memang keadaan darurat seperti ini, takkan dia nak mendiamkan dirinya pula.

"Eo? Ya, ya. I need your help untuk tengokkan keadaan seorang penumpang kelas Business. Awak boleh ikut saya."

Kata staff crew tersebut. Yoohee berjalan mengekori staff crew dan setibanya di cabin kelas Business, dia terlihat seorang namja sedang terbaring di laluan tempat duduk pesawat. Disekelilingnya terdapat beberapa orang staff crew yang lain dan penumpang bagi kelas Business.

Staff crew yang membawa Yoohee tadi membisikkan sesuatu kepada seorang staff crew yang lain. Mungkin yang tu adalah crew leader?

"Awak, pelajar perubatan ye? Masih lagi belum menjadi doktor kan?"

Soal crew leader tadi kepada Yoohee. Yoohee melihat tag nama staff crew tersebut, Nicole Kim, crew leader. Sah. Memang dia crew leader.

Yoohee mengangguk kepalanya. Kan dah agak dah. Bila kau hanya seorang pelajar perubatan yang belum lagi mendapat iktiraf sebagai seorang doktor, pasti akan terdetik sedikit keraguan pada orang lain.

"Nae, saya Yoohee. Saya baru habis belajar dalam bidang perubatan. Kenapa dengan dia ye?"

Soal Yoohee sambil menundingkan jarinya ke arah namja tersebut.

"Dia — sesak nafas, dan tiba-tiba jatuh pengsan."

Sampuk seorang namja yang berkulit cerah. Agaknya kawan kepada namja tu kot. Riak wajahnya nampak risau je.

Yoohee segera mencangkung dan melihat keadaan namja dihadapannya. Baru tangannya nak menyentuh baju namja tu tadi, tangannya ditepis oleh ketua staff crew tadi.

"Maaf, tapi awak tak boleh sentuh dia. Awak hanya pelajar perubatan dan bukannya doktor lagi. Kalau apa-apa terjadi pada dia, macam mana?"

Yoohee mengeluh kecil. Masa macam ni pun still lagi nak argue ke? Buatnya nyawa orang tu di dalam bahaya macam mana.

EpiphanyWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu