Bab 7

101 5 0
                                    

Di bawah pokok besar menjadi tempat duduk Haniha di saat dia berseorangan. Misinya dalam mencari Polustoir perlu diteruskan.

     Namun, baginya perkara yang serius ini sangat berbahaya untuknya melakukan berseorangan. Dia perlukan teman. Tetapi, dia memerlukan pertolongan seseorang yang amat berkuasa dalam berhubung dengan kuasa hitam.

     Di pokok besar sebelah kanan Haniha kelihatan sekujur tubuh Janis sedang memetik bunga yang berada di sekitarnya.

     Haniha menghampiri Janis dengan perlahan supaya tidak mengejutkan kedatangannya ke arah Janis. Dia risau jika Janis akan melarikan diri daripadanya seperti selalu.

     "Hai Janis." Sapaan Haniha dibalas wajah terkejut.

     "Apa kau nak lagi?" Soal Janis seperti bersiap sedia mahu melarikan diri.

     Namun, lengan Janis sempat dicapai Haniha dengan segera. Dia mahukan sebab oleh Janis kenapa Janis selalu mahu jauhkan diri darinya.

     "Kenapa setiap kali aku datang menghampiri kau, kau lari?" Itu sahaja soalan yang keluar dari mulut Haniha.

     Masih mendiamkan diri, Janis berusaha melepaskan lengannya dari terus digenggam erat Haniha. Wajahnya bertukar menjadi semakin takut.

     "Lepaskan aku. LEPASKAN AKU! AKU TAK NAK MATI!" Perlakuan dan kata-kata yang aneh keluar dari mulut Janis membuatkan Haniha menjadi semakin geram.

     "Kenapa kau perlu mati? Aku tak bunuh sesiapa pun. Kenapa kau perlu takut? Lagipun aku tak ada keupayaan macam mana pelajar lain ada." Jelas Haniha berharap Janis mengerti.

     Helaan nafas panjang dihembus Haniha dengan kuat. Tangannya yang mengenggam lengan Janis dilepaskan dengan perlahan.

     Wajah ketakutan yanh ditunjukkan oleh Janis pula bertukar sedih. Dia seperti mahu mengatakan sesuatu kepada Haniha. Mungkin... dia mahu menyatakan isi hatinya kenapa dia terlalu takut untuk berhadapan dengan Haniha.

     "Aku nampak bayang-bayang hitam dalam diri kau." Itu sahaja yang keluar dari mulut Janis.

     Mata Haniha tidak dipandangnya. Wajahnya hanya memandang ke atas lantai. Sepertinya bayang-bayang hitam yang dilihatnya semasa di dalam kelas sering menganggunya.

    "Apa? Bayang-bayang hitam? Apa maksud kau?" Hairan Haniha mendengarnya sedangkan dia sendiri tidak melihat apa yang dikatakan oleh Janis.

     "Aku dapat tengok gangguan dalam diri orang." Jawabnya pendek.

     "Jangan risau dengan aku. Aku baik-baik sahaja. Mulai dari sekarang, aku tak nak kau lari bila nampak aku. Aku tak bunuh orang. Aku tak akan berbuat jahat dengan orang yang tak bersalah."

     Penjelasan Haniha membuatkan Janis mula memberanikan diri dengan memandang wajah Haniha. Senyuman yang diukir di wajah Haniha dibalas senyuman manis Janis.

     "Mulai dari sekarang, kita kawan?" Haniha menghulurkan tangannya ke arah Janis agar dia menerima diri Haniha sebagai kawan bukan lawan.

     "Kawan." Jawab Janis sambil membalas kembali huluran tangan Haniha.

     Mereka gelak ketawa setiap kali mengingati perlakuan Janis yang takut akan Haniha. Sering melarikan diri di saat Haniha mendekatinya.

     Duduk bersebelahan di bawah pokok besar, rancak berbual mengenai kehidupan di luar Kerajaan Dahliakediawan membuatkan Janis teruja mahu meneroka tempat lain.

     Tiba-tiba Janis mendiamkan dirinya tanpa sebab. Dia seperti memikirkan sesuatu.

     "Janis? Kenapa? Ada masalah ke?"

     "Perlu ke aku bagitahu kau benda ni." Soalnya sendiri.

     "Bagitahu aku perkara apa yang bermain kau minda kau sekarang?" Haniha memberi ruang untuk Janis berkata.

     "Aku dapat tahu kau tengah cari Polustoir."

     Haniha terkejut dengan apa yang diluahkan oleh Janis sebentar tadi. Setahunya hanya Farisha dan Trevad sahaja tahu mengenai hal ini. Bagaimana pula Janis tahu.

     "Ya, sebab aku nak berhadapan dengan dia. Aku nak ibu aku balik." Haniha terpaksa jujur.

     "Tapi, macam mana kau tahu aku tengah cari Polustoir? Ada yang bagitahu? Siapa?" Soal Haniha kembali dengan pelik.

     "Tak. Tak ada sesiapa pun bagitahu. Aku nampak kau baca buku tentang kuasa hitam. Aku nampak kau baca buku mengenai Polustoir masa di Perpustakaan Eorldion. Kau tak susun balik buku tu dekat tempat dia disimpan." Jelas Janis yang juga berada di perpustakaan itu.

     Haniha menghela nafas lega kerana bukan Farisha dan Trevad yang memberitahu. Kalau tidak mungkin cerita ini sudah tersebar.

     "Kau nak tolong aku? Kau kenal tak mana-mana orang yang boleh berhubung dengan kuasa hitam?"

     "Tapi... Kalau aku bagitahu kau siapa, kau mesti akan pergi sana. Lagi-lagi ini cuti sekolah." Janis seperti teragak-agak mahu memberitahu siapa gerangan yang boleh berhubung dengan dunia kegelapan.

     "Kau bagitahu je. Kau bolehkan tolong aku? Aku tak pernah jumpa ibu aku. Aku nak selamatkan ibu aku dari orang durjana itu."

     Dipujuk Haniha namun Janis masih mendiamkan diri disebelahnya. Wajah Haniha dipandangnya beberapa kali. Baginya, berhadapan dengan Polustoir bukan sesuatu yang mudah. Pejuang yang kuat di kerajaan ini juga ada yang terkorban.

     "Baiklah. Aku tahu seseorang yang boleh berhubung dengan kegelapan. Nama dia Cerry. Dia salah seorang wanita yang boleh berhubung dan memusnahkan kegelapan. Tapi, yang aku tak pasti dia masih hidup atau tak." Janis terpaksa akur dengan permintaan Haniha.

     "Cerry? Kau tahu rumah dia dekat mana?" Soal Haniha lagi.

     Janis mengangguk menandakan dia tahu di mana keberadaan Cerry sekarang. Tapi apa yang pasti adakah selamat bagi mereka untuk ke rumah Cerry.

     "Janis, kau teman aku ke rumah Cerry esok. Jumpa kau esok dekat sini." Sejurus sahaja Haniha berkata sedemikian, langkah kakinya terus pergi dari tempat duduk tersebut dan kembali ke biliknya.

     Haniha mula mengemas segala benda keperluan yang perlu dibawanya esok. Baginya mungkin berjumpa dengan Cerry semua masalah akan hilang. Tapi apa yang difikirnya itu telah memberi kesengsaraan terhadap Kerajaan Dahliakediawan.


Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now