Bab 18

77 2 0
                                    

Perjalanan masih perlu diteruskan walaupun ada halangan yang mengganggu. Dengan tergesa-gesa, Khalil pantas mengambil kembali beg yang dibuangnya ke lantai tadi.

     "Jom kita teruskan pencarian. Kali ini, kita jangan berehat. Aku yakin dalam beberapa hari kita akan sampai." Jelas Khalil kepada pejuang yang mendengarnya.

     Haniha berjalan ke hadapan bersama Farisha dan Geisha untuk bertanyakan sesuatu. Dia sengaja menjauhkan diri dari Khalil kerana soalan ini berkaitan dengan Khalil.

     "Farisha, kenapa Khalil berani berbuat kasar terhadap King Revis? Dan... aku nampak riak wajah Khalil berubah bila tengok King Revis datang. Siapa King Revis tu?" Soal Haniha sambil berbisik.

     "Aku tak tahu betul atau tak, tapi aku dengar orang lain cerita, Khalil sebenarnya dari Kerajaan Jasminekediawan sebab King Revis tu ayahanda dia. Itu je yang aku tahu."

     "Ayahanda? Tapi... kenapa Khalil tak tinggal dengan ayah dia tapi dengan permaisuri?"

     "Yang itu aku tak tahu. Tapi, kau janganlah nak selidik tentang King Revis lagi. Nanti datang lagi bahaya lain." Pujuk Farisha yang tidak mahu melanjutkan cerita mengenai King Revis dan Khalil.

     "Kau tak perlu tahu siapa King Revis."

     Tanpa disedari Khalil berdiri di belakang mereka. Suara teguran Khalil mengejutkan tiga sekawan yang berbual mengenainya.

     "Baiklah." Jawab Haniha.

     Danial yang berada di belakang Haniha terkejut dengan apa yang dilihatnya. Setengah dari rambut hitam coklat gelap Haniha bertukar merah membara. Mungkin disebabkan dia menggunakan kelebihannya terlampau atau kuasa pyrokinesisnya itu sedang dalam proses menguasai dirinya.

     "Haniha?! Rambut kau!" Kata Danial sambil menunjukkan jarinya ke arah rambut belakang Haniha.

     "Apa? Kenapa dengan rambut aku?"

     Haniha mula gelabah dengan apa yang dikatakan oleh Danial. Rambut yang terikat dilepaskan dengan segera.

     "Macam mana boleh jadi merah ni? Apa dah jadi? Aku tak normal lagi ke?" Haniha terjerit-jerit di tengah hutan belantara sebagai jalan utama ke Kenerty Doen.

     "Mungkin kau terlampau gunakan kuasa. Lagi satu, kita semua yang tinggal dalam dunia ni, seorang pun tak akan mengaku diri mereka normal."

     Mulut Haniha diterkup Khalil dengan tangannya. Dia mahu semua kekecohan yamg berlaku di situ sahaja. Tambahan lagi Haniha budak baru yang tinggal di kerajaan ini, jadi dia tidak mahu Haniha masih memikirkan dirinya di dunia lama. Dia mahu menyesuaikan Haniha dalam dunia yang penuh dengan kelebihan luar biasa.

     "Baik..." Jawab Haniha sambil tertunduk.

     Setibanya mereka di kawasan yang aneh. Penuh dengan rasa kebencian, cacian dan hasad dengki yang dirasai oleh Khalil dengan deria sixth sense miliknya. Pintu gerbang besar di hadapan mereka. Pintu coklat yang berasapkan hitam pintu utama untuk mereka menerjah masuk ke alam kuasa hitam.

     "Nak masuk ke?" Soalan Haniha membuatkan Lerri tergelak kecil.

     "Apa yang gelak pula. Betul ke kita perlu masuk ni? Tak ada jalan lain ke?" Masih dengan rasa ragu. Haniha seperti tidak mahu meneruskan perjalanan.

     "Habis tu? Kau nak lalu kawasan mana lagi? Inilah satu-satunya pintu utama untuk masuk ke Kenerty Doen. Kau jangan lupa kita semua ke sini sebabkan niat kau tu."

     Scienty mula berang dengan sikap Haniha yang keras kepala. Sudah habis tenaga dalam menempuh perjalanan semata-mata datang ke Kenerty Doen dan disebabkan kesalahan Haniha melepaskan Polustoir.

     "Baik. Kita semua akan masuk. Tapi, biar aku..."

     "Banyak cakap lah kau."

     Lengan Haniha ditarik Lerri kasar masuk ke dalam dunia Kerajaan Kenerty Doen. Di mana Polustoir sebagai pemerintah terbesar di dalamnya.

      "Aku belum habis tarik nafas lah. Yang engkau sibuk paksa aku kenapa?"

     "Sudah! Jangan timbulkan masalah. Kita dah masuk. Jangan buat perangai." Khalil meleraikan pergaduhan Haniha dan Lerri.

     Mereka mula sedar, semakin lama mereka lalu di depan kedai yang berleretan sepanjang jalan ke istana Polustoir, banyak mata-mata yang memandang mereka dan mula dengar bunyi bisikan penduduk.

     Namun, mereka hanya mendiamkan diri dan tidak memandang mata penduduk di situ. Apa yang difikirkan hanyalah berjumpa dengan Polustoir dan merampas kembali Janis dan Feriana dari tahanan mereka. Walaupun tahu ancaman mungkin berlaku. Perbalahan antara dua kerajaan mungkin berulang dan rampasan kuasa rahsia akan terjadi.

Dahliakediawan : New FaceWhere stories live. Discover now