Bab 14

87 2 0
                                    

Haniha duduk di sebelah Janis dan Farisha. Wajah Janis yang bersahaja dipandangnya beberapa kali. Riak wajah yang hairan dapat dilihat oleh Permaisuri Deliahulia yang sedang menjelaskan langkah-langkah mereka dalam mencari dan menjejak ibu Haniha dan Polustoir.

     "Hani? Kau okay?" Soal Farisha yang berada di sebelahnya.

     "Apa?" Soal Haniha kembali akibat tidak memberi tumpuan terhadap soalan Farisha.

     "Aku tanya kau. Kau okay tak? Dari tadi kau pergi pandang Janis. Tambah-tambah lagi muka kau risau semacam."

     Farisha mengeluh dengan berat kerana perlu mengulang kembali soalannya itu. Air suam didepannya diteguk beberapa kali. Permaisuri yang berada di hadapan sedang bercakap tidak dihiraunya lagi.

     Sejurus Haniha mendengar soalan Farisha, kepalanya terus diangguk menandakan dia baik-baik sahaja. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain dengan masalahnya. Sudahlah dia sudah melibatkan banyak orang untuk menyelesaikan masalahnya berkaitan dengan kehilangan ibunya. Tambah lagi masalah Poluistor akibat dirinya sendiri.

     "Senyap. Permaisurikan tengah bercakap dekat depan. Dari tadi aku dengar korang berdua bercakap. Yang sorang macam nanti tak boleh tanya, yang sorang macam tak pernah nak korek telinga."

     Tegur Scienty yang berada di hadapan mereka dengan wajah yang geram. Wajahnya kembali ke hadapan selepas melihat Haniha dan Farisha terus berdiam diri. Scienty senior yang paling digeruni di sekolah mereka. Akibat wajahnya yang selalu ketat, itu sudah pasti membuatkan ramai pelajar takut dengannya.

     Selepas beberapa jam perbincangan, akhirnya habis juga. Perjalanan dalam menjejak ibu Haniha dan Polustoir akan dilakukan pada esok hari.

     "Esok, kita semua berjumpa dekat istana. Berkumpul di siti dahulu, nanti kalau kita berselerak, ada yang sesat pula." Jelas Khalil membuatkan semua penjuang akur.

     Haniha kembali ke biliknya dengan keluhan. Kembali bersendirian, Janis tidak menemaninya kali ini. Teman sebiliknya pula masih bercuti kerana cuti sekolah yang panjang. Hanya beberapa pelajar sahaja yang masih tinggal di asrama. Farisha pula tidak dapat menemaninya kerana dia perlu kembali ke rumah.

     Esok merupakan perjalanan panjang bagi pejuang-pejuang yang menyertai pencarian Feriana dan Polustoir. Beberapa baju dilipatnya dan dikemas dengan rapi dalam beg sandangnya.

     Masih dengan mimpi yang sama. Tepat jam 4 : 30 pagi, suara ibu dan seseorang lelaki bercakap dengannya. Mengganggu setiap tidur malamnya. Loket kristalnya yang dipakainya akan mengeluarkan cahaya merah setiap kali dia termimpikan perkara yang sama.

     Hari yang paling ditunggu akhirnya tiba. Hari di mana Haniha mungkin akan bertemu ibunya.

     "Semua dah sampai?" Soal Khalil selaku ketua dalam pencarian.

     "Dah!" Sahut Haniha dengan girang. Jeritannya membuatkan Scienty terkejut di sebelahnya. Kepala digeleng beberapa kali.

     "Huh! Yang seronok sangat apa hal?! Kalau bukan sebab dia, tak perlu nak ikut sama. Buang masa je."

     Lerri, salah seorang pejuang yang juga terpilih untuk menjalankan misi pencarian. Walau seberapa banyak kali dia mendengus, tapi dia hanya akur sahaja dengan perintah Permaisuri Deliahulia, pemerintah kesayangannya. Rasa hormatnya terhadap permaisuri membuatkan dia mengikut setiap apa yang diperkatakan oleh permaisuri walaupun sanggup mengorbankan nyawanya hanya untuk keamanan dan keselamatan kerajaan.

     Sebaik Haniha mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki yang menyindirnya itu, wajahnya bertukar geram. Beg dihempas ke atas lantai. Belum berangkat sudah mahu bergaduh.

     "DAH! Kalau belum mula lagi misi pencarian dah bergaduh, macam mana bila masa kita tengah mencari nanti? Jangan sampai berbunuh sudah. Nanti makin menyusahkan pejuang yang lain."

     Khalil meleraikan pergaduhan antara Haniha dan Lerri untuk tidak terus terjadi. Khalil sangat kenal perangai Lerri memandangkan mereka sudah bersahabat selama 2 tahun. Dia sangat tahu perangai Lerri yang suka menyindir orang walaupun secara tidak langsung.

      "Baiklah, memandangkan semua sudah sampai, kita akan memulakan perjalanan. Pastikan air mencukupi. Kita berjalan, bukan terbang. Destinasi pertama, kita akan ke Hutan Jerica. Semua tahukan mengenai hutan tu? Kalau tahu, ingat jangan salah guna benda yang tidak sewajarnya."

     Khalil menjelaskan apa yang perlu. Namun, hanya satu sahaja yang belum terjelas mengenai Hutan Jerica. Haniha mengangkat tangannya dengan spontan. Baginya apa yang tidak diketahui perlu disoal, kalau tidak mungkin dia akan membuat sesuatu yang tidak diketahuinya.

     "Abang Khalil, perkara apa yang kita tak perlu buat kalau sampai sana? Lagipun, aku tak tahu cerita apa tentang Hutan Jerica?"

     Haniha menyoal tanpa berdolak-dalih, kedengaran juga suara seseorang ketawa sinis dengan soalan yang diajukan olehnya. Dan, semestinya lelaki yang suka mencari nahas iaitu Lerri.

     "Dah Lerri, jangan cari nahas. Baiklah Haniha, memandangkan kau orang baru di kerajaan ni, bagus aku ceritakan perkara apa yang kau jangan buat di hutan tu."

     Haniha hanya mengangguk sebelum Khalil meneruskan apa yang mahu disampainya. Manakala, pejuang yang lain diarahnya untuk berjalan di hadapan. Dia dan Haniha mengikuti dari belakang. Perjalanan pertama diketuai oleh Scienty selaku penolong Khalil.

     "Hutan Jerica ni dulu ada penghuni, semua penduduk di sana sangat takutkan orang asing untuk masuk ke dalam tempat kediaman mereka, macam kita. Kita tak tidak dibenarkan masuk ke dalam hutan tu. Tapi, sampai satu masa seorang lelaki masuk ke dalam hutan tu, lelaki tu dari kediaman bahagian kita. Lelaki tu menjelajah semua tempat sehinggakan dia datang dan masuk ke dalam Hutan Jerica iaitu semua penduduk di situ tak tahu."

     "Lelaki tu tak tahu ke yang Hutan Jerica memang melarang orang asing masuk?" Haniha memotong penceritaan Khalil.

     "Tahu. Tapi, kalau dia berniat nak tahu apa yang berada di dalam hutan tu. Dia sanggup korbankan nyawa dia. Sehinggakan ada satu masa, seorang gadis puak Jerica mahu bersama lelaki penjelajah tu. Pada saat itulah semua penduduk di hutan tu memulakan serangan terhadap lelaki itu. Namun, keluarga gadis puak Jerica tu masih juga mempertahankan lelaki itu sebab mereka tahu lelaki itu bukannya mahu menghancurkan puak itu."

     "Maksudnya, kita akan masuk tempat terlarang?"

     "Itu cerita dulu, sekarang puak Jerica dah pupus. Disebabkan hal itulah, mereka saling berperang dan membuatkan semua puak Jerica terbunuh termasuklah lelaki tu."

     "Jadi? Perkara apa yang kita tak boleh buat bila sampai sana?" Soal Haniha yang masih tertanya-tanya.

     Kelihatan Khalil sedang berbisik sesuatu di telinga Haniha membuatkan Haniha membutangkan matanya. Usai sahaja Khalil bercakap dengan Haniha, dengan pantas Haniha terus berjalan ke hadapan menuju ke arah Janis dan Farisha.

     "Dah selesai?" Soal Farisha.

     Haniha hanya mengangguk.

     "Perkara apa yang kita tak boleh buat kalau sampai sana?" Soal Farisha seperti tidak tahu.

     "Kau tak tahu juga?"

     Haniha menyoal kembali. Soalan Farisha tidak dijawab. Farisha menggeleng perlahan, riak wajah Haniha yang hairan membuatkan Farisha tergelak kecil.

Dahliakediawan : New FaceOù les histoires vivent. Découvrez maintenant