Chapter 64

59.5K 2K 13
                                    

Anas memerhati isterinya yang sedang didandan oleh seorang mak andam terkenal dalam sebuah bilik dibelakang pentas sambil berpeluk tubuh.

Tiara yang perasan dirinya ditenung terus memandang gerangan itu melalui pantulan cermin. Dia tersengih seraya kening dijungkit-jungkitkan.

Anas mencebik. Manja betul gadis itu dengannya sejak mengandung tapi dia suka kerana dia boleh rapat lagi dengan Tiara tapi walau bagaimanapun kasih sayang terhadap Danny tetap dicurahkan seperti biasa.

Dia menyeluk poket seluar untuk mengambil telefonnya apabila alat itu bergetar bermakna ada yang memanggil. Video call dari mommy segera diangkat tetapi bukan muka Puan Sri Helena yang muncul namun wajah anaknya. Sempat dia tergelak kecil.

"Yes dear?"

"Bila dad dengan mom nak balik? Rindulah."

Aik? Baru pergi 2 hari dah rindu? Budak kecil biasalah, tidak boleh berenggang dengan ibu bapa lama-lama.

"Alaa nanti dad dengan mom baliklah. Esok tak pun lusa. Dad promise akan bawa balik mainan banyak-banyak."

Tiara memasang telinga mendengar perbualan suaminya dengan seseorang. Apabila perkataan mainan disebut itu pasti Anas sedang berbual dengan Danny.

"Betul ni?"

"Yes! I promise!"

Anas mengangkat sebelah tangannya seperti sedang berikrar. Alah setakat mainan apalah sangat.

"Okay. Err..where's mom?"

"Ada je. Wanna talking to her?"

"Nak nak!"

Anas berjalan menghampiri isterinya. Telefon itu diserah pada Tiara. Wajah ceria Danny menyapa pandangan Tiara.

"Hey dear!"

"Hey mom!"

"Miss me?"

"Of course I miss you mom and also dad."

Mereka berdua berbual begitu lama. Para model yang berada dikiri, kanan, depan dan belakangnya juga turut sedang didandan oleh mak andam.

Semua model yang tidak mengandung yang ada pada malam itu perlu memakai perut supaya nampak seperti ibu mengandung kerana mereka akan membuat pertunjukan baju-baju ibu hamil.

Ada seseorang yang mendekati Anas dan lelaki itu diminta untuk keluar ke depan kerana majlis akan dimulakan beberapa minit saja lagi.

"Häschen, habib nak fon. Majlis dah nak start." Dia meminta telefonnya yang masih ada pada isterinya. Rancak betul dua beranak itu berbual sampai sudah membina dunia sendiri.

"Danny, I got to go. Tomorrow, I'll call you back okay dear?"

"Okay mom. Bye!"

"Bye!"

Tiara mematikan panggilan itu. Telefon suaminya kembali pada tuannya.

"Habib keluar dulu." Anas mengucup pipi isterinya yang sedikit tembam itu. Well, orang mengandung biasalah tu kalau berat badan naik ke lemak naik ke pipi naik ke. Itu sudah dianggap perkara biasa.

"Okay." Tiara memerhati suaminya yang sedang berjalan keluar dari bilik dandanan. Perutnya diusap lembut. Sesekali perutnya mengeras memang amat perit baginya.

Setelah siap berdandan, mereka dikehendaki untuk mengambil tempat masing-masing bersama perut yang memboyot kerana pertunjukan akan bermula tidak lama lagi.

Seperti biasa, Tiara akan mengambil tempat dibelakang sekali bersama Ma'am Sophie tetapi mana wanita itu ya? Tidak nampak-nampak lagi bayangan wanita itu sejak dia datang.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now