Chapter 15

56.2K 2.4K 88
                                    

Tiara terlebih menggelabah apabila Anas mahu menghampirinya tetapi dia kembali tenang apabila lelaki itu telah dipanggil untuk masuk ke dalam dewan.

Dia berdoa dalam hati supaya si Wani itu memilih meja yang agak jauh dari meja suaminya. Kalau boleh dia tidak mahu bertentang mata pun dengan jejaka kacak itu. Dia berjalan masuk ke dalam dewan setelah beberapa saat lelaki itu masuk.

Aroma minyak wangi Anas menusuk ke hidungnya walaupun lelaki itu sudah jauh ke depan. Minyak wangi inilah yang sentiasa 'menemani' Anas tak kira dimana jua lelaki itu pergi dan berada.

Kelibat rakannya dicari sehingga ketemu. Allah. Depannya si Wani tu pilih meja kalau boleh nak duduk atas pentas. Dia menggeleng perlahan. Tak. Tak boleh jadi ni. Dahlah meja itu hanya disebelah meja vvip sahaja. Cari penyakit kalau dia duduk disitu.

Tiara membuat keputusan untuk tidak duduk bersama rakannya. Dia lebih rela duduk dibelakang sekali. Aman je hidup. Dia mencari tempat kosong. Ada tapi..dimeja bulat itu semuanya lelaki hanya dua orang saja wanita. Macam mana ni? Ah lantaklah!

"Err..excuse me? Can I sit here?" Tujuh pasang mata memandang ke arahnya apabila suaranya menyapa gegendang telinga mereka.

"Yeah sure! Have a seat." Sampuk seorang lelaki yang segak mengenakan tuxedo. Tiara melemparkan senyuman manis pada lelaki tersebut. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi. Disebelah kirinya lelaki manakala disebelah kanannya pula perempuan.

Dua orang wanita itu melihatnya atas bawah setelah itu berbisik-bisik. Tiara memandang kedua orang wanita itu dengan hujung mata. Nak mengumpat pun janganlah depan tuan dia. Bongok tu sila simpan dalam almari dapur.

Seusai pemilik hotel ini sendiri memberi ucapan, Anas pula dipanggil untuk memberi sepatah dua kata. Hanya beberapa minit saja lelaki itu berucap dan diakhiri dengan senyuman yang cukup manis.

Naik pula seorang lelaki ke atas pentas bersama mic ditangan. Mungkin MC pada majlis ini.

"Untuk pengetahuan Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin, puan dan tuan sekalian, pihak kami telah menjemput dua orang gadis yang cukup jelita untuk menghadiri majlis pada malam ini bagi memeriahkan majlis tari menari yang akan diadakan sekejap saja lagi. Dijemput Miss Esya and Miss Fiqa untuk naik ke pentas." Tiara yang sedang menunduk bermain instagram terus mengangkat muka apabila namanya diseru.

Hah? Asal MC seru nama dia tadi? Dia terlihat Wani berdiri dari kerusi dan menuju ke pentas untuk naik. Kerutan didahi bertambah. Asal naik ke pentas? Lapar famous ke budak tu?

"Err..sorang lagi dancer kita mana ya? Sila naik ke pentas segera." Pinta MC itu.

Ssup
Tanpa banyak halangan, anak panah yang cukup tajam tepat ke jantungnya.

Semua mata memandangnya kerana dia dan Wani saja yang memakai mask dimajlis itu. Dia berdehem sebentar untuk menutup rasa gugup lalu dia berdiri.

'Go Tiara Daneesya go! Jangan malu jangan takut! Kau bukannya buat salah pun.' Bisik hatinya memberi semangat. Muka dimaniskan sebaik mungkin. Dia berjalan menuju ke pentas. Tangga pentas didaki lalu dia berdiri disamping Wani.

"Yang baju pink tu lawa!"

"Yang baju coklat tu lawa!"

"Piwwiit"

"The beautiful angels!"

"Cop! Aku nak menari dengan baju pink!"

"Cop! Aku yang baju coklat!"

Itulah antara kepujian yang dirinya dan Wani dapat. Menjerit-jerit pula tu. Well, spesis beruk mana pernah nampak manusia, tu yang terpekik terlolong tu dan tidak lupa juga dirinya dan Wani telah mendapat beberapa jelingan jelek dari beberapa orang wanita. Dengki. Biasalah perempuan. Tak sah kalau tak dengki.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now