Bencikan siapa?

Reen?

Atau baby dia?

No. Aku bencikan diri aku sendiri.

Tok! Tok!

Aku mengangkat kepala, bila cermin kereta aku diketuk. Aku pandang ke kanan. Ada seorang lelaki cina, agak tua. Mukanya nampak risau. Malas panjangkan masalah aku, aku buka pintu dan melangkah keluar.

"Haiyaa adik! Manyak telok loo, lu punya keleta! Ini macam, belapa libu wa kena bayar?" Kepalanya yang hanya berambut ditengah itu diraup kasar. Nampak macam masalah besar yang terpaksa dihadapinya. Huh.. dia tak tahu ke, masalah aku jauh lagi besar?

Malas melayan, aku kembali masuk ke dalam kereta. Tutup pintu, kunci. Enjin kereta yang aku tak matikan tadi, aku biarkan panas seketika. Pakcik cina itu nampak cuak, berkali-kali dia ketuk cermin kereta aku. Jangan pecah dah la. Bumper aku, kau dah jahanamkan. Jangan cermin ni pulak.

Terus aku adjust gear, memecut meninggalkan orang tua itu. Tetapi tidak selaju tadi, aku memandu dengan lebih berhati-hati. Aku masih belum mahu mati, walaupun aku tahu neraka dah memanggil aku. Kanser aku yang dah semakin parah sejak akhir-akhir ini, adalah petandanya. Aku tahu. Tapi aku pura-pura kuat. Aku pura-pura sihat, macam orang lain. Hanya untuk kepuasan diri sendiri一sebab aku sihat atau sakit, tak ada yang peduli. Aku sentiasa tahu kenyataan itu. Telefon bimbit aku yang tiba-tiba berbunyi di seat sebelah, aku capai. Tertera nama bonda di atasnya. Dah lebih lima tahun, bonda tak mempedulikan aku. Kenapa baru hari ini?

Sebab dia tahu, aku dah nak mati?

Aku klik ikon hijau. Saja nak dengar suara bonda, sebelum aku melangkah ke neraka. Mungkin bonda ada doa-doa terakhirnya untuk aku, supaya aku dijauhkan dari azab yang maha dahsyat itu. Siapa tahu, kan?

"Ri.. Rizky?" Suara tangisan bonda yang pertama-tama kedengaran di telinga aku.

"Rizky? Ni bonda, nak.." dan bonda menangis lagi. Entah apa yang disedihkan sangat, aku pun tak tahu.

"Bonda tahu Rizky masih marahkan bonda.." bonda teresak sedikit, sebelum menyambung, "tapi tolong bonda kali ni, sayang.." semakin teruk tangisan bonda. Berhingus-hingus bunyinya. Geli aku.

"Rizky dengar tak ni? Dengar tak bonda cakap?" Bonda tiba-tiba cuak, bila aku masih berdiam.

"Hmm.." aku menyahut, hampir tak kedengaran. Sebesar mana pun masalah bonda, tentunya, masalah aku lebih besar.

"Rizky..." Bonda memanggil lagi. "Ayah dah tak ada, nak. Ayah dah pergi.."

Aku berkerut. Pergi mana pulak orang tua tu? Cari bini baru ke? Tak sedar diri betul. Dah la tua. Ada hati lagi nak berbini dua. Aku yang muda dan handsome ni, satu pun tak dapat lagi.

"Hmm.." aku menyahut lagi. Acuh tak acuh.

"Rizky dah tahu, ya? Balik lah, nak.. Tak ada siapa nak gantikan ayah. Tak ada siapa nak solatkan jenazah ayah." Bonda meraung. Sedih betul tu.

Apa bonda kata? Jenazah?

Ayah dah mati ke?

Cepatnya.

Tak tunggu aku pun.

Aku mendengus. "Mana perginya anak kesayangan bonda tu? Raffiq mana?" Aku mula tinggikan suara. Bengang bila aku hanya dicari apabila aku diperlukan. Contohnya macam.. sekarang.

Tak ada siapa nak gantikan ayah? Gantikan apa? Takhtanya yang dipegang kukuh lebih dua puluh tahun tu?

Tak ada yang nak solatkan jenazah ayah? Itu lebih menyedihkan. Mana perginya semua mufti dan alim ulama dalam negara ni? Raja mangkat, takkan tak ada yang sudi menguruskan jenazahnya?

Sedih.

Aku jadi manusia yang menyedihkan sebab aku lahir dalam keluarga yang menyedihkan.

Darah kerabat itu mengalir dalam darah aku, tetapi aku menafikannya. Aku bukan siapa-siapa. Bukan aku yang layak menjadi raja. Aku masih muda. Masih mentah dalam dunia pemerintahan ini. Raffiq lebih layak. Kalau Raffiq taknak, Rifiqa ada. Walaupun Rifiqa perempuan, tak bermakna dia tak berkaliber dan tak bertanggungjawab. Aku tahu dia boleh. Dan semestinya bukan aku.

"Jangan cakap macam tu, nak.. Bonda tak pernah lebihkan siapa-siapa. Bonda sayang anak bonda semua sama je. Dari Rizky, Raffiq dan Fiqa, bonda tak ada lebihkan一"

"Say all those shit as much as you want. I don't care what the fuck is going on up there. Just leave me alone!" Aku menjerit marah. Stereng aku hentak berkali-kali. Benci. Aku benci.

"Rizky.. sekurang-kurangnya baliklah, tengok arwah ayah. Buat kali terakhir." Bonda meniru ayat drama. Aku menyampah.

"Rizky akan jumpa ayah tak lama lagi. Don't worry." Suara aku perlahan, sedih. Tak sangka, jangka hayat aku kurang dua minggu dari sekarang. Kata doktor, aku hanya mampu bertahan, paling lama, sampai bulan sepuluh. Dan sekarang, aku cuma ada beberapa belas hari lagi.

Untuk apa aku jadi raja, untuk tempoh seminggu saja? Lupakan.

"Rizky cakap apa ni, nak..?"

"Fine. Rizky balik. Just for today. Lepas tu jangan cari Rizky lagi."

Aku tamatkan talian. Tak sangka aku akan berlembut hati tiba-tiba. Ini ke, salah satu tanda kematian akan menjemput aku tak lama lagi?

Ayah, nanti Rizky follow ayah, okey?

Wait for me.




‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾‾

Holla!
Banyak news nak share ni.
Korang nak good news ke bad news dulu?
ヾ(。>﹏<。)ノ゙
Good news la, kan..
Kasi korang happy dulu.

So, the good news is..
Guess what?
Te Amo got #3 in sweet lol!

☝ Saja share 😅I'm so happy smpai tak boleh tido

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saja share 😅
I'm so happy smpai tak boleh tido.
Horeeeee!!!

And your bad news is..
Urm..
Te Amo is already going down to epilogue.
😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭 😭

Maybe you'll have another few chapter,
before Sara tamatkan dongeng #RayReen ni.
I guess you'll all be quite disappointed,
but the ending is already done.

Whatever it is,
Keep supporting me, hokayy!!!
Da-da!!! 👋

Te Amo [Rahsia] ✔Where stories live. Discover now