Bab 56

2.5K 174 7
                                    

56
  “Ouch sakitlah Danish?” Marah Airil sebaik sahaja Danish cuba memukul kakinya yang bengkak itu. Danish sekadar tersengih nakal dengan reaksi Airil.
  “Mengadalah kau ini Ril, sakit sikit saja sudah nak manja-manja dengan kita orang.” Balas Rania tiba-tiba. “Kalau kaki kau itu patah entah macam mana mengada kaukan?”
  “Ala siapa lagi yang aku boleh mengada selain kau orangkan. Tidak ,mengapalah orang sudah tidak sudi aku kenalah terima walaupun pahit.” Tambahnya menjauh diri yang dibuat-buat.
  Qausar yang baru sampai memukul sedikit kaki Airil yang bengkak.
  “Woi Qaus!” Jeritnya sambil mencebik. “Aku nak manja dengan kau orang tapi kau orang buli aku pula, macam ini aku nak bawa hati aku yang laralah. Bye Assalamualaikum!” Ujar Airil dan mula bangun untuk pergi.
  “Waalaikumussalam.” Ucap mereka bertiga serentak.
  Airil berpaling dengan muka yang minta simpati. Dia mencebik sekali lagi. “Sampai hati. Cepatlah aku kira sampai tiga untuk kau orang pujuk aku. Satu… dua… dua suku… dua setengah… ti.. tiga.” Tapi langsung tiada respon daripada sahabatnya. “Okay fine aku pergi ini.”
  Terlepas juga ketawa mereka bertiga dengan tingkah laku Airil yang macam budak-budak yang nak minta simpati konon. Mereka tergelak sakan. “Ril sejak bila kau pandai merajuk ini?” Tambah Danish yang masih tersengih.
  “Ala comelnya muncung dia. Nak tariklah.” Tambah Rania pula.
  Airil menghadiahkan senyuman yang menampakkan dimples mahalnya itu. “Aku tahu kau oranglah kawan aku dunia akhirat.” Sambil tersengih macam kerang busuk.
  “Yalah itu. Bukan sudah nak merajuk bawa hati yang lara ke tadi?” Balas Qausar mengajuk ayat Airil.
  “Aku tahu kau orang tidak akan sampai hati punya nak lukakan hati aku macam budak sengal itu.”
  Rania menggelengkan kepalanya beberapa kali, tidak habis lagi Airil menuduh adiknya itu. Memang Airis yang malukan dia dulu tapi dia tahu yang Airis tidak akan sanggup nak cederakan Airil walau macam mana pun. “Sudah-sudahlah kau tuduh Airis. Aku memang tidak rasa dia yang lakukan pun, mungkin kau yang silap langkah masa itu.”
  Ketawa Airil terhenti apabila Rania cuba membela Airis lagi. “Kau ini Nia tidak habis-habis nak bela dia, cubalah kadang-kadang itu kau bela aku ke, sokong aku ke.”
  “Kalau tuduhan kau itu betul aku pun sokong kau Airil tapi masalahnya kau ada bukti ke macam hari itu. Okaylah macam ini cuba kau fikir balik, setiap kali dia kenakan kau dia akan minta maafkan tapi kau tidak hairan ke yang ini dia tidak minta maaf malah dia siap bagi hujah lagi bukan dia yang cederakan kau Ril.” Terang Qausar pula seterangnya. “Kau jangan samakan dia dengan kau. Kau cederakan dia, dia tidak cederakan kau. Cara paybacak kau orang itu yang berbeza. Aku cakap sebagai pandangan aku sahaja. Aku bukan nak bela dia mahupun nak jadikan kau pesalah, aku cuma bagi kau ruang untuk menilai.” Antara kaca dan permata.
  Airil mencebik. “Memanglah tapi aku sendiri yang rasa macam ada orang tarik kaki aku, benda itu halus tiada siapa yang boleh nampak kecuali aku yang sendiri yang rasa. So kau orang nak bidas apa lagi?”
  Rania menghelakan keluhannya. “Alasan sama yang kau bagilah Farril Airil.”
  “Okaylah kali ini pun aku sudah malas nak nasihatkan kau Ril, kau sudah besarkan, aku rasa baik kau fikirkan betul-betul. Aku bagi kau berfikir sendiri bukan sebab aku nak kau fikir benda tidak elok tapi aku nak kau pandai menilai.” Tambah Qausar lagi. Memang susah nak nasihatkan orang yang ego dan keras kepala macam Airil.
  Danish yang menjadi pendengar antara mereka bertiga yang langsung tidak bersuara, dia mula melangkah pergi meninggalkan sahabat-sahabatnya. Mereka bertiga berpandang sesama sendiri dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Tidak pernah-pernah Danish akan mendiamkan diri begitu sahaja melainkan kalau dia sakit hati dengan salah seorang daripada mereka. Tapi tadi dia okay sahaja. Itu yang menimbul pertanyaan kepada mereka bertiga.
  “Danish kau nak pergi mana?” Soal Airil penuh dengan curious. Danish tidak mempedulikan persoalan yang diberikan Airil. “Kau pun tidak sukakan sebab dia orang bela budak itu, aku pun tidak suka.”
  Danish berpaling. “Aku yakin bukan dia yang cederakan kau Airil, aku bukan setakat yakin tapi aku sangat pasti dia tidak akan buat macam itu dekat kau sebab dia betul-betul sayangkan kau Ril. Bukalah mata dan hati kau, mungkin cerita yang diceritakan pada kau dulu itu benar manalah kita tahukan.” Danish meneruskan langkahnya. Dia tidak mampu nak menanggung air matanya yang bakal mengalir lagi. Tanpa dia sedari air matanya yang dia cuba sedaya upaya menahannya, mengalir lagi.
  Mereka bertiga yang pada mulanya tergamam dengan ayat yang keluar dari mulut Danish dan bertambah tergamam lagi apabila melihat air mata Danish yang mengalir deras. Danish seorang yang kuat macam itu boleh mengalirkan air mata secara tiba-tiba, itu yang membuat semua orang betul-betul tergamam.
  Rania cepat-cepat berlari anak mengejar Danish dan memeluknya erat, walau dia tidak tahu apa puncanya tapi dia tidak sanggup melihat air mata Danish mengalir lagi seperti mula-mula Danish mengertahui perihal keluarganya. Danish mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan semagatnya balik. Kalau Danish terluka mereka semua turut terluka dan disebabkan itu juga mereka tidak sukakan Daniel yang menjadi puncanya.
  Rania mengesat air mata Danish dan memegang pipinya. “Kau kenapa Danish? Cuba kau cerita dekat kita orang.”
  Danish menggeleng. Dia masih menangis teresak-esak. Bertambah deras persoalan yang berlayar di kotak fikiran mereka. Rania menggosok-gosok lembut belakang Danish cuba untuk menenangkannya. Qausar dan Airil sekadar berpandangan sesama sendiri. Mereka clueless.
  Dengan suara yang masih serak akibat menangis tadi. “A..aku ini bodohkan, aku tidak pernah nampak langsung.”
  “Apa yang kau cakap Danish kita orang tak fahamlah.” Tanya Airil dalam nada lembut.
  “Aku selalu marahkan dia. Tengking dia. Bencikan dia. Patutlah selama ini dia hanya membisukan diri bila aku buat macam itu, bila semua orang buat dia macam itu.” Kata Danish lagi dalam tangisan yang tahan. “Kenapalah aku buta selama ini, aku buta dengan amarah aku sendiri tanpa aku sedar akulah yang menambah kesakitan dia, aku yang menambah keseksaan dia mental mahupun fizikal.”
  Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Bermacam persoalan mengalir deras difikaran masing-masing. “Kau cuba cakap pasal Daniel… ke?” Soal Qausar memberanikan diri.
  Danish sekadar menganggukkan kepalanya, dia sudah tidak mampu nak pendam seorang diri. Dia tidak tahu macam mana Daniel boleh pendam semuanya sendiri. Mesti sangat terseksakan. Bodohnya aku ini, kakak jenis apalah aku ini. Bisiknya dalam hatinya sambil mengutuk dirinya lagi.
  Rania memeluk Danish sekali lagi dengan eratnya, walau dia masih tidak faham tapi dia cuba untuk memahaminya. “Tidak mengapa kau luahkan sahaja semuanya kita orang akan setia mendengarnya. Kau cerita saja semuanya Danish supaya lapang sikit hati dan fikiran kau.”
  Danish menggeleng sekali lagi kepalanya. “Aku minta maaf aku pun tidak tahu macam mana nak ceritakan pada kau orang sebab aku pun tidak tahu.”
  “Maksud kau? Aku tak fahamlah Danish. Kau sendiri tidak tahu kenapa kau perlu menangis sampai macam sekali ke?” Soal Airil yang memang tidak faham. Qausar sekadar menyiku Airil tapi dia tidak menghalang Airil daripada bertanyakan soal itu.
  Danish mengangkat kedua bahunya. “Aku pun tidak tahu tapi aku tiba-tiba terfikir bila dengar perbualan antara Airis dengan Daniel hari itu. Pada mulanya aku tidak mahu faham tapi aku cuba juga buka mata buka hati aku nak faham seperti mana Airis beritahu aku dulu. Ada betul juga apa yang Airis cakap.” Ujarnya sambil mengesat sisa tangisnya.
  “Kau pasti ke Danish?” Tanya Rania ingin mendapatkan kepastian. Sekali lagi Danish mengangkat kedua bahunya.
  “Aku rasa aku sudah buat satu kesalahan besar terhadap dia, perasaan aku sendiri yang rasa dia tidak bersalah dalam hal itu. Dia juga mangsa keadaan sama macam aku. Mungkin ada sebab kenapa dia merahsiakan hal yang sebenarnya.” Kata Danish seperti keliru dengan jawapannya sendiri.
  “Tapi apa pula kaitan benda ini dengan kepastian kau dekat budak Airis itu. Kadang-kadang aku memang musykil dengan perangai kau Danish. Pelik!” Tambah Airil lagi. Dia masih tidak puas hati.
  Rania mengecilkan matanya memandang Airil. Dia sudah dapat agak pasti Airil masih tidak puas hati. “Airil.” Ujarnya agak menekan. Airil buat muka toyanya.
  “Aku cuma takut kau pun buat kesilapan yang sama macam aku, aku tidak mahu kau menyesal.” Luah Danish perlahan. Perasaan menyesal itu sangat menyakitkan.
  “Tidak ada apa yang perlu aku sesalkan, kau orang sendiri tahu apa yang dia buat dekat akukan? Memang sudah melampau.”
  Qausar memukul sedikit kaki Airil yang bengkak itu. “Ouch sakitlah Qaus.” Jeritnya terkejut. Qausar membalas dengan sengihan yang penuh makna yang tersirat. “Kau memang sengaja nak sakat akukan?”
  “Kita tengok nanti sama ada kau akan menyesal ataupun tidak Airil si keras kepala.” Balas Qausar membela kata-kata Danish. Memang susah nak meruntuhkan tembok hati keras kepala Airil ini. Dia memang tersangatlah susah nak dengar nasihat orang lain, nasihat yang dia dengar umpama masuk telinga kanan lepas itu esok lusa keluar balik ikut telinga kiri.
  Airil mendabik dada. “Aku sangat yakin yang aku tidak akan menyesal, kau orang jangan risaulah Danish, Qaus dan Nia sayang.” Pantas mata Rania menjeling tajam Airil, memang nak kena budak ini. “Okay maaf Nia.” Balas Airil mengangkat kedua tangannya sambil tersengih macam kerang busuk. Takut juga dia kalau Rania menenggelamkannya seperti selalu.
  Danish bangkit dari duduknya disebelah Rania. “Aku masuk dululah.” Ujarnya sambil menghadiahkan senyuman kepada mereka kecuali Airil. “Kau pasti menyesal Ril, aku sangat yakin.” Dan Danish berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga dengan penuh tanda tanya sekali lagi.
  “Kenapa dia yakin sangat?” Soal Airil pelik.
  Rania dan Qausar menggeleng dan sekadar mengangkat kedua bahu mereka tanda tidak mengertahui apa-apa.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now