Bab 10

2.8K 204 0
                                    

10
  “Panas! Geram betul aku dengan Elly, mulut laser dia itu memang tidak pernah berubah. Mulut tiada insurans langsung. Hish apa masalah dia sebenarnya?” Bebel Airil geram dengan apa yang berlaku tadi.

  “Wei Ril kau ingat kau seorang saja ke yang panas? Geram? Aku pun sama juga tapi kalau kau mundar-mandir macam ini aku yang rasa makin nak ikat saja kau tepi katil kau itu.” Balas Qausar geram dengan telatah Airil yang mundar-mandir di dalam bilik. Buat pening kepala sahaja.

  Pintu bilik D12/1 dibuka tiba-tiba. Semua mata memandangnya. Mata Qausar, Airil dan Rayyn.

  Alamak semua pandang aku dengan pandangan yang membunuh. Habislah. Mesti kena lagi sekali. Kenapalah aku pandai sangat terus masuk bilik, patutnya tadi aku tunggulah sampai semua orang tidur. Kata Daniel dalam hati.

  “Kau dengar sini baik-baik Daniel, lagi sekali benda tadi itu berlaku kau tahulah nasib kau. Kau ingat aku akan duduk diam saja ke? Memang tidaklah.” Ugut Airil sambil dari telujuknya dihalakan ke arah Daniel berada.

  “Betul. Kalau kau sakitkan hati Danish lagi kita orang sendiri yang akan beri pengajaran pada kau. Kalau kau nak buat apa-apa pun, kau buatlah. Tapi ingat kalau ia akan menyakitkan hati Danish, orang pertama yang kami akan cari adalah kau, Daniel. Ingat itu.” Tambah Qausar dengan tegasnya.

  Daniel terus naik ke katilnya dan membaringkan diri. Dia langsung tidak menjawabnya mahupun mengangguknya. Hari yang menyakitkan. Memenatkan. Sangat perit. Pedih. Hatinya bagai ditusuk sejuta jarum. Jarum yang sangat banyak, besar dan tajam.

  Aku tidak sanggup nak lalui semua ini seorang diri. Ya Allah tolonglah hambaMu ini. Hamba mohon ya Allah. Tanpa dia sedari air matanya mengalir dengan deras. Dia tidak mampu nak menahannya. Walaupun dia lelaki tapi hatinya cukup sakit saat ini.

  Daniel segera menarik kain selimutnya menutupi seluruh tubuhnya. Dia tidak mahu ada yang tahu dia menangis. Dia merasakan tiada tempat untuk dia mengadu selain dari Allah. Air matanya telah berhenti mengalir tapi hatinya tetap sakit. Sakit sangat! Dia tahu memang salahnya tapi tidak perlulah sampai buat dia macam ini. Tidak perlulah seksa dia macam ini. Dia pun ada hati. Dia pun ada perasaan. Tidak pernah sekali pun mereka cuba untuk memahaminya. Faham apa yang cuba aku inginkan. Faham apa yang cuba dia sampaikan.

  Rayyn hanya mendiamkan diri. Inilah first time dia mendengar cerita ini. Cerita seorang anak yang sanggup membunuh seluruh keluarganya dengan kejam. Kenapa dia lakukan semua itu? Macam mana dia sanggup lakukan semua kerja kotor itu? Adakah Daniel pernah lalui apa yang aku pernah lalui dulu? Tapi kenapa dia pilih jalan itu? Jalan itu adalah jalan yang paling kejam.

  Jauh di dalam hati aku, aku langsung tidak percaya yang Daniel melakukan semua itu. Mungkin bukan Daniel. Orang yang melakukan kesalahan tidak akan berdiam diri seperti ini. Orang yang buat salah tidak akan membiarkan dirinya dicaci hamun. Yalah buat apa dia buat salah untuk dicaci hamunkan? Buat apa dia susah-susah buat semua itu. Mesti ada sebab. Tapi apa? Aku tidak tahu kenapa aku merasakan begitu tapi yang pasti aku yakin ada sesuatu yang membuatkan Daniel mendiamkan diri. 

  Rayyn tidak berkata apa-apa. Dia cuma menjadi pemerhati situasi yang berlaku di dalam bilik ini mahupun di dewan Dragon house tadi. Hatinya cukup terkesan dengan apa yang baru berlaku tadi. Dia kasihan pada Daniel tapi dia tidak berani nak berkata apa-apa. Kalaulah dia yang berada di tempat Daniel tentu rasanya sakit sangat.

  Aku terkejut gila dengan apa yang berlaku tadi. Terkejut yang teramat sangat. Tidak sangka Daniel begitu kejam. Aku betul-betul tidak sangka. Memang patut pun dia cakap aku akan menyesal tadi. Ya memang aku menyesal dengan apa yang aku lakukan tadi. Berkenalan dengan dia dan mempelawa dia jadi kawan aku, kononnya untuk tambah kawan tapi aku betul-betul tersilap pilih kawan. Aku betul-betul tidak sangka Daniel. Bisik Airis dalam hati. Sampai saat ini dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.

  Tapi dia memang sudah memberi amaran pada aku awal-awal yang aku memang akan menyesal. Ada ke orang buat macam itu kalau dia jahat? Err rasanya tidak. Apa motifnya? Wait! Kalau dia yang lakukannya kenapa dia diam dan membisu? Dia langsung tidak membantah mahupun bela diri dia. Tadi dia hanya mendiamkan diri tidak membantah mahupun mengiakan. Walau semua orang mencaci-maki dia pun, dia tetap diam. Danish sendiri yang nak serang dia pun, dia tetap diam. Kenapa dia tidak bela diri dia? Kalau dia tidak bersalah, sekurang-kurangnya cakaplah perkara sebenar. Dan kalau dia bersalah, sekurang-kurangnya cakaplah motifnya. Pelik! Orang yang bersalah tidak akan buat seperti itu. Ada sesuatu ke yang berlaku sebenarnya?

  Okay kenapa sekarang aku rasa yang sebaliknya? Aku rasa bukan Daniel yang lakukannya. Aku rasa bukan Daniel yang bunuh keluarganya. Aku rasa Daniel sorokkan sesuatu dari semua orang. Sama ada dia cuba menyorokkan siapa pembunuhnya atau pun dia cuba sorok suatu rahsia besar.
  Haish ini tidak boleh jadi, aku kena juga cari sebabnya. Airis! Airis apalah lampbat sangat kau ini, lupa ke yang kau boleh tengok masa lalu. Lupa ke yang kau ada sesuatu yang istimewa yang orang lain tidak tahu.

  Airis menarik nafasnya. Baiklah aku akan cuba tengok masa lalu Daniel. Dengan sedaya upayanya Airis mencubanya.

  Sesaat.

  Dua saat.

  Tiga saat.

  Nafasnya dihembuskan. Ahh masa-masa macam ini pulalah tidak boleh. Kenapa? Selalunya aku boleh saja tengok masa lalu orang lain, sama ada aku nak atau pun masa lalu itu sendiri yang menerjah masuk. Ke kuasa istimewa aku sudah hilang? Ke merajuk? Ala kalau kau nak merajuk pun janganlah sekarang. Memanglah aku nak sangat kau menghilang, tapi janganlah sekarang. Aku nak sangat tahu apa yang berlaku pada Daniel sebenarnya. Tidak mengapa aku cuba sekali lagi.

  Krik. Krik. Krik.

  Ahh memang tidak bolehlah. Esok selepas kelas aku akan tanya Daniel sendiri. Kalau betul dia tidak bersalah, aku tidak akan berdiam diri. Tapi kalau memang betul dia yang bersalah, aku menyesal dengan apa yang aku lakukan tadi. Tetapi jauh dari sudut hati aku, aku yakin sangat ada sesuatu yang Daniel sembunyikan daripada semua orang termasuklah Danish, kembarnya sendiri. Rahsia yang dia simpan rapi.

Aduhai Si Kembar ! ✔✔✔Where stories live. Discover now